Sebagai seorang 'Old Putera' atau bekas penuntut 'Royal Millitary College' (RMC = Maktab Tentera Di Raja), Pak Caq terkejut juga dengan berita seorang penuntut Tingkatan Empat telah meninggal sekitar dinihari semalam.
Penuntut RMC dikenali sebagai 'budak putera.' Memang menjadi tradisi RMC untuk memperkasakan budak-budak yang baru masuk dengan pelbagai acara orientasi yang rata-rata diketahui sebagai 'ragging.' Penuntut baru mesti patuh dengan segala arahan penuntut lama yang dikenali sebagai 'seniors' itu.
Masa Pak Caq dulu pun acara-acaranya memang agak keras. Tujuannya ialah supaya budak-budak dapat membina kekuatan fizikal dan mental. Penuntut-penuntut baru mesti akur dengan apa saja yang diarahkan oleh penuntut-penuntut senior. Hanya mereka yang pernah menjadi penuntut RMC saja tahu acara-acara berkenaan.
Biasanya budak-budak baru yang terlebih eksyen yang dikenali sebagai 'cocky' saja yang akan diorientasi dengan lebih keras. Namun walau sekeras mana sekalipun, tak ada pula sehingga menjadi fatal yang membawa maut. Ada guru-guru yang memantau keadaan.
Ini kes fatal dimana penuntut baru Tingkatan Empat telah meninggal setelah dikatakan dibuli dan dibelasah oleh penuntut senior. Kenyataan Kementerian Pertahanan sendiri telah mengesahkan kematian penuntut Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri yang berumur 16 tahun.
Mengikut kenyataan berkenaan, penuntut ini telah dijumpai tidak sedarkan diri dan dibawa ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera di Kem Sungai Besi di mana dia disahkan telah meninggal. Kemudian mayatnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk post-mortem. Lapuran polis telah dibuat di balai polis Sungai Besi police pada pukul 2 pagi berkenaan.
Ini merupakan satu peristiwa hitam yang melibatkan sebuah sekolah berprestij dan bersejarah.