Monday, November 30, 2009
BUAH RAMBUTAN POKOK SENDIRI
Sunday, November 29, 2009
MAKANAN HASIL TANAMAN SENDIRI
Pak Caq baru je lepas solat asar selepas balik dari majlis kenduri kahwin hari ni. Selepas makan kenduri tadi tu, sanak saudara yang sedang 'bertamu' di rumah Pak Caq terus pergi melawat ke Putrajaya. Dalam sejam lagi baliklah tu, sebab malam nanti ada 'gathering' di rumah sepupu Pak Caq di Seksyen 14, Petaling Jaya pula.
Ada masa sikit ni Pak Caq layarilah Maya sekejap. Dah mula hujan ni. Tengok la, selagi tak ada guruh dan petir serta line ok, Pak Caq teruskan je le. Pak Caq sebenarnya teruja nak cerita tentang hasil tanaman yang menjadi sajian untuk semua yang ada di rumah Pak Caq.
Sebenar-nya isteri Pak Caq yang suka tanam pelbagai jenis pokok di dalam dan di luar kawasan rumah. Mulanya Pak Caq tak teruja sangat, tolong-tolong saja. Tapi bila lihat semua pokok tanaman tumbuh dengan segar dan baik, Pak Caq pun ikut suka pulak. Selepas tu terujalah pula bila pokok-pokok ini berhasil. Pokok bunga berbunga cantik, dan pokok berbuah juga berbuah dengan baik selepas beberapa tahun.
Buah Cempedak Di Sebahagian Dahan Atas
Buah Cempedak Di Pangkal Pokok
Buah Cempedak Masak
Dan Sepiring Cucur Cempedak
Di bawah ni pulak ialah gambar jambu air hijau yang baru pertama kali berbuah. Ada banyak tangkai juga, tapi tak lebat sangat. Buahnya agak kecil sedikit. Setahu Pak Caq pokok buah memang macam tu - pertama kali berbuah agak kecil sedikit dan tak berapa lebat. Setahun dua selepas tu barulah lebih besar dan lebat buahnya.
Serumpun Jambu Yang Baru Di Petik
Saturday, November 28, 2009
SELAMAT HARI HARI RAYA EIDILADHA
Pak Caq mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya EidilAdha kepada semua. Lewat seharilah kiranya. Tapi Hari Raya Korban ni tiga hari, jadi berkesempatan lagi untuk Pak Caq ucap selamat ni kan!
Tuesday, November 24, 2009
RUMAH JADI 'TEMPAT' BERCUTI SEKOLAH
Saturday, November 21, 2009
BILA TAK DAPAT MEMBENDUNG EMOSI
TERTEKAN 'PUBLISH POST'
Thursday, November 19, 2009
SUNAT AFDAL DALAM BULAN ZULHIJJAH
- 1 - 8 haribulan - Sunat Berpuasa kerana ganjaran pahala kebajikan yang teramat baik. (*Sila lihat senarai ganjaran di bawah.)
- 8 hb Zulhijjah - Sunat menghidupkan malamnya dengan banyak beribadat.
- 9 hb (Hari Wukuf di Arafah) - Hidupkan malam dengan banyak beribadat, berpuasa bagi orang yang tidak menunaikan haji dan membaca surah Al Ikhlas sebanyak 1000 kali.
- 10 haribulan - Menunaikan solat sunat Aidil Adha dan bertakbir serta melakukan korban dan bersedekah. Juga disunatkan membaca, "Laa ilaaha illaa'llahu wahdahu laa syariikalah, lahul'lmulku wallahu'llhamdu yuhyi wayumitu wa huwa haiyunn, laa yamuutu biyadihi'lkhair wa huwa 'alaa kulli syai ink-qadiir" di malam permulaan 10 Zulhijjah sebanyak 400 kali.
- 11 - 12 hb (Hari-hari Tasyrik) - Hidupkan malam dengan banyak beribadat serta bertakbir setiap lepas solat wajip.
- 29 hb atau 30 hb - Membaca doa akhir tahun selepas solat 'Asar sebanyak 7 kali atau sekurang-kurangnya 3 kali.
*Ganjaran Pahala dan Rahmat Kebajikan Di bulan Zulhijjah:
- 1 hb - Hari Nabi Adam a.s. mendapat keampunan daripada Allah SWT. Sesiapa berpuasa, insya Allah akan diampuni segala dosanya.
- 2 hb - Hari doa Nabi Yunus dikabulkan dan baginda dikeluarkan dari perut ikan Nun. Sesiapa berpuasa, insya Allah dia mendapat ganjaran pahala seolah-olah berpuasa setahun.
- 3 hb - Hari doa Nabi Zakaria dikabulkan. Insya Allah akan dikabulkan doa mereka yang berpuasa pada hari ini.
- 4 hb - Hari lahir Nabi Isa a.s. Sesiapa berpuasa pada hari ini, insya Allah akan dijauhkan segala kefakiran dan keresahan daripadanya.
- 5 hb - Hari lahir Nabi Musa a.s. Sesiapa berpuasa, insya Allah akan mendapat keamanan dari seksa kubur.
- 6 hb - Hari Allah membukakan segala kebajikan bagi Nabi-nabinya. Insya Allah, sesiapa berpuasa akan mendapat rahmat kebajikan juga.
- 7 hb - Hari mula ditutup segala pintu neraka selama 3 hari, iaitu sehingga 10 Zulhijjah. Sesiapa berpuasa, Insya Allah akan mendapat ganjaran ditutup 30 pintu kesempitan dan dibukakan 30 pintu kemudahan.
- 8 hb - Hari ini dinamakan hari Tarwiyah. Sesiapa yang berpuasa, insya Allah akan diberi ganjaran baik yang hanya diketahui oleh Allah SWT jua.
- 9 hb - Hari Wukuf di Arafah. Sesiapa yang berpuasa, insya Allah akan mendapat keampunan dan dihapuskan dosa-dosanya pada sepanjang tahun hadapannya.
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI
Dah lewat pun ya. Tapi sementara internet ada ni, dan Pak Caq pun tak tidur lagi elok juga Pak Caq melayari Maya sekejap la jugak.
Sunday, November 15, 2009
MENCARI ARAH
MENANGANI MASAALAH PERASAAN
Sudah Tiada Pilihan
BARU DAPAT MENGHADAP 'LAPTOP'
Saturday, November 14, 2009
TUNGGU ESOK SAJA
Hari ni, dari petang sampai malam nampaknya hujan saja. Tapi Pak Caq pula dah rasa letih sangat malam ni. Letih pergi sini sana la ni.
KERJA BANYAK DAN MUSIM HUJAN
Sunday, November 8, 2009
MENCARI ARAH
SUDAH KETAHUAN
Mencari Kekuatan
Sudah lebih lima bulan Afifah berada di perantauan kerana menyambung pelajarannya. Cuaca yang sejuk dan berada berjauhan daripada suaminya membuatnya kesunyian. Walaupun setiap hujung minggu dia menelefon Fazlan, dia masih merasa sunyi. Cuaca yang amat sejuk di hujung tahun dan berada berjauhan daripada suaminya membuatnya merasa lebih sepi.
Sejak hampir selama lima bulan itu juga, setiap hujung minggu Afifah mula menulis satu surat yang isinya sama untuk Fazlan. Namun sampai ke hari ini surat yang isinya sama itu tidak pernah habis ditulisnya, dan belum lagi dapat dihantar. Afifah telah jenuh mencuba tapi pelbagai fikiran akan menghantuinya.
Afifah amat sedar keberadaan Ku Adi setiap hari menemaninya pergi dan balik ke kampus dan juga dalam urusan tertentu akan mengundang reaksi negatif dari Fazlan. Dari sejak mula lagi Fazlan tidak pernah selesa dengan kehadiran Ku Adi. Apatah lagi sekarang, Fazlan jauh di tanah air, sedangkan dia dan Ku Adi sama-sama berada di London.
Memang Afifah mahu berterus-terang kerana dia amat menghormati dan menyayangi Fazlan sebagai suaminya. Tetapi Fazlan amat sensitif apabila sesuatu apa itu bersabit dengan Ku Adi. Dia tidak mahu Fazlan salah faham dan kecil hati. Namun memberitahu juga akan membuat Fazlan berperasaan tak tentu arah nanti.
"Oh Tuhan, berilah aku kekuatan," begitulah Afifah berdoa setiap hari. Bukan saja kekuatan untuk memberitahu Fazlan, tetapi juga kekuatan untuk menjaga iman dan kehormatan dirinya.
Afifah juga sedar bahawa sebenarnya Ku Adi yang memberinya penghormatan dan kasih yang amat ketara. Sejak pertemuan semula di London, tak pernah sekali pun Ku Adi cuba mengambil kesempatan. Ku Adi jelas menjaga batasan. Jika sebaliknya, Afifah tahu imannya akan tergugat.
Sepatutnya mudah baginya untuk memberitahu Fazlan perkara yang sebenarnya. Tetapi Afifah tidak yakin yang Fazlan akan menerimanya sebaik perkara yang benar. Oleh sebab itulah dia masih cuba menulis surat untuk memberitahu Fazlan secara yang terbaik. Masaalahnya dia masih tercari-cari perkataan serta cara menceritakan semuanya dengan yang terbaik.
Dunia Kecil Saja