Friday, August 16, 2013

PASCA EIDUL FITRI

Kebetulan hari pertama Eidul Fitri tahun ini adalah hari yang amat bermakna bagi kami suami isteri. 8 Ogos adalah hari ulang tahun perkahwinan kami dan tahun ini merupakan yang ke 38. Syukur alhamdulillah.
 
Ingat nak ke laman dalam dua tiga Hari Raya.  Tapi dah bz pula dengan tetamu yang datang dari jauh.
 
Oleh kerana tahun ini musim Raya berlanjutan dengan musim cuti sekolah ramai betul yang datang ke Kuala Lumpur.  Mulai hari kedua lagi rumah kami menjadi rumah singgah buat sanak saudara dari kampung.
 
Sebenarnya sambutan Eidul Fitri tahun ini sederhana saja.  Tak banyak yang dibuat kerana sudah lama juga kami tiada pembantu rumah.  Namun semuanya lancar dan menggembirakan.
 
Kiranya masih letih juga ni!

Sunday, July 28, 2013

10 MALAM AKHIR RAMADHAN

Masa terus pantas berlalu.  Kini kita sudah pun masuk ke fasa akhir Ramadhan Al Mubarak tahun ini.

Di malam ini kita mula melangkah ke malam dua puluh Ramadhan .. tangga and pintu ke malam 10 malam terakhir.  Tentunya sebagai Muslimin dan Muslimah kita mendambakan semua kebaikan malam mulia Lailatul Qadar yang berada di malam 10 terakhir Ramadhan.

Ulama mengatakan bahawa tidak mudah untuk mendapat Lailatul Qadar.  Namun ia juga bukan sukar dan mustahil.

Jika niat dan usaha kita maksima tulus serta ikhlas, Insya Allah boleh didapati.

Semoga kita mendapat barakah terbaik di Ramadhan ini dengan ditemukan dengan Lailatul Qadar itu.  Amin.

Saturday, July 6, 2013

RAMADHAN SUDAH MENGGAMIT

Begitu cepat masa beredar.  Setahun lagi bertambah.  Semakin tua diri ini melewati usia emas.

Semoga kesihatan sentiasa baik dan dapat menambah-baik amalan.  Insya Allah.

Sama-samalah kita umat Islam menyemarakkan Ramadhan tahun ini.