Friday, June 20, 2014

EMAS BERHARGA

Meniti usia sebagai warga emas mencetuskan pelbagai rasa di dalam jiwa bagi setiap saat waktu jagaku.  Walaupun tidak difikir sangat, tetap juga ia wujud dan aktif memain peranan .. terkesan juga rasanya.
 
Mungkin begitu hakikatnya.  Malah bagi setiap aktiviti harian  akan terjadi reaksi-reaksi fizikal dan mental yang tak terlintas pun di dalam pemikiran.
 
Emas memang berharga.  Mungkin keadaan yang terjadi itu adalah harga emas yang mahal itu.
 
Kata si isteri tersayang, ".. cuba isi ruang dengan aktiviti yang 'mind-challenging'.."
 
Lalu ditanya balik la, "..'at this age' apa aktiviti yang 'mind-challenging'?"
 
Jawab-nya, ".. that itself is 'mind-challenging, isn't it?"
 
Setelah berhari-hari juga melayan isu ini, kini mungkin jawapannya sudah ada.  Tapi kena diuji dulu.   Teruja juga ni rasanya.  Insya Allah berjaya.  Amin.
 
Apa-apa pun, nukilan tentangnya akan dikongsi kemudian nanti.


Monday, May 26, 2014

REJAB TINGGAL BEBERAPA HARI LAGI

 
Nampaknya blog ni dah jadi macam destinasi singgah la pulak.  Begitulah .. Dah dalam era senior senja ni minat dah jauh berbeza!
 
Minggu ini adalah hujung bulan Rejab.  Rasanya macam baru semalam masuk.  Tetapi kenyataanya Rejab tahun ini dah berusia hampir sebulan pun.
 
Sebelum datang bulan Allah SWT yang mulia ini, beriya-iya la rancang nak mempertingkatkan amalan.  Nampaknya banyak yang tak terlaksana juga.  Kena kuatkan lagi azam and usaha .. jika panjang umur dapat terlaksana di tahun depan.
 
Untuk beberapa hari yang tinggal ni, harap-harap dapat la memaksimakan usaha untuk mendapat sebaik-baik ganjaran pahala.  Insya Allah.
 
Semoga sesiapa yang menjengah ke sini juga dapat turut memaksimakan peluang yang ada.  Amin.

Tuesday, March 25, 2014

AL FATIHAH

Takziah buat semua keluarga mangsa pesawat MH 370 yang telah disahkan "berakhir di Lautan Hindi."
 
Tragedi ngeri yang tidak dapat kita bayangkan dengan tepat.  Kita yang tidak punya saudara dari kalangan mangsa pun ikut sebak.  Apatah lagi mereka yang mempunyai kaitan...Allah juga Yang Maha Tahu.

Apa yang berlaku adalah ketentuan Ilahi.  Semoga semuanya terus tabah.