Pak Caq memang selalu suka pergi awal ke masjid untuk bersolat wajip. Hari ni semasa Pak Caq sampai kelihatan sekumpulan belia yang sama sedang duduk bercerita dibawah pokok berdekatan dengan masjid sambil menghisap rokok. Sudah lama juga Pak Caq perhatikan. Setiap minggu mereka melakukan perkara yang sama.
Oleh kerana perasaan ingin tahu sudah lama ada, hari ini Pak Caq hampiri mereka. Pak Caq psaikokan secara diplomasi yang baik dan menanya perihal mereka.
Tanpa segan silu mereka bercerita keluarga mereka di rumah pun selalu tidak solat. Cuma hari Jumaat saja mereka ikut ke masjid kerana seluruh warga Melayu Islam sekolah di suruh ke masjid untuk bersolat Jumaat. Tapi tiada seorang guru yang memimpin mereka hingga melakukan solat di dalam masjid.
Jadi kesimpulannya, anak-anak ini hilang arah kerana mereka tidak dilentur dan dibentuk dari kecil di rumah. Sementara sekolah pula sekadar mengikut kurikulum tetapi tidak membantu mereka untuk menghayati dan memperaktikkan ilmu yang diberi.
Tidak hairanlah semakin hari,semakin bertambah gejala sosial. Jelas sekali, gejala ini bermula di rumah.
No comments:
Post a Comment