Tuesday, April 20, 2010

RESMI BERSARA

Hari ini dengan resminya Pak Caq dah menjadi pesara tegar ..... betul ka istilah tu.  Tak kiralah, asalkan maksudnya tu jelas, iaitu Pak Caq dah tak terikat kerja.

Pak Caq rasa dah larat nak berasak-asak lagi dengan 'traffic jam' setiap hari.  Tambahan dengan cuaca yang semakin sehari bertambah panas.  Kekadang tu semput dibuatnya.


Semalam Pak Caq pergi menguruskan beberapa hal peribadi di pusat bandar.  Bukannya jauh sangat dengan rumah Pak Caq.  Tetapi, lihatlah keadaan seperti gambar di atas.  Gambar ini Pak Caq ambil semasa berhenti berdekatan dengan Bank Rakyat untuk mendapat parkir.

Ya Rabbi, letih sungguh dengan kesesakan lalu lintas dan panas yang amat sangat.  Kebanyakan manusia rakyat Malaysia ini pula jenis yang suka letakkan saja kereta sesuka hati.  Bertambah sesak jadinya sepanjang jalan itu. :(  Entahlah, bilakah agaknya mereka akan belajar mengamalkan sikap yang positif dan bertimbang rasa serta bertanggung-jawap.

5 comments:

  1. Salam Pak Caq.
    Semoga Pak Caq lebih ceria & bahagia dalam waktu bersara sepenuh masa ini .. hmm, Pak Caq boleh selalu menulis le kan?

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Selamat berkenalan. Sama-samalah kita ya. Saya juga sudah bersara & ingin mengisi masa :)

    ReplyDelete
  3. Aslmkm Pak Caq.
    Pak Caq bawalah menulis ke atau bercerita-cerita ya!

    ReplyDelete
  4. salam pak cak.

    wah dah jadi pesara tegar ni...... harap perjalanan ni lebih menggembirakan.

    saya pun akan menjadi pesara, tp xtegar la. genab sebulan dari tarikh hari ni. hehe.

    ReplyDelete
  5. Salam Pak Caq.
    Teringat pula kpd Pak Caq. Dlm nak cepat keluar pun, saya singgah le sekejap bertanya kabar. Harap Pak Caq sihat2 saja.

    ReplyDelete