Friday, May 28, 2010

JINAK-JINAK DENGAN WAHYU

Pak Caq teringat pula semasa bekerja dulu asyik berpusat fikiran untuk mencapai objektif kerja dan misi jabatan.  Terlalu sedikit masa dihabiskan untuk menunaikan kewajipan lain.

Bagi yang dianugerahkan dengan bonus umur panjang, insya Allah berpeluang untuk mahasabah diri dan melipat-gandakan usaha untuk memperbaiki keadaan.  Tentu malang bagi mereka yang tidak panjang usianya.

Pak Caq bersyukur kerana masih berkesempatan untuk lebih berjinak-jinak dengan Wahyu Allah SWT selepas bersara ini.  Di malam Jumaat yang mulia ini elok juga kita saling mengingatkan tentang betapa perlunya kita untuk sentiasa mempertingkatkan iman dan melakukan segala perbuatan sesuai dengan hukum Allah SWT.

Antara saranan yang baik ialah untuk kita sentiasa bertasbih memuji Allah.  Sesungguhnya segala yang di langit dan di bumi bertasbih memuji Allah.

Di samping itu kita juga disarankan supaya menafkahkan harta dan barang kepunyaan kita di jalan Allah.  Antara amalan baik selain membayar zakat ialah mensedekahkan harta kepada anak-anak yatim, mereka yang miskin dan melarat serta juga berhutang berat.

2 comments:

  1. Salam Pak Caq.
    Apa kabar? Sekarang Pak Caq dah jarang2 ke Maya ya? Apa2pun, harap Pak Caq sihat2 & bahagia.

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Caq.
    Seronok tgk Pak Caq buat update ni. Harap Pak Caq selalu sihat ceria.

    ReplyDelete