Bila dah duduk rumah sepenuh masa, lain pula pendekatan seharian. Lebih jinakkan diri untuk berjemaah bagi semua solat.
Di samping itu, ada banyak ruang yang harus dijenguk. Ramai kawan pun sudah bersara juga. Jadi bila berjumpa, banyak masa dihabiskan untuk bercerita dan bertukar pandangan.
Apapun, setakad hari ini, Pak Caq rasa okey juga. Belum lagi terasa bosan atau bingung sepertimana yang sering diceritakan kawan-kawan.
Semalam Pak Caq dan isteri telah mendapatkan suntikan H1N1. Rupanya, kemudahan ini hanya terdapat di klinik dan hospital kerajaan saja. Mereka ada hadkan kepada yang berumur tidak melebihi 65 tahun bagi orang dewasa. Ada had umur untuk kanak-kanak juga, tapi Pak Caq tak ambil perhatian pula.
Kepada sesiapa yang masih belum pergi mendapatkan suntikan H1N1, eloklah segera berbuat demikian.
Salam.
ReplyDeleteTerima kasih kerana mengingatkan.
Aslmkm.
ReplyDeletePak Caq sihat ke?