Tuesday, June 1, 2010

REGIM ISRAEL KEJAM

Pak Caq turut serta mengutuk perbuatan terkeji regim Israel kerana telah menyerang kapal Mavi Marmara yang sedang mengepalai flotilla Gaza.  Perbuatan membuat serangan maut ke atas fleet misi keamanan yang membawa bantuan untuk Gaza adalah perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.

Rakyat seluruh dunia yang mencintai keamanan mesti bersatu untuk mendesak Israel supaya menghentikan segala perbuatan terkutuk ini.  Perbuatan mereka langsung tidak menghormati nyawa manusia dan undang-undang yang sedia.

Rakyat Malaysia yang telah terperangkap dan ditahan semasa serangan itu diberitakan selamat.  Namun nasib mereka masih lagi belum jelas dan nyata.  Apa yang nyata ada beberapa orang lagi rakyat yang turut serta dalam misi ini ada di kapal  lain.

Regim Israel yang kejam mesti harus terus dikecam dan didesak supaya tunduk kepada suara ramai seluruh dunia.

5 comments:

  1. Salam Pak Caq.
    Semoga mereka terus dilaknat & dikecam serta mendapat balasan setimpal.

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Caq.
    Mmg patut terus dikecam!!!

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Caq.
    Betul tu ... wajar dikecam terus2an!

    ReplyDelete
  4. Aslmkm kepada semua yang ssudi mengunjungi Pak Caq. Terima kasih banyak ya.

    ReplyDelete