Friday, June 25, 2010

'THE RMC RAGGING'

Sebagai seorang 'Old Putera' atau bekas penuntut 'Royal Millitary College' (RMC = Maktab Tentera Di Raja), Pak Caq terkejut juga dengan berita seorang penuntut Tingkatan Empat telah meninggal sekitar dinihari semalam.

Penuntut RMC dikenali sebagai 'budak putera.' Memang menjadi tradisi RMC untuk memperkasakan budak-budak yang baru masuk dengan pelbagai acara orientasi yang rata-rata diketahui sebagai 'ragging.'  Penuntut baru mesti patuh dengan segala arahan penuntut lama yang dikenali sebagai 'seniors' itu.

Masa Pak Caq dulu pun acara-acaranya memang agak keras.  Tujuannya ialah supaya budak-budak dapat membina kekuatan fizikal dan mental.  Penuntut-penuntut baru mesti akur dengan apa saja yang diarahkan oleh penuntut-penuntut senior.  Hanya mereka yang pernah menjadi penuntut RMC saja tahu acara-acara berkenaan. 

Biasanya budak-budak baru yang terlebih eksyen yang dikenali sebagai 'cocky' saja yang akan diorientasi dengan lebih keras.  Namun walau sekeras mana sekalipun, tak ada pula sehingga menjadi fatal yang membawa maut.  Ada guru-guru yang memantau keadaan.

Ini kes fatal dimana penuntut baru Tingkatan Empat telah meninggal setelah dikatakan dibuli dan dibelasah oleh penuntut senior.  Kenyataan Kementerian Pertahanan sendiri telah mengesahkan kematian penuntut Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri yang berumur 16 tahun.

Mengikut kenyataan berkenaan, penuntut ini telah dijumpai tidak sedarkan diri dan dibawa ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera di Kem Sungai Besi di mana dia disahkan telah meninggal.  Kemudian mayatnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk post-mortem.  Lapuran polis telah dibuat di balai polis Sungai Besi police pada pukul 2 pagi berkenaan.

Ini merupakan satu peristiwa hitam yang melibatkan sebuah sekolah berprestij dan bersejarah.

10 comments:

  1. Salam Pak Caq.
    Dahsyatnya budaya ragging ni!!!

    ReplyDelete
  2. Aslmkm Pak Caq.
    Bid suka bila Pak Caq menulis. Tapi sekarang Pak Caq jarang2 menulis diblog kan?
    Ni cerita mengikut pengalaman Pak Caq sendiri .. sekolah asrama penuh kena ragging teruk2! Takut dengar!!

    ReplyDelete
  3. Saya juga bekas putera Boy 13xxx F Coy. Anak saya juga bekas Putera. Saya amat kecewa dgn RMC sekarang kerana budaya ragging hanhandling yg digunakan membawa kesan negatif. Komandan dan staff perlu bertanggung jawab. RMC tidak lagi memberi kecermerlangan malahan kedudukannya di kalangan sekolah lain amat rendah. RMC kini dimasuki oleh pelajar2 yang gagal mendapat masuk ke sekolah lain.

    ReplyDelete
  4. Salam Pak Caq.
    Wah Pak Caq .. ni ada reaksi dari fellow ex RMC juga! Banyak orang risau dengan perkembangan yg tidak sihat ni.

    ReplyDelete
  5. Salam Pak Caq.
    Ragging ala tentera ke tu Pak Caq? Malam2 pun disuruh buat pushups .. agaknya yg senior membalas dendam dgn secara berlebihan la ya?

    ReplyDelete
  6. Salam untuk Pak Caq.
    Im an OP too .. sad incident indeed. The glory of RMC seemed 2 hv faded too in d recent years. What a pity?

    ReplyDelete
  7. I'm an OP too and ragging was rampant when I was there in the late 90's.

    ReplyDelete
  8. Salam Pak Caq.
    Sihat ke?
    Lama nampak tak update.
    Heran juga kenapa OPs sama Pak Caq hide identity!

    ReplyDelete
  9. Salam semua.
    Pak Caq mohon maaf kerana mengabaikan blog agak lama juga.
    Ada macam2 hal lain yang mengambil masa Pak Caq.

    ReplyDelete
  10. maner ade rmc makin lame makin hilang kecemerlangannyer.. rmc sudah mula naik kembali dgn kcmerlanagnnyer.. result terbaik dalam sejarah rmc dicipta oleh batch RAIDS 0910..

    ReplyDelete