Kita sudah pun berada di bulan Syaaban sekarang. Bulan Syaaban adalah bulan Rasulullah. Kita digalakkan mengerjakan amalan sunat yang lebih sebagai menghormati bulan ini.
Seperti biasa, amalan sunat yang baik ialah puasa sunat dan solat sunat. Oleh kerana bulan Syaaban adalah bulan syafaat, eloklah kita menggandakan amalan-amalan sunat ini.
Nabi Muhammad SAW telah memberitahu melalui beberapa hadis tentang kebaikan bulan Syaaban. Di antara yang baik ialah:
Siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Syaaban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, akan diampunkan oleh Allah dosanya yang lalu dan diberkatkan rezekinya.
Bahawa Allah Taala membukakan pada bulan Syaaban ini tiga ratus pintu rahmat.
Marilah kita sama-sama melipat-gandakan amalan. Sekurang-kurangnya segalanya adalah sebagai satu persediaan yang baik untuk diteruskan di bulan Ramadhan yang mulia nanti.
Selain solat dan puasa sunat, kita boleh cuba mempertingkatkan amalan baik yang lain. Antara amalan baik yang kita harus cuba laksanakan ialah:
- Membaca penghulu Istighfar.
- Memohon keampunan untuk kedua ibu bapa.
- Memohon keampunan untuk diri sendiri dan bertaubat.
- Membaca Al Quran.
- Bertasbih, tahmid dan zikrullah.
Aslmkm Pak Caq.
ReplyDeleteTerima kasih kerana memperingatkan.
Harap Pak Caq sihat & ceria saja.
Salam Pak Caq.
ReplyDeletePeringatan yang baik. Terima kasih banyak.
Semoga dapat dimanafaatkan oleh orang ramai.
Salam Pak Caq.
ReplyDeleteTerima kasih di atas ingatan.
Semoga sentiasa sihat & ceria.
Salam Pak Caq.
ReplyDeletePak Caq sihat?
Terima kasih diatas ingatan.
Sama2lah kita cuba lakukan amalan2 baik.
Assalamualaikum Bid, Roha, Raisa dan Keri.
ReplyDeleteMaaf la kerana Pak Caq tidak berkesempatan berkunjung balas.
Sebenarnya Pak Caq jarang2 saja ke sini sekarang ni.
Walaubagaimanapun Pak Caq menghargai kunjungan kalian. Terima kasih banyak ya.