Semasa bercerita-cerita pasal pelbagai musibah penyakit, ada beberapa orang menyarankan supaya pergi membuat urutan refleksoloji atau urutan tapak kaki di pusat yang bertauliah. Ternyata ada satu kedai seperti ini dekat dengan rumah Pak Caq.
Semalam Pak Caq teringat semula tentang hal ini. Bukan apa kaki Pak Caq rasa sengal dan sakit-sakit sejak seminggu yang lepas. Taruh minyak dan makan ubat pun masih terasa sakitnya.
Oleh kerana itu Pak Caq pun google la cari informasi tentang refleksoloji ini. Sebenarnya banyak juga keterangan. Tapi Pak Caq berkenan dengan gambar dari blog seperti di bawah ini.

Kaitan Organ Badan Dengan Kaki
Cuba lihat betul-betul rajahnya ini. Jelas sekali kedudukan organ badan kita di dalam ruang tapak kaki kanan dan kiri kita.
Kalau begini kita boleh saja melakukan urutan itu sendiri. Asal kita tahu apa sakitnya dan di mana pula kedudukan organ-organ yang berkenaan di petak kaki kita.
Pak Caq dah cuba sejak semalam. Memang terasa ada kesannya. Harap-harap sakit kaki Pak Caq akan segera baik.