Thursday, September 30, 2010

URUT TAPAK KAKI

Semasa bercerita-cerita pasal pelbagai musibah penyakit, ada beberapa orang menyarankan supaya pergi membuat urutan refleksoloji atau urutan tapak kaki di pusat yang bertauliah.  Ternyata ada satu kedai seperti ini dekat dengan rumah Pak Caq.

Semalam Pak Caq teringat semula tentang hal ini.  Bukan apa kaki Pak Caq rasa sengal dan sakit-sakit sejak seminggu yang lepas.  Taruh minyak dan makan ubat pun masih terasa sakitnya.

Oleh kerana itu Pak Caq pun google la cari informasi tentang refleksoloji ini.  Sebenarnya banyak juga keterangan.  Tapi Pak Caq berkenan dengan gambar dari blog seperti di bawah ini.

Kaitan Organ Badan Dengan Kaki

Cuba lihat betul-betul rajahnya ini.  Jelas sekali kedudukan organ badan kita di dalam ruang tapak kaki kanan dan kiri kita.

Kalau begini kita boleh saja melakukan urutan itu sendiri.  Asal kita tahu apa sakitnya dan di mana pula kedudukan organ-organ yang berkenaan di petak kaki kita.

Pak Caq dah cuba sejak semalam.  Memang terasa ada kesannya.  Harap-harap sakit kaki Pak Caq akan segera baik.

9 comments:

  1. Salam Pak Caq.
    Semoga bahagia & sihat.
    Interesting juga ni. Saya nak cuba juga.
    Kira urut semua kaki lama2 sikit la ya Pak Caq.

    ReplyDelete
  2. aduh, pergelangan kaki kiri saya selalu sakit,terutama waktu malam. dah sapu minyak dah, macam tu jugak... ada idea tak nak buat macam mana

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Caq.
    Wah ini kelainan.
    Nak try juga la. Kena kaji rajah betul2 dulu nampaknya.
    Nanti Pak Caq bagitau kesannya ya! :)

    ReplyDelete
  4. Salam Pak Caq.
    Hmmm .. begitu ceritanya. Saya pun nak cuba juga la. Hehe.

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah Pak Caq.
    Cara tradisional cina ni bagus juga.
    Suami saya kena mild stroke .. urut2 refleksoloji ni la + makan daun hempedu bumi.
    Sekarang alhamdulillah, semakin baik!

    ReplyDelete
  6. Aslmkm Pak Caq.
    Urut biasa ke ada cara tertentu Pak Caq?
    Pak Caq jaga kesihatan ya!

    ReplyDelete
  7. Salam Pak Caq.
    Semoga sihat2 saja. Juga semoga ceria & bahagia. Amin.

    ReplyDelete
  8. Salam Pak Caq.
    Hmm :)
    Pak Caq pun lama tak update jugak!
    Semoga sihat2 saja. Amin.

    ReplyDelete
  9. Salam Pak Caq.
    Lamer tak update!
    Sihat?

    ReplyDelete