Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA

Pak Caq ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Terima kasih banyak kerana mewarnai pengalaman Pak Caq di Maya ini. Semoga anda semua sihat dan bahagia.



Pak Caq akan bercuti selama 2 minggu. Insya Allah nanti Pak Caq akan balik ke Maya dengan cerita dan pengalaman menarik. Terima kasih sekali lagi.

Insya Allah jumpa lagi!

Saturday, September 19, 2009

CERITA BISKUT RAYA SIKIT

Cuba lihat gambar biskut raya dan 'love letters' pekej yang isteri Pak Caq pesan dari kawannya seperti di bawah ni. Secotet-secotet saja macam orang taruh dalam 'hamper' tu.

Pekej Raya B = RM 150

Mahal juga la. Banyak tu je harganya RM 150. Termasuk harga bakul rotan la sekali tu kan! Tapi apa ke hei le sikit-sikit? Kata isteri Pak Caq, 'for varieties' je. Yele tu, sekali hidangan je macam tu. Habis banyak pun dua/tiga keluarga 4 - 5 orang makan saja ni.

Memang tahun ni Pak Caq sekeluarga beli saja segala keperluan yang patut. Semua biskut raya dan kek beli, lemang dan rendang pun beli je juga. Ada yang isteri Pak Caq tempah secara pekej dengan kawannya. Ada yang beli dari saudara dan pembekal yang dah lama kenal.

Ada pun yang juadah buat sendiri nanti ialah Nasi Briyani Ayam dan Kambing la kut. Kata isteri Pak Caq dia nak buat Laksa Sarawak juga. Kalau nak juga buat Laksa Sarawak tu nampaknya kena la pergi ke Jusco beli meehoon pulak. Pak Caq rasa malas nak pergi. Tengoklah macam mana nanti.

Kata isteri Pak Caq, "buat persiapan raya senang-senang ni kena la rajin pergi cari!" Betul la tu! Kalau rasa tak rajin macam mana pulak? Jawap isteri Pak Caq, "makan apa yang ada saja la!" :))

NAK CERITA PASAL BEKALAN MAKANAN KAT MASJID

Ingat nak tunjukkan biskut Raya pekej kejap tadi. Pastu, teringat pula cerita semalam yang Pak Caq belum cerita lagi, tapi Pak Caq memang nak cerita juga.

Nasi Putih Dengan Sambal Ayam, Telur Masin, Sayur & Kueh

Cuba lihat hidangan nasi bersama lauk sayurnya yang siap dipek dalam bekas. Akhirnya semalam baru le nampak makanan dihidangkan secara siap sedia begini. Jadi Pak Caq ambil la satu bawa balik. Walaupun makanan 'simple' saja, tetapi sedap juga. Pak Caq sekeluarga makan masa sahur, syer-syer rasa seorang sikit la.

Tetapi ini berkemungkinan pemberian sedekah daripada orang tertentu yang sudah siap begitu dibawa ke masjid tu. Tetapi, kemas la begini, dan jemaah pun boleh bawa balik jika tak hendak makan di masjid tu. Tak kiralah makanannya itu apa. Asal ada rasa dan boleh dimakan, jemaah biasanya akan ambil makan atau bawa balik. Tak ada la membazir kan?

Harap-harap di tahun depan pihak jawatankuasa masjid akan ambil perhatian di dalam hal ini. Pak Caq rasa ahli-ahli akan bangkitkan perkara ni nanti, insya Allah.

AYAT KURSI SEBAGAI PELINDUNG

Musim raya ni kita banyak berjalan ke sana dan sini. Tak kiralah jauh atau pun dekat. Selalunya bila raya ni ada pelbagai musibah berlaku, iaitu seperti kemalangan jalan raya dan kecurian.

Cuba amalkan membaca ayat kursi. Ini sebagai usaha kita mengikut panduan agama. Ajal maut memang sudah ketentuan Ilahi, tetapi kita tak boleh menyerah begitu sahaja kerana Allah mahu kita untuk sentiasa berusaha.

Pak Caq ambil gambar dari bingkai kraftangan di rumah Pak Caq baru sekejap ni. Kira terang, boleh baca la kan?


Jika tak berapa boleh baca dari sini, rujuk saja la dengan Al Quran, Surah Al Baqarah, ayat 255.

Jadikan amalan harian supaya sebati dengan diri kita. Insya Allah, dengan bertawakkal kepada Allah SWT, kita akan sentiasa dipelihara.

Friday, September 18, 2009

MENGENANG HARI RAYA

Rata-rata orang dah dalam suasana Hari Raya. Jumpa kawan kat mana-mana pun, ramai yang duk bercerita pasal betapa sekarang ni suasana raya dah tak macam dulu-dulu. Kalau cerita beraya dulu-dulu tu bererti cerita beraya kat kampung la. Tapi kata reramai pulak, beraya di kampung pun dah tak sama macam dulu-dulu tu.

Bila di ingati betul-betul, benar jugalah, beraya kat kampung pun dah tak macam dulu-dulu tu. Dalam 10 tahun terakhir ni, Pak Caq ada le dua tiga kali balik beraya kat kampung. Suasana memang sudah jauh berbeza.

Perbezaan pertama yang Pak Caq lihat ialah keluarga yang pulang beraya di kampung tu la yang berkumpul bersama keluarga masing-masing di rumah ibu bapa mereka. Macam 'family gathering' kat mana-mana saje le. Kalau jiran tu di kalangan keluarga, ada la mereka menjengah sekejap bertanya khabar. Tapi tak ada jiran yang akan duduk lama untuk membuat aktiviti bersama kerana memang dah tak ada persamaan aktiviti. Esok di Hari Raya, jumpa la kawan-kawan lama di masjid. Lepas tu ada la yang datang bertandang sekejap untuk bersalaman dan bermaafan serta menjamu juadah raya sedikit sebanyak. Kemudian dah balik untuk sesama keluarga sendiri.

Dulu-dulu tu jiran berpakat membuat persediaan beraya iaitu seperti sama-sama membakar lemang atau mengacau dodol. Anak-anak pula berpakat memasang pelita minyak tanah. Yang kecil lagi pula riuh bermain bunga api dan berapa permainan ringan seperti main keja-kejar dan main teng-teng. Ramai anak gadis dan generasi muda perempuan pula sibuk membuat biskut dan kek raya.

Pendek kata semua orang sibuk dengan aktiviti tertentu. Lepas tu ramai yang bersepakat membuat kerja. Umpamanya lelaki jaga bahagian membakar lemang dan yang perempuan pula berpakat la membuat biskut dan kek. Dah ramai tu tentulah riuh rendah la pulak - sambil kerja tu sambil duk bercerita, berjenaka. Bila malam raya tu, aktiviti-aktiviti boleh bawa sampai ke awal pagi. Pukul 2 atau 3 pagi barulah masing-masing balik tidur di rumah sendiri.

Dalam pada tu, semua ghairah pula bercerita pasal persiapan diri dan rumah. Budak-budak seronok bercerita pasal berapa pasang baju raya dan berapa mahal serta betapa cantik pula semuanya. Yang isteri sibuk la bercerita pasal tukar langsir tingkap baru, pasal persiapan buat kueh raya dan pasal barang kemas baru yang dibeli. Sisuami pula duk la berkomplen betapa habis duit padi, duit untung berniaga dan duit gaji. Tetapi yang nyata, mereka memang sanggup berhabisan.

Seperkara lagi, di Hari Raya tu punya la ramai budak-budak keluar mencari duit raya. Ada pulak kumpulan masing-masing. Mereka bergerak dalam 4 -6 orang bagi setiap kumpulan. Lepas itu boleh syer informasi kat rumah mana mereka dapat lebih banyak duit raya, dan rumah siapa yang 'tahi hidung masin' serta kat mana pulak makanannya sedap-sedap.

Tentulah nostalgia yang indah beraya dulu-dulu tu kan!

Thursday, September 17, 2009

ORANG DAH MULA BALIK KAMPUNG!

Petang tadi Pak Caq tak dapat singgah di Bazaar Ramadhan kerana hujan amat lebat. Tak tahu bagaimana dengan penjual tu. Kasihan juga kan. Tetapi dua tiga hari ni, kelihatannya dah tinggal hampir separuh saja orang yang masih berjualan. Semalam di TTDI sudah tak sesak.

Malam ni juga sudah kurang jemaahnya. Tadi di jalan-jalan pun sudah tidak begitu sesak. Di bank pun tak ramai sangat orang. Dengar lapuran Ops Sikap pun sudah ada mangsa kemalangan. Jadi benar la orang sudah mula balik ke kampung halaman untuk berhari raya.

Pak Caq sekeluarga tahun ni beraya di sini saja. Malah sebenarnya, sekarang jarang juga Pak Caq balik beraya di kampung. Kedua orang tua Pak Caq sudah lama meninggal. Adik beradik Pak Caq pun duduk di sekitar Selangor dan KL juga. Sebelah isteri Pak Caq pun, bapa mertua sudah meninggal, dan ibu mertua pula tinggal bersama Pak Caq di sini.

Sesekali tu kita orang pulang juga ke kampung untuk bertemu keluarga dan menziarahi kubur orang tua. Tetapi biasanya kita orang balik di ketika lain la. Malas juga nak ikut dalam jem musim raya ni.

Tapi tahun lepas, Pak Caq sekeluarga pulang ke kampung selepas solat Raya. Pun jem juga, tapi tak la teruk sangat. Kita orang pulang sekejap saja untuk menziarahi kubur orang tua. Sambil tu singgah-singgah juga beraya di beberapa rumah sanak saudara. Walaupun tak lama tapi seronok juga merasakan suasana raya di kampung.

Ada juga orang komen beraya di sini agak sunyi dan tak rasa sangat suasana rayanya. Ya, mungkin tak semeriah di kampung masa dulu tu. Tapi oleh kerana Pak Caq sekeluarga lama juga beraya di tempat orang, malah jauh di perantauan di mana langsung tak ada cuti raya pun, kita tak rasa la janggal.

Walaupun suasana tak meriah sangat, tapi seronok juga ziarah sanak saudara dan kawan rakan di sini. Masih rasa suasana raya tu.

Tahun ni Pak Caq ada urusan pula dan tak dapat nak beraya sangat. Jadi Pak Caq membuat persiapan ala kadar saja.

NAK BERES-BERES KERJA DULU

Pak Caq dah keletihan juga ni buat itu dan ini. Segala urusan mesti harus dibereskan dulu sebelum kita rehat untuk menyambut Hari Raya. Ni kira dah tinggal skit je lagi. Sambil Pak Caq relaks, masuklah jengah Maya sekejap.

Rasa nak buat Kad Raya, tapi tu kena 'pikiaq' lebih la pulak. Tahu je la Pak Caq ni, ilmu IT tak seberapa sangat ...

Tapi apapun, saja masuk juga nak ucapkan terima kasih pada semua, terutama yang sudi beri komen dan ucapan selamat raya. Nanti Pak Caq cuba lawat anda juga, insya Allah.

Ok la. Kena sambung dulu bereskan kerja, nanti tak sempat habis pula. Esok Pak Caq dah ambil 'off' ikut macam warga sekolah tu ... hehe.

Nanti jumpa lagi, insya Allah.

Tuesday, September 15, 2009

BACAAN AL QURAN MENGIKUT SUNNAH

Hari ini Pak Caq nak kongsi pengetahuan tentang bagaimana untuk mendapat sebanyak pahala dengan membaca Al Quran. Ilmu ini adalah daripada para ulamak dan pakar dalam ilmu agama Islam seperti Dato Ismail Kamus. Semoga kita semua mendapat barakahnya, insya Allah.

Kita tahu bahawa Al Quran adalah ibadah bacaan yang paling utama. Sebagai seorang Muslim kita sekurang-kurangnya wajib tahu membaca Surah Al Fatihah untuk mendirikan ibadah solat.

Seorang Muslim digalakkan beribadah membaca Al Quran. Kita akan mendapat ganjaran pahala dan banyak lagi kebajikan bagi setiap bacaan Al Quran. Di antara rahmat utama ialah Al Quran akan memberi kita keamanan dan perlindungan serta mendapat keberkatan. Di dunia Al Quran Al Quran adalah senjata utama untuk melindungi diri dari godaan nafsu dan syaitan. Di Akhirat, Al Quran akan menjadi pembela, dan memberi perlindungan di padang Mahsyar.

Ternyata juga ada bacaan ayat Al Quran tertentu dan di masa tertentu pulak yang akan memberi kita lebih banyak pahala dan manafaatnya. Bacaan ayat tertentu pada masa tertentu untuk membolehkan kita mendapat pahala dan manafaat yang maksima dikategorikan seperti berikut:

1. Waktu Pagi Dan Petang
  • Surah An Naas - baca 3 kali untuk jadi pelindung dari segala bencana.
  • Surah Al Falaq - sama seperti An Naas iaitu menjadi pelindung dari segala bencana.
  • Surah Al Ikhlas - bacaan ayat ini menyamai pahala membaca 1/3 Al Quran.
  • Al Baqarah: (255; juga di kenali sebagai Ayat Kursi) - pahalanya menyamai 1/4 Al Quran; setiap huruf membawa 1000 keberkatan dan 1000 rahmat; dibaca selepas sembahyang fardhu akan mendapat ganjaran Syurga.
  • Al Mukmin: (1 - 3) - untuk keselamatan.
  • Al Hasyr: (21 - 24) - dibaca selepas Subuh dan Asar diberi rahmat serta dijaga oleh 70,000 Malaikat; jika meninggal dunia pada malam atau siangnya akan mendapat Syurga.
  • Al Ruum: (17 - 19) - akan diberi pahala bagi amalan yang tidak dapat dijalankan di waktu siang dan malam.

2. Tiap-tiap Malam

  • Yaasin - Merupakan hati Al Quran - akan mendapat keredhaan Allah, diampunkan dosa; jika dibaca kepada orang sedang nazak, akan memudahkan kematiannya; jika dibaca di kubur akan diringankan siksa kubur bagi penghuni kubur itu, dan pembacanya mendapat 80 rahmat.
  • Ad Dhukhan - 7000 malaikat akan memohon ampun untuk si pembaca.
  • Al Zalzalah - mendapat pahala membaca separuh Al Quran.
  • Al Imran: (190 -200) - mendapat pahala seperti beribadat separuh malam.
  • Al Baqarah: (284 - 286) - mendapat pahala beribadat separuh malam dan dijauhi dari gangguan syaitan dan segala bencana.
  • Al Kahfi: (107 - 110) - untuk mendapat balasan Syurga Firdaus dengan segala nikmatnya.

3. Sebelum Tidur

  • Al Fatihah - pahala membaca memenuhi timbangan amal, menutup segala pintu neraka, dan mendapat pahala 70 kali ganda ayat lain.
  • Bismillah - dibaca 21 kali sebelum tidur akan diberi perlindungan dan mendapat keselamatan; setiap huruf diberi 4000 kebajikan dan dihapuskan 4000 kejahatan dan diangkat 4000 darjat.
  • Al Mulk - diberi syufaat dan diampunkan dosa; pahala 60 kebajikan dan dijauhi dari seksa kubur.
  • As Sajadah - diberi naungan di hari Kiamat; mendapat kebajikan lebih 60 darjat dari surah lain.
  • Al Kaafirun - menyamai satu perempat Al Quran dan akan dilepaskan dari azab neraka.
  • Al Waqiaah - dijauhi dari kepapaan.
  • Al Hasyr - jika dibaca dan ditakdirkan meninggal pada malam itu, dihitung sebagai mati syahid.

MALAM TUJUH LIKUR

Orang Islam pada amnya memeriahkan malam 27 Ramadhan. Kita orang-orang Muslim Timur menamakan malam ini 'malam tujuh likur.'

Pada lazimnya kita sudah mula beraya dengan bergembira dan menghormati malam tujuh likur ini. Pak Caq difahamkan orang kita percaya banyak rahmat di turunkan pada malam ini. Kiranya malam ini dikaitkan dengan Malam Lailatul Qadar, kerana kalau kita lihat kembali Malam Lalilatul Qadar memang boleh jatuh pada malam 27 Ramadhan. Hanya Allah Maha Mengetahui.

Apa pun Pak Caq saja ingin mengenangkan malam tujuh likur ini. Pada malam ini, orang kita selalu menyalakan pelita di hadapan rumah. Ada yang lebih ghairah dengan menyalakan pelita di sekeliling rumah dan di jalan masuk ke rumah. Malah kekadang penduduk kampung mengabung tenaga untuk memeriahkan lagi malam itu dengan menyalakan pelita sekampung.

Selain itu kanak-kanak akan berseronok dengan bermain-main di laman. Mereka main bunga api. Dulu-dulu, di kampung mereka siap main meriam buluh lagi. Ada pula kumpulan yang main pukul beduk hingga waktu sahur.

Orang bandar pula menyalakan lampu warna-warni atau lampu warna kelip-kelip di hadapan rumah mereka. Ada juga pakai lampu 'fibre glass' yang canggih-manggih tu.

Pendeknya malam tujuh likur melambangkan malam kegembiraan. Sana sini, Muslimin dan Muslimah meraikannya.

Tahun ini kiranya malam tujuh likur ni ialah pada malam besok. Kita tak tahu; kemungkinan juga Malam Lailatul Qadar. Jadi, sambil memeriahkan malam tujuh likur, beramal ibadah jugalah sedaya mungkin. Semoga kita mendapat ganjaran terbaik.

Monday, September 14, 2009

CERITA TOK WOOK

Pak Caq tertarik membaca cerita Tok Wook di Star hari ni iaitu yang bertajuk, '107-year-old wants 23rd hubby.' Sekali lalu baca tu rasa geli hati juga. Ya la kan, dalam umur sudah melewati 100 tahun, dia sudah menyebut pasal nak kahwin lagi walaupun masih belum bercerai dengan suaminya sekarang. Kalau lelaki, mungkin tak berapa nak pelik. Tapi Tok Wook tu seorang perempuan.

Namum selepas membaca berita ini, terlintas pula di dalam kepala betapa hidup di usia terlalu tua tu amat sepi. Dari suara hati Tok Wook jelas dia amat kesunyian. Dia hanya mahu teman untuk mendengar cerita dan rungutannya; dia hanya mahu teman bicara.

Tok Wook hidup sebatang karah. Walaupun ada zuriat, anaknya dinyatakan seperti mempunyai masaalah mereka sendiri.

Kalau kita hisab dan congak, anak-anak Tok Wook pun mungkin sudah ada yang meninggal kerana jangka umur purata ialah 70 -80 tahun. Malah dari kalangan umur ini sudah banyak pula yang meninggal dari yang hidup. Sekiranya anaknya masih hidup, paling muda pun umur anak Tok Wook itu semestinya sudah melebihi 50 tahun, kerana kadar purata 'menopause' pula ialah 40 - 50 tahun. Jadi wajarlah anak-anak Tok Wook, jika masih hidup pun, tentu sudah lanjut usia juga. Wajar pula mereka tu bergantung hidup kepada anak-anak mereka pula.

Anak-anak mereka tu mestilah cucu-cucu Tok Wook. Bergantung kepada berapa ramai anak Tok Wook, jika dihitung atas dasar 'extended family' mestilah cukup untuk menjadi teman Tok Wook berbicara. Di mana mereka ya?

Walaubagaimanapun, kita sukar membuat rumusan yang tepat mengenai perkara ini. Ada keluarga yang anggota keluarga mereka amat rapat antara satu sama lain; ada pulak yang amat renggang. Bagi yang rapat, rasanya tak akan bermasaalah. Kemungkinan yang renggang itu untuk mengalami kesepian adalah agak tinggi.

Cerita Tok Wook tu dah la pula buat Pak Caq rasa cuak. Maklum saja la, famili Pak Caq ini kecil saja.

Di bulan baik hari baik ni, Pak Caq anak beranak berdoa semoga kami akan sentiasa saling mendokong. Insya Allah, kesunyian seperti yang dialami oleh Tok Wook langsung tidak akan hadir dalam hidup kami. Amin.

Sunday, September 13, 2009

KUEH BERBUKA DAH BASI!

Sementara tunggu berbuka ni masuk la Maya sekejap. Nak cerita pasal peristiwa semalam sebenarnya.

Semalam tu, Pak Caq ada beli bermacam makanan juga, termasuklah beberapa jenis kueh-mueh. Selalunya Pak Caq sekeluarga beli dari penjual yang dah kenal lama dan biasa makan hasil jualan mereka. Tapi semalam terpaksa beli lebih sikit. Jadi belilah kueh dari salah seorang penjual kueh lain yang tak pernah lagi dibeli sebelum ini.

Masa beli tu dah ditanya berkali-kali dek kerana pertama kali membeli dari penjual itu. Jaminannya kuehnya baik semua.

Macam pernah dengar je kan? Semasa berbuka puasa tu sah-sah la kueh tu dah nak basi. Rasa benar tertipu. Rupanya ada juga orang Melayu Islam yang buat kerja macam ni.

Eh, dah nak masuk waktu berbuka la .. Jumpa lagi!

Saturday, September 12, 2009

CERITA HARI INI DAN UCAPAN HARI RAYA

Hari ini ingatkan dapat le berehat je kat rumah. Tup tup ada saudara jauh pula telefon kata nak datang. So kena la tolong-tolong kemas bilik tamu tu. Al maklum le, sejak tak pakai bibik Indon sepenuh masa, banyak kerja ditunda. Macam bilik tamu dan cuci longkang kat luar tu, pejam mata je.

Ada la Pak Caq sekeluarga pakai khidmat 'pembantu Indon ikut jam' tu. Tetapi dah la kita kena ada untuk 'supervise' supaya mereka betul-betul buat kerja serta tak berlaku perkara-perkara yang tak diingini. Ehh, tak larat pula nak tunggu lama, lebih dari 3 - 4 jam biasanya kita pula yang letih menunggu. Upahnya pun boleh tahan, RM 60 untuk 4 jam; kira sehari kerja 8 jam dah RM 120. Kalah gaji golongan sokongan penjawat awam tu! Dah tu bulan puasa ni dia orang banyak pula dah balik kampung.

Dah selesai kemas-kemas, ni la baru boleh duduk kejap, jadi jengah-jengah la Maya ni. Ada banyak perkara yang nak kongsi. Tapi badan dah letih, minda pun tersekat-sekat la pulak.

Pak Caq duk tenguk juga sms, mms yang bawa ucapan Hari Raya yang canggih-manggih ni. Macam-macam ada! Ada tu yang terlalu canggih, dan handphone Pak Caq pulak tak canggih, dah la kecuh. Entah apa-apa jadinya. :)

Nampaknya kena tunggu anak Pak Caq tolong tengokkan la pulak. Ada hantar siap dengan melodi muzik Raya tapi bunyinya tak ada pun; tak ada keluar ni ha. Makin lama makin pening nanti.

Elok juga cara lama beri ucapan dengan menghantar Kad Raya tu. Tapi nak dikirakan, memang tinggi pula kosnya jika dibandingkan dengan menghantar sms dan mms tu ya.

Ya la, tiap sesuatu ada baik, ada buruknya .....

Thursday, September 10, 2009

JOM ZIKIR


Apa Itu Zikir

Pada lazimnya kita ertikan zikir sebagai tahlil, tahmid, tasbih dan takbir. Tetapi sebenarnya zikir merangkumi segala ungkapan dan amalan yang dilakukan untuk mentaati Allah SWT.

Ini bererti apa juga ucapan rangkai kata serta perbuatan gerak laku yang dilakukan oleh seorang Muslim dengan rasa taat dan tulus ikhlas kerana Allah adalah zikir dan ibadah. Jadi, segala apa yang diucapkan dan dilakukan oleh seorang Islam di atas landasan dan teras hati yang luhur serta jujur adalah zikir dan ibadah yang mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT.

Senang Tapi Tak Mudah Dapat Pahala

Allahu Akbar. Betapa senangnya untuk kita mendapat ganjaran pahala. Ya, seperti kata saudara Indonesia kita, "gampang dong!" Segala apa jua percakapan dan perbuatan kita seorang Muslim yang beriman dengan Allah akan di balas dengan imbuhan pahala. Tetapi, kita dituntut untuk melakukan tiap sesuatu zikir dan amalan itu dengan penuh taat, ikhlas dan jujur. Di sinilah saringan itu bermula.

Benar, hakikatnya tidak mudah bagi seorang insan itu untuk terus sentiasa bercakap dan melakukan sesuatu itu dengan penuh taat, jujur dan ikhlas kerana Allah semata-mata sebab manusia sentiasa dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Jika ianya begitu mudah, tentulah dunia akan aman sentosa dan manusia tak akan saling bercakaran, bermusuhan, malah berperangan seperti apa yang berlaku secara berleluasa sekarang ini. Apa yang menyukarkan ialah manusia secara sedar atau tidak, sering terarah untuk berkiblatkan kebendaan dan kekayaan serta kepuasan hawa nafsu.

Jelaslah yang kafir itu tidak beriman dengan Allah SWT. Terang dan nyata mereka ini musuh Islam; mereka bercakap dusta; mereka sombong, bongkak dan membenci Islam serta mencari kebahagiaan dan laba dunia.

Tetapi yang tidak begitu nyata dan ketara ialah mereka yang di dokumentasikan sebagai Islam, yang namanya Islam dan yang mengakui di mulut secara zahir dia seorang Islam. Terlalu ramai dari kalangan ini yang juga bercakap dusta; mereka juga sombong, bongkak dan melebihkan kepentingan diri serta nama, kedudukan, dan harta.

Benar, bukan layak kita sesama insan untuk mengkategorikan mereka masuk ke golongan mana. Namun mereka ini membuat banyak perkara jadi kacau, dan umat Islam lainnya jadi keliru dan haru.

Zikir Langkah Selamat

Untuk mengelakkan kita turut dimurkai dan dilaknati Allah, kita mesti memperelokkan amalan kita; kita mesti kukuhkan akidah dan iman kita; kita mesti menjauhkan diri dari hasutan syaitan; mesti kuat melawan nafsu dan juga mesti menjauhkan daripada mereka yang cenderung ke arah melakukan kekufuran dan kemungkaran itu apabila kita tidak berupaya mengubahkan mereka. Jangan sesekali kita bersekongkol dengan mereka.

Senjata dan perisai yang paling kukuh untuk melindungkan diri ialah dengan kita sentiasa berlindung dengan Allah SWT dan memohon keredhaanNYA. Kita mesti sentiasa berpegang teguh kepada senjata-iman dan memperkuatkan perisai-ibadah ini.

Memang sudah sahih, cuma ada satu saja jalan untuk merealisasikan kebahagiaan yang kekal abadi iaitu jalan yang diredhai Allah SWT. Kita diseru untuk sentiasa mendekatkan diri dengan Allah, dan sentiasa taat kepadaNYA: mesti taat menunaikan segala kewajipan fardhu; mesti taat kepada segala perintah dan larangannya, serta mesti tulus ikhlas kerana Allah SWT dalam segala amalan kita. Ternyata benar ibadah zikir adalah langkah yang selamat.

Fahami Zikir

Mari kita cuba fahami zikir ini dengan lebih dekat lagi. Kita boleh memahami zikir dengan cara menganalisakan mengikut bahagian, ciri-ciri dan kaedahnya.

A. Bahagian

Zikir boleh di bahagikan kepada tiga kategori iaitu:
  1. Zikir dengan lidah - tasbih, tahmid, tahlil, takbir, berselawat Nabi dan membaca Al Quran.
  2. Zikir dengan hati - memikirkan dan mengingati tentang kebesaran, keagungan dan kekuasaan Allah SWT iaitu seperti kejadian langit dan bumi.
  3. Zikir dengan menunaikan semua bentuk ketaatan kepada Allah SWT - mengerjakan solat, puasa, haji, berjalan dan menghadirkan diri di tempat ibadah, serta menghadiri majlis ilmu.

B. Ciri-ciri Zikir

Pada lazimnya, zikir mengandungi unsur-unsur seperti berikut:

  1. Pujian kepada Allah SWT.
  2. Doa kepada Allah SWT.
  3. Astaghfar kepada Allah SWT.
  4. Memohon sesuatu yang baik kepada Allah SWT.
  5. Ketaatan kepada Allah SWT.
  6. Bacaan beberapa ayat Al Quran.

C. Kaedah Zikir

Cara dan kaedah zikir yang terbaik ialah:

  1. Usahakan sedaya upaya untuk memusatkan fikiran dan perasaan hanya kepada Allah SWT.
  2. Yakin dan percaya Allah menerima segala amalan baik yang dilakukan.
  3. Yakin dan percaya bahawa Allah tidak mengenepikan permintaan dan harapan.
  4. Menyatakan segala sebutan ungkapan dan perkataan dengan jelas dan terang.
  5. Menggunakan suara yang sederhana.
  6. Mengakhiri zikir dengan ucapan selawat Nabi SAW dan bersyukur serta pujian kepada Allah SWT.

Jom Kita Amalkan Zikir

Marilah bersama-sama kita tajamkan senjata-iman dan teguhkan perisai-ibadah untuk memantapkan iman kita sendiri serta sebatikan diri kita dengan amalan zikir. Jom, kita mula dari sekarang, bertepatan dengan 10 malam terakhir bulan Ramadhan yang mulia ini. Jangan sesekali kita lalai lagi. Biarlah zikir ini menjadi amalan sehinggalah ke akhir hayat kita. Semoga kita termasuk di dalam golongan orang-orang beriman yang mendapat keredhaan Allah SWT. Amin.

SAMBIL SANTAI

Assalamualaikum, bertemu kembali.

Ni baru Pak Caq dapat menjengah. Duk tengah atur fakta ni, tapi santai la sekejap.

Malam ni nampaknya dah mula ramai kembali jemaah di masjid. Yalah, ini sudah masuk malam 10 terakhir Ramadhan. Kita sama-sama teruja dengan Lailatul Qadar. Insya Allah, sama-samalah pula kita mendapat rahmat ini.

Samada kita mendapat rezeki menyedari kehadiran malam Lailatul Qadar itu ataupun tidak, ganjarannya tetap dianugerahkan kepada sesiapa juga yang mengerjakan segala amalan baik. Jadi kita teruskan saja melakukan amalan terbaik sebanyak mungkin.

Selamat beribadah.

Tuesday, September 8, 2009

MALAM LAILATUL QADAR - MALAM MISTERI RAMADHAN


Memandangkan malam Lailatul Qadar ini sudah menggamit, Pak Caq pun ingin turut membicarakannya juga. Tapi Pak Caq lebih cenderung untuk kita sama-sama mencari malam Lailatul Qadar itu sendiri.

Elok jugalah kita imbas sejenak tentang malam Lailatul Qadar ini. Lailatul Qadar itu bermakna Malam Takdir. Ianya adalah satu malam yang Allah SWT janjikan takdir atau ganjaran yang amat tinggi nilainya, dan ini disebut dengan amat jelas di dalam satu surah yang pendek, iaitu surah Al Qadr.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

Ayat ini menyebut dengan jelas bahawa Lailatul Qadar adalah sebagai malam yang penuh keberkatan. Pada malam ini Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan. Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, mengadakan Lailatul Qadar semata-mata kerana amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, bertujuan untuk menganugerahkan kepada hamba-hambaNYA pahala-pahala yang banyak, untuk membolehkan kita masuk syurga.

Allah SWT mempunyai sebab mengapa DIA mengadakan Lailatul Qadar khusus buat umat Nabi Muhammad SAW. Mengikut ulama, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, jadi baginda bermohon kepada Allah untuk memberikan peluang di mana umatnya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka. Dengan itu Allah SWT menganugerahkan Lailatul Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-NYA yang menyeluruh.

Menurut ulama, amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan yang dihisabkan bersamaan 83 tahun empat bulan. Oleh kerana keutamaan ini, Rasulullah menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam yang penuh keberkatan ini dengan cara menghidupkan malam terakhir Ramadan. Kita disyurkan untuk melaksanakan iktikaf serta membangunkan seluruh keluarga untuk lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari; tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, Witir, solat Tarawih; membaca dan bertadarus al-Quran serta juga dengan berzikir kepada Allah dan melakukan amalan-amalan soleh lain.

Di samping itu kita juga disyurkan mengikut contoh Rasulullah yang sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara doa Baginda ialah doa yang maksudnya adalah: "Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih." Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan. Tetapi kita mesti bersungguh-sungguh berusaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kita kepada Allah SWT, serta juga bersungguh-sungguh bertaubat dan memohon ampun kepada Allah di atas segala kesalahan dan dosa selama ini.

Sekarang kita balik semula kepada persoalan yang Pak Caq nak kongsikan tu, iaitu untuk kita sama-sama cuba mencari Lailatul Qadar ini. Sepertimana kita tahu, para ulama berbeza pendapat tentang perkara ini. Mengikut ulama, malam Lailatul Qadar ini akan jatuh pada malam ganjil pada malam sepuluh terakhir Ramadhan. Antara hujah ulama adalah seperti berikut:
  1. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ini bererti jika pada tahun ini Lalilatul Qadar berlaku pada malam 29 Ramadhan, tentunya pada tahun akan datang, malam ini akan berlaku pada tarikh yang berbeza.
  2. Ibn Hazm juga mengatakan Lailatul Qadar itu jatuh pada satu malam samaada iaitu 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.
  3. Jumhur ulama pula mengatakan bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka'ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu'awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. "Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27."

Sebahagian sahabat dan ulama pula cuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara menggunakan rumusan tertentu iaitu seperti berikut:

  1. Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.
  2. Sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Sembilan didarab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.
  3. Ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.
  4. Imam Bukhari memberi dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar ini, iaitu dengan berasaskan hadis daripada Aishah iaitu, "Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan."

Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan jelas bahawa tidak ada satu dalil atau bukti khusus yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.

Allah SWT telah menunjukkan kebesarannya dengan memberi tahu tentang kebesaran dan keunggulan Malam Lailatul Qadar atau Malam Seribu Bulan ini tanpa memberi tahu bila sebenarnya malam ini berlaku dalam bulan Ramadhan itu sendiri. Jadi malam Lalilatul Qadar akan terus menjadi satu malam yang penuh dengan misteri. Begitulah kebesaran Allah SWT yang mahukan umat Muslim terus merindui kedatangannya, dan terus menunggu serta mencari dengan penuh harapan dan taat setia jika kita mahu bertemu dengannya.

Sesungguhnya ayat al-Quran yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadar, tidak memberitahu secara jelas kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu pada satu malam itu sahaja. Allah Maha Mengetahui, sekiranya manusia itu tahu malam tersebut, mereka sudah pasti akan bertindak begitu.

Jadi ia dirahsiakan agar umat Muslim menghidupkan setiap malam terakhir Ramadan dengan amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah, para sahabat dan para solihin yang terdahulu. Kita harus terus beribadah kerana setiap malam Ramadhan itu memiliki hikmah dan rahsia tersendiri, dan dengan terus berbuat demikian setiap Muslim pasti akan bertemu dengan Lailatul Qadar.

Bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Tetapi marilah kita sama-sama menghidupkan 10 malam terakhir mulai malam besuk ini dengan melakukan sebanyak ibadah yang terdaya. Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadar, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan oleh Allah dan dikira sebagai amal soleh yang mendapat keredhaan Allah, insya Allah.

Monday, September 7, 2009

SELANGOR CUTI NUZUL AL QURAN = HARI 'SHOPPING' RAYA DI KL

Assalamualaikum. Selamat Bertemu kembali.

Hari ini Selangor cuti Nuzul Al Quran. Di tiap-tiap tahun sama je. Pada hari ni, begitu ramai le orang Selangor, ataupun yang duduk kat Selangor ni, pergi serbu ke Kuala Lumpur. Akan penuh sesak la di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India tu terutamanya. Mengikut pengalaman Pak Caq, pada hari ni, kat mana gerai pun penuh dengan orang nanti. Kat kedai pun ramai juga.

Oleh sebab tak nak berasak-asak tu la semalam isteri Pak Caq ajak pergi shopping Hari Raya kat sana tu. Bukan nak beli apa sangat pun. Tujuan utama ialah untuk membeli 4 pasang kasut raya, iaitu sepasang seorang kerana tahun lepas semua tak beli kasut raya. Isteri Pak Caq ni prinsipnya mudah je; tiap seorang ahli keluarga sekurang-kurangnya beli satu item baru sempena menyambut Hari Raya, tak kira la baju ka, kasut, songkok, atau tudung. Habis-habis tak ada, beli baju dalam je. :)

Ingatkan kita orang pergi pukul 10.00 pagi dah awal le. Eh, rupanya dah jem. Orang Bandaraya KL pun dah tutup jalan susur masuk kat Bank CIMB di Jalan Tun Perak tu. Nasib baik jugak mereka tak tutup jalan masuk kat Stesyen LRT tu. Tapi kena 'crawl' lama juga, ada la lebih setengah jam. Dah sampai dalam dah tak ada satu pun 'parking bay' lagi.

Mula tu Pak Caq 'pull-up' dan tunggu dekat dengan 'Semua House.' Tapi lori besar Alam Flora pulak lalu kat situ. Terpaksa le bergerak dan buat satu pusingan kat Jalan Melaka. Punya la ramai yang 'park' aje kat mana ada 'space.' Tapi Pegawai Bandaraya pun dah ramai duk saman!

Pak Caq pusing dan 'pull-up' kat Mydin pulak. Alhamdulillah, sekejap je lepas tu kereta paling dekat dengan Pak Caq keluar. Jadi dapat la parking.

Ehh, rupanya jalan kaki pun jem juga. Kedai kasut kan kat Jalan Tunku Abdul Rahman. Terpaksa la bersesak dengan semua pengunjung tu. Tambah melambatkan lagi kerana ibu mertua Pak Caq ikut sama. Umurnya dah melebihi 80 tahun, dan jalannya mesti la lambat, tetapi dah beliau nak ikut, layan je la.

Ingatkan pergi hari Ahad dan awal sikit kut la OK. Rupanya jem teruk juga. Hari Sabtu sebelum tu saja je tak nak pergi kerana nak mengelakkan jem sebab hari Sabtu kan Sogo buat sales. Kita orang dah lama juga tak pergi sales kat Sogo tu sebab jem dalam 'mega store' tu ya Allah, punya la teruk. Lepas tu, hujung-hujung nanti beli yang tak on sales atau yang hanya ada diskaun 10%.

Tapi ternyata keputusan kita orang berdasarkan faktor itu dan datang 1 hari kemudian, hari Ahad, kerana fikirkan keadaan akan lebih baik, tak betul la. Jem dengan kereta, dan jem juga dengan orang. Lihatlah gambar di bawah yang Pak Caq ambil semalam - dah jadi satu lautan manusia yang luas.


Pemandangan di Lorong Jalan Tunku Abdul Rahman

Semua jalan dan lorong sama je. Semuanya jem. Eh, apapun, sorry la ya, kalau anda yang kelihatan di gambar ni tak suka gambar anda disiarkan. Habis camne nak buat? Ini kan berita terkini. Kira macam wartawan buat liputan berita la, tapi ni kira wartawan sambilan yang amatur. :)

Ingatkan boleh la selesai 'shopping' dalam masa 2 jam, tapi dah jadi sampai 3 jam lebih. Tu pun cuma dapat 2 pasang kasut, beberapa helai tudung dan biskut raya serta buah kurma. Biskut raya dan buah kurma ni keputusan spontan je. Dah barang yang nak dibeli tu tak ada saiz, dan ibu mertua Pak Caq pula cerewet sangat semua tak berkenan, jadi dah sambil lalu tu beli la biskut raya dan buah kurma yang dah terberkenan.

Sunday, September 6, 2009

PERISTIWA MALAM KEENAM BELAS RAMADHAN

Begitu pantas masa berlalu ya. Lap lip, dah lima belas hari kita selamat menjalankan ibadah puasa.

Malam ni malam keenam belas kita mengerjakan ibadah solat sunat Tarawih.

Pak Caq nak cite pasal solat Tarawih malam ni sikit. Saja la. Malam ni kan kita dah membaca doa qunut dalam solat witir akhir satu rakaat tu. Di Malaysia ini, ada yang mula baca dari malam kelima belas semalam, ada juga mula baca malam ini.

Apa-apa pun, yang pak Caq nak cite tu ialah ada juga jemaah yang melatah. Ni melatah betul-betul. Selepas bangun dari rukuk tu banyak juga yang mendahului iman terus bergerak turun untuk sujud. Bila imam membaca doa qunut, eh cepat-cepatlah bangun semula dan membaca doa qunut. Apa yang mengelikan hati, ada juga yang melatah secara terang-terangan dengan menyebut perkataan, 'Eh!'

Kalau ikut panduan ulama, jika tesebut perkataan seperti itu, maka terbatallah sembahyang berkenaan. Sepatutnya mesti sembahyang semula. Kita hanya boleh mengingatkan, itu kewajipan kita untuk menegur. Terpulang kepada orang berkenaanlah samaada nak mendengar ataupun tidak.

Pak Caq berpengalaman juga dalam kewajipan memperingatkan sesama insan ni. Kebiasaannya orang tak suka. So, eloklah kita memberi syur supaya orang berkenaan merujukkan perkara berkenaan kepada ulama atau jabatan agama.

Malam ni nampaknya bilangan jemaah dah pun berkurangan. Mungkin ada yang pergi mengerjakan ibadah umrah juga. Pak Caq dengar ada banyak juga yang mendapat visa umrah ni. Rezeki jugalah kiranya tu.

Bercerita pasal mengerjakan ibadah puasa di kota suci Mekah dan Madinah ni, teringat pula pengalaman Pak Caq sekeluarga di sana. Best la. Terbalik dengan kita di sini, jemaah di sana semakin ramai hinggalah ke akhir bulan puasa. Malah jemaah melimpah-limpah hingga keluar ke jalan-jalan. Ramai orang-orang Arab siap berkampung lagi di luar masjid tu.

Di minggu akhir tu, jemaah di Masjidil Haram dah terlalu sesak, hinggakan sukar untuk kita masuk ke ruang depan. Rakyat Malaysia yang dah pernah mengerjakan ibadah puasa di sana di akhir Ramadhan semua mengalaminya. Yalah, kita jemaah Malaysia banyak yang balik untuk makan selepas solat Maghrib. Tetapi ada juga yang tak balik, terutamanya mereka yang duduk di tempat penginapan yang agak jauh sedikit. Yalah, nak masuk semula memang agak sukar. Sebenarnya, kenalah ikut perangai Arab, langkah je kalau jemaah lain tu tak nak buka jalan. :)

Seperkara lagi yang berbeza ialah Arab ni tak baca doa qunut dalam witir akhir. Tetapi jika ada apa-apa musibah, Imam akan baca doa yang sangat panjang di dalam rakaat solat wajib sendiri, kebiasaannya dilakukan waktu rakaat ketiga solat Maghrib. Kat sinilah kekadang tu banyak jemaah yang terlajak nak turun sujud. Pengalaman kali pertama Pak Caq tu, rasa lenguh betul tangan dan terhuyung-hayang juga dibuatnya kerana dek terlalu panjang doa tu serta lama sangat masanya. :)

Friday, September 4, 2009

AMAL IBADAT YANG TIDAK MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH

Allah SWT telah menjadikan tujuh Malaikat dan kemudiannya menjadikan pula tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Bagi setiap lapisan langit ada pintunya, dan disetiap pintu itu ditugaskan seorang Malaikat menjaganya.

Setiap amalan manusia akan dibawa oleh Malaikat Hafazah melalui setiap pintu yang dijaga oleh Malaikat penjaga lapisan langit berkenaan. Hanya amalan yang diterima sahaja akan dapat diiringi masuk pintu untuk ke peringkat seterusnya hingga dapat melintasi segenap tujuh lapisan pintu langit. Kemudian sekelian Malaikat ikut mengiringi amalan soleh yang diterima. Malaikat-malaikat ini sekeliannya menjadi saksi di atas amalan yang penuh ikhlas dan benar-benar tulus kerana Allah SWT, lalu dibawa ke hadapan Allah SWT. Kekal bahagialah mereka yang diterima segala amalan mereka.

Amalan-amalan yang tidak mendapat keredhaan Allah, dan dilaknat serta ditolak oleh Allah SWT diklasifikasikan ke dalam tujuh golongan seperti berikut:

  • Pengumpat - Di langit Pertama, Malaikat menapis amalan pengumpat. Walaupun amalan seorang manusia itu dilakukan pagi dan petang, siang dan malam, baiknya bersinar-sinar tetapi tidak dibenarkan melepasi pintu kerana hamba Allah itu seorang pengumpat.

  • Meraka Yang Bermegah Dengan Kekayaan Harta Benda - Di langit Kedua pula disaringkan amalan mereka yang bermegah-megah dengan segala kekayaan harta benda dunia. Walaupun amalan manusia itu sangat bersinar-sinar tetapi amalannya berteraskan kepada kebendaan dan bermegah serta mengikut perintah manusia. Mereka ini termasuklah golongan mereka yang mencari pangkat, mencari nama, mencari pujian dengan sanggup melakukan segala apa yang disuruh oleh pihak atasan atau majikannya.

  • Mereka Yang Takabbur - Di langit Ketiga pula ditapis amalan mereka yang mempunyai sifat takabbur, iaitu mereka yang angkuh dan merasakan diri mereka lebih mulia. Biarpun amalannya bercahaya dan cemerlang serta lengkap dengan amalan sedekah, puasa dan sembahyang yang menakjubkan, namun akan ditolak oleh malaikat yang menjaga pintu langit ini atas perintah Allah SWT kerana ibadahnya dicemari dengan sikap takabbur.

  • Mereka Yang Sombong - Di langit Keempat ditapis pula amalan mereka yang mempunyai sikap yang sangat sombong, bongkak dan bangga dengan segala amalan mereka. Walaupun amalannya amat hebat dengan tasbih, solat, umrah, dan haji, malaikat penjaga pintu langit ini akan menolaknya atas perintah Allah SWT kerana amalan ini dicemari dengan perasaan sombong dan bangga.

  • Penghasad Dengki - Di langit Kelima pula di saringkan pula amalan mereka-mereka yang mempunyai sifat hasad dengki sesama makhluk. Manusia yang mempunyai sifat hasad dan dengki sesama manusia akan ditolak amalannya walau bagaimana baik dan cemerlang sekalipun kerana sikap begini dilaknat oleh Allah SWT.

  • Tidak Belas Kasihan dan Menyayangi Sesama Manusia - Di langit Keenam disaring amalan mereka yang tidak mempunyai sifat penyayang dan ikhsan sesama insan. Atas perintah Allah SWT, malaikat penjaga langit ini akan menolak amalan mereka yang tidak mempunyai perasaan belas kasihan serta tidak mengendahkan sesama insan yang menderita, dan ditimpa musibah.

  • Mereka Yang Riak - Di langit Ketujuh disaringkan amalan mereka yang melakukannya dengan perasaan riak iaitu dengan mengharapkan pujian, dan dengan menunjuk-nunjuk diatas segala kelebihan amalannya. Walaupun amalan ini akan diiringi oleh 3000 malaikat tetapi malaikat penjaga langit ini tidak akan melepaskan kerana Allah melarang amalan riak yang menunjuk-nunjuk serta tidak ikhlas kerana Allah.

Nabi Muhammad SAW telah mengajar supaya manusia berbuat sesuatu tulus kerana Allah: walaupun kekurangan amalnya tetapi setiap manusia mesti pastikan segala amal-ibadah dan kebajikannya itu penuh tulus ikhlas kerana Allah Ta'ala semata-mata. Jika tidak, balasan Allah SWT adalah amat pedih. Rasulullah telah memberitahu dan memperingatkan kita supaya menjaga segala amalan dan mengelakkan dari melakukan perkara-perkara yang di murkai Allah SWT. Antara pesanan Baginda adalah seperti berikut:

  • Peliharalah lidahmu. Jangan sekali-kali menjatuhkan kalangan para penanggung Al Quran, iaitu saudara Muslim yang beramal dengan hukum Islam;

  • Jangan meninggikan dirimu dari kalangan sesama saudaramu dan jangan sucikan dirimu dengan mencelakan mereka;

  • Jangan masukkan amal dunia dalam amal akhirat, iaitu jangan utamakan mendapat harta benda dan laba/keuntungan dunia;

  • Jangan sekali-kali mengumpat, membuat fitnah, atau menghina serta menjatuhkan air muka/a'ib orang;

  • Jangan bertakabbur dengan membesarkan diri samaada dengan secara perbuatan, atau perkataaan ataupun dengan air muka dan gerak-geri sekalipun;

  • Jangan menilik-nilik atau menilai pada amalmu;

  • Jangan jadikan manusia takut dengan perangaimu;

  • Jangan berbisik-bisik dengan seseorang apabila ada orang lain di kalangan kamu dan

  • Jangan membesar-besarkan dirimu atas manusia lain.

Baginda memberitahu, " ... jika tidak, nescaya anjing-anjing buas dan ganas akan merobek-robek dan koyak-koyakkan badanmu dalam Neraka ..." Allah juga telah menggambarkan di dalam Al Quran betapa pedih dan dahsyatnya balasan di atas segala amalan kejahatan manusia di Neraka, Akhirat nanti.

Jadi marilah kita sama-sama sentiasa mengingati diri kita sendiri dan sentiasa menyeru kepada kebaikan. Hentikanlah segala perbuatan yang terang-terang di laknat Allah. Jangan sekali-kali kita menegakkan kebenaran manusia hanya kerana kuasa dunia yang sementara. Marilah kita sama-sama insaf bahawa tiada ada suatu apa pun di dunia ini yang kekal, dan setiap manusia tetap akan mati dengan hanya membawa kain kapan serta amalannya sahaja.

CERITE MEMBAZIR MAKANAN DULU!

Hi, aslmkm kembali.

Saja nak cerite hal lain sekejap sebagai selingan sebelum menulis topik yang mahu dikongsi.

Bukan apa sangat la. Cuma dah berapa malam, sejak mula puasa lagi, Pak Caq perhatikan dekat masjid ni huh makanan berlambak tak habis. Berbuka macam mana Pak Caq tak ade la tengok sebab Pak Caq berbuka di rumah. Ini cerite lepas Tarawih. Setiap lepas tarawih memang disediakan juga juadah ringan. Ada la kekadang meehoon, ada juga kueh, dan pelbagai juga.

Apa yang Pak Caq rasa harus segera diperbaiki ialah cara 'caterer' ni menghidangkan makanan tu. Macam beberapa malam lepas ada meehoon. Diletakkan sepinggan-sepinggan banyak juga. Habis yang makan tu kebanyakkanya cuma anak-anak yang ikut ibu-bapa mereka. Mereka makan sikit saje. Orang-orang dewasa tak ramai yang ikut makan. Dah le membazir, berlambak-lambak meehoon tu tak habis dimakan dan juga yang langsung tak dimakan.

Dua malam lepas pulak dia orang sajikan 'tauhu sumbat' diletakkan dalam pinggan besar dalam jumlah yang banyak juga bagi setiap satu pinggan tu. Jemaah tak suka kut. Atau susah nak makan mungkin. Berlambak juga tak habis.

Malam ni ada karipap, samosa dan goreng pisang diletakkan banyak-banyak juga di dalam setiap satu pinggan yang besar. Sama jugalah, banyak yang tak habis.

Itu le Pak Caq dan kekawan ada buat 'suggestion' supaya diletakkan je dalam bekas stryfoam atau plastik yang kecil-kecil untuk memudahkan jemaah makan di masjid atau pun untuk diambil bawa balik jika mereka tidak mahu makan di masjid. Sekurang-kurangnya yang ambil tu mesti dah fikir ada orang akan makan kat rumah nanti. Di tahun lepas-lepas tu memang buat begitu. Tak tahu kenapa di tahun ni ditukar pula cara hidangannya.

Tak tahu le macam mana fikiran mereka ni. 'Caterer' dah tentu dapat keuntungannya. Tapi pembaziran yang berterus-terusan adalah bertentangan dengan semangat dan prinsip Islam kan!!!

Thursday, September 3, 2009

FADILAT SURAH AL FATIHAH, INSYA ALLAH

Segala apa yang telah berlaku dan akan berlaku terjadi dengan izin Allah SWT. Tiada apa pun akan berlaku tanpa izinNYA. Jadi kita hamba Allah mestilah mencari keredhaanNYA dengan sentiasa melaksanakan segala perintahNYA serta menjauhi segala laranganNYA. Di samping itu kita mestilah berikhtiar dengan sesungguh hati untuk mendapatkan segala kebaikan yang dijanjikan serta segala apa yang kita inginkan.

Kali ini Pak Caq nak war-warkan pula fadilat membaca Surah Al Fatihah. Pak Caq cuba ambil gambar Surah Al Fatihah dengan lebih cantik sikit, tapi tak menjadi-jadi juga. Tengoklah hasilnya. Tapi kira boleh la tu, standard fotografi Pak Caq dah ni. :)

Gambar Foto Surah Al Fatihah

Fadilat-fadilat membaca Surah Al Fatihah adalah seperti berikut:

  • Membaca sekali Fatihah pahalanya adalah seperti membaca Al Quran.

  • Membaca bersama Bismillah di antara solat sunat Subuh dan solat fardu Subuh dengan beristiqamah: kalau inginkan pangkat akan terkabullah; kalau fakir akan kaya; kalau berhutang akan dapat membayarnya; kalau sakit akan sembuh dan kalau punya anak akan menjadi anak yang soleh.

  • Membaca 41 kali selama 40 hari di antara solat Subuh dan solat fardu Subuh sambil memohon kepada Allah, Insya Allah dikabulkan.

  • Membaca dalam keadaan berwuduk 70 kali selama tujuh hari, kemudian ditiupkan pada air suci terutama sekali air zamzam, segera akan mendapat ilmu dan hikmah serta hati dan fikirannya akan dibersihkan dari menjadi rosak.

  • Mengamalkan membaca 20 kali setiap selepas solat fardu lima waktu, Insya Allah akan diluaskan rezekinya, dibaiki akhlaknya, dimudahkan urusannya, dihapuskan kesusahannya, dan dianugerahkan apa yang diinginkan serta mendapat berkat dan kemuliaan.

  • Membaca 41 kali akan dapat mengubati sakit mata, sakit gigi, sakit perut dan pelbagai penyakit lain.

  • Jika dibaca sebanyak tujuh kali pada air dan dicampurkan dengan sedikit garam, kemudian diberikan kepada orang yang terkena sengatan kala jengking, Insya Allah akan sembuh.

  • Jika setiap huruf dalam Fatihah ditulis secara dipisahkan dalam bentuk berikutan dari mula hingga akhirnya, kemudian di 'leburkan' dengan air suci dan diminum oleh orang yang sakit, Insya Allah akan segera sembuh.

  • Jika ditulis dimana-mana permukaan putih lagi suci seperti pinggan putih tanpa sebarang corak, kemudian dihilangkan dengan air suci lalu diberikan kepada seorang yang bersifat pelupa, Insya Allah akan sifat pelupanya itu.

Demikianlah mengikut yang diriwayatkan. Sama-samalah kita membuat segala amalan kebajikan dengan nawaitu yang betul dan tulus. Insya Allah akan sentiasa disegerakan Allah ganjaran dan fadilatnya.

Wednesday, September 2, 2009

MINTA DIBERI NIKMAT REZEKI DAN DIJAUHKAN DARI KEPAPAAN

Mungkin ramai yang sudah tahu. Tetapi ramai juga yang tidak tahu. Jadi untuk yang belum tahu Pak Caq nak war-warkan le ...

AMALAN MEMBACA SURAH AL WAAQI'AH

Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

"BARANG SIAPA MEMBACA SURAH AL WAAQI'AH PADA TIAP-TIAP MALAM, TIDAKLAH DIA AKAN DI SENTUH KEPAPAAN SELAMA-LAMANYA. "

Surah ini sebenarnya ialah wahyu ALLAH SWT yang memberikan gambaran tentang Hari Kiamat dan bagaimana balasan yang menanti setiap insan nanti. Pastilah tujuannya ialah menyeru manusia untuk insaf dan beriman.

Surah ini mengandungi 96 ayat. Lebih separuh daripadanya mengisahkan tentang Hari Kiamat yang pasti akan datang dengan amat dahsyat sekali, dan selepas itu manusia akan diberi balasan ganjaran yang setimpal di mana golongan kanan yang amalannya baik beriman akan mendapat habuan nikmat Syurga yang tidak terhingga nikmatnya. Ayat selebihnya menceritakan balasan yang pedih dan perit Neraka bagi mereka yang ingkar dan tidak beriman. Surah ini diakhiri dengan kenyataan dan seruan:

"INI ADALAH KEBENARAN YANG MESTI DIYAKINI. MAKA BERTASBIHLAH DENGAN MENYEBUT NAMA TUHANMU YANG MAHA AGUNG."

Seperti juga banyak perkara lain, kebanyakan orang sekarang ni 'take short-cut' la pulak. A'aaa ye, surah Al Waqi'aah tidak pun dibaca. Tup tup terus hanya baca doanya saja. Doanya memang le mohon minta rezeki dan kekayaan yang teramat baik dari Allah SWT. Tapi kuk iye pun, biarlah dengan cara beradap sempurna.

Kalau di dunia pun nak minta apa-apa dari kerajaan, walaupun sedikit, dah berbelit-belit prosedurnya. Inikan pula kita nak minta ganjaran besar dari Allah SWT. Jadi moleklah ikut saranan Rasulullah. Bacalah surah Al Waqi'aah dulu, baru diikuti dengan membaca doanya.

AMALAN MEMBACA AYAT 1000 DINAR

Disamping amalan membaca Surah Al Waaqiah, kita juga disyurkan untuk amalkan membaca sebahagian akhir ayat 2, dan ayat 3 Surah At-Talaq. Ayat-ayat ini lebih dikenali sebagai ayat 1000 dinar.

Ayat-ayat suci ini membawa maksud:

"SESIAPA YANG BERTAQWA KEPADA ALLAH, DIA AKAN MEMBERI JALAN KELUAR BAGINYA. DIA JUGA AKAN MEMBERIKAN REZEKI KEPADANYA DARI SEBAB YANG TIDAK DISANGKA. SIAPA BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH, DIALAH YANG AKAN MENCUKUPKANNYA. SESUNGGUHNYA ALLAH PASTI AKAN MELAKSANAKAN KEPUTUSANNYA. ALLAH TELAH MENETAPKAN KADAR UKURAN BAGI SEGALANYA."

Jelas dan terang erti maksud ayat-ayat ini. Jadi tak perlulah diulas lagi.

Kita digalakkan membaca seelok-eloknya setiap hari selepas sembahyang subuh dan a'sar. Sekurang-kurangnya bacalah 3 kali, atau lebihkan bacaan mengikut bilangan ganjil kepada 5 kali, 7 kali, hingga 41 kali.

Tuesday, September 1, 2009

APA LAA ASTRO!!!

Entah apa-apa Astro ni!!!

Dah monopoli macam ni la. Suke-suke dia aja kan? Naik harga la, repeat program yang sama di channel lain-lain la, tambah channel berbayar tambahan la. Ni dah rerun yang dah keberapa kali lagi pulak!!!!! Teruk betul sikap monopoli ni!!!

Pak Caq marah pun tak guna jugak. Sendiri pun subscribe. Tapi tak subscibe pun asyik duk tengok propaganda je kat stesyen-stesyen lain tu huh. Astro pun sekarang dah ada juga selit propaganda ni dah.

Hai letih betul dibuatnya!