Saja nak cerite hal lain sekejap sebagai selingan sebelum menulis topik yang mahu dikongsi.
Bukan apa sangat la. Cuma dah berapa malam, sejak mula puasa lagi, Pak Caq perhatikan dekat masjid ni huh makanan berlambak tak habis. Berbuka macam mana Pak Caq tak ade la tengok sebab Pak Caq berbuka di rumah. Ini cerite lepas Tarawih. Setiap lepas tarawih memang disediakan juga juadah ringan. Ada la kekadang meehoon, ada juga kueh, dan pelbagai juga.
Apa yang Pak Caq rasa harus segera diperbaiki ialah cara 'caterer' ni menghidangkan makanan tu. Macam beberapa malam lepas ada meehoon. Diletakkan sepinggan-sepinggan banyak juga. Habis yang makan tu kebanyakkanya cuma anak-anak yang ikut ibu-bapa mereka. Mereka makan sikit saje. Orang-orang dewasa tak ramai yang ikut makan. Dah le membazir, berlambak-lambak meehoon tu tak habis dimakan dan juga yang langsung tak dimakan.
Dua malam lepas pulak dia orang sajikan 'tauhu sumbat' diletakkan dalam pinggan besar dalam jumlah yang banyak juga bagi setiap satu pinggan tu. Jemaah tak suka kut. Atau susah nak makan mungkin. Berlambak juga tak habis.
Malam ni ada karipap, samosa dan goreng pisang diletakkan banyak-banyak juga di dalam setiap satu pinggan yang besar. Sama jugalah, banyak yang tak habis.
Itu le Pak Caq dan kekawan ada buat 'suggestion' supaya diletakkan je dalam bekas stryfoam atau plastik yang kecil-kecil untuk memudahkan jemaah makan di masjid atau pun untuk diambil bawa balik jika mereka tidak mahu makan di masjid. Sekurang-kurangnya yang ambil tu mesti dah fikir ada orang akan makan kat rumah nanti. Di tahun lepas-lepas tu memang buat begitu. Tak tahu kenapa di tahun ni ditukar pula cara hidangannya.
Tak tahu le macam mana fikiran mereka ni. 'Caterer' dah tentu dapat keuntungannya. Tapi pembaziran yang berterus-terusan adalah bertentangan dengan semangat dan prinsip Islam kan!!!
Salam, kadang-kadang katering yang dibayar menyediakan makanan hanya nak menyelesaikan kerja sahaja........., habis tak habis belakang kira janji dibayar... apa salahnya sediakan bekas untuk disedekahkan kepada yang memerlukan..... hantar kat kongsi mat-mat Indon dan Bangla pun dapat pahala.....
ReplyDeleteSalam. betul juga tu..bungkuskan la untuk jemaah bawak balik rumah. tu lebih afdal. sediakan kedua2 kemudahan. siapa nak makan kat masjid ambik. siapa nak tapau pun tapau. sekadar cadangan..
ReplyDeleteerm..btol gak tue..bungkus je kn senang..
ReplyDeletenak galak makan ramairamai kat surau kot?makan samasama.niat da best.maybe orang tak boleh nak terima?
ReplyDelete