Begitu pantas masa berlalu ya. Lap lip, dah lima belas hari kita selamat menjalankan ibadah puasa.
Malam ni malam keenam belas kita mengerjakan ibadah solat sunat Tarawih.
Pak Caq nak cite pasal solat Tarawih malam ni sikit. Saja la. Malam ni kan kita dah membaca doa qunut dalam solat witir akhir satu rakaat tu. Di Malaysia ini, ada yang mula baca dari malam kelima belas semalam, ada juga mula baca malam ini.
Apa-apa pun, yang pak Caq nak cite tu ialah ada juga jemaah yang melatah. Ni melatah betul-betul. Selepas bangun dari rukuk tu banyak juga yang mendahului iman terus bergerak turun untuk sujud. Bila imam membaca doa qunut, eh cepat-cepatlah bangun semula dan membaca doa qunut. Apa yang mengelikan hati, ada juga yang melatah secara terang-terangan dengan menyebut perkataan, 'Eh!'
Kalau ikut panduan ulama, jika tesebut perkataan seperti itu, maka terbatallah sembahyang berkenaan. Sepatutnya mesti sembahyang semula. Kita hanya boleh mengingatkan, itu kewajipan kita untuk menegur. Terpulang kepada orang berkenaanlah samaada nak mendengar ataupun tidak.
Pak Caq berpengalaman juga dalam kewajipan memperingatkan sesama insan ni. Kebiasaannya orang tak suka. So, eloklah kita memberi syur supaya orang berkenaan merujukkan perkara berkenaan kepada ulama atau jabatan agama.
Malam ni nampaknya bilangan jemaah dah pun berkurangan. Mungkin ada yang pergi mengerjakan ibadah umrah juga. Pak Caq dengar ada banyak juga yang mendapat visa umrah ni. Rezeki jugalah kiranya tu.
Bercerita pasal mengerjakan ibadah puasa di kota suci Mekah dan Madinah ni, teringat pula pengalaman Pak Caq sekeluarga di sana. Best la. Terbalik dengan kita di sini, jemaah di sana semakin ramai hinggalah ke akhir bulan puasa. Malah jemaah melimpah-limpah hingga keluar ke jalan-jalan. Ramai orang-orang Arab siap berkampung lagi di luar masjid tu.
Di minggu akhir tu, jemaah di Masjidil Haram dah terlalu sesak, hinggakan sukar untuk kita masuk ke ruang depan. Rakyat Malaysia yang dah pernah mengerjakan ibadah puasa di sana di akhir Ramadhan semua mengalaminya. Yalah, kita jemaah Malaysia banyak yang balik untuk makan selepas solat Maghrib. Tetapi ada juga yang tak balik, terutamanya mereka yang duduk di tempat penginapan yang agak jauh sedikit. Yalah, nak masuk semula memang agak sukar. Sebenarnya, kenalah ikut perangai Arab, langkah je kalau jemaah lain tu tak nak buka jalan. :)
Seperkara lagi yang berbeza ialah Arab ni tak baca doa qunut dalam witir akhir. Tetapi jika ada apa-apa musibah, Imam akan baca doa yang sangat panjang di dalam rakaat solat wajib sendiri, kebiasaannya dilakukan waktu rakaat ketiga solat Maghrib. Kat sinilah kekadang tu banyak jemaah yang terlajak nak turun sujud. Pengalaman kali pertama Pak Caq tu, rasa lenguh betul tangan dan terhuyung-hayang juga dibuatnya kerana dek terlalu panjang doa tu serta lama sangat masanya. :)
hu.kira rasa penat sebab tak faham apa yang dibacakan.kalau faham,mesti samasama rasa best je time solat.kan.
ReplyDeletehee...saya tak pernah lagi tengok orang yang terlupa baca doa qunut tuh sebab tmpt saya semayang kebanyakan generasi emas yang memang dah lali bersemayang terawikh :)
ReplyDeleteteringin juga nak tgk heee..
seronok nyer jalankan ibadah puasa di sana ya?