Friday, October 9, 2009

BILA SUDAH BANYAK WANG

Pak Caq hari ni tersentak lagi. Kali ini dengan berita yang ada seorang kawan rapat keluarga akan melangsungkan perkahwinannya pada bulan hadapan. Tadi Pak Caq menerima kad undangannya. Sepatutnya berita kenduri kahwin berita yang kita turut gembira. Tapi tak sedemikian pula kali ini.

Apa yang kurang menyenangkan ialah ini adalah perkahwinannya dengan isteri ketiga. Calon isterinya kali ini pula adalah bekas kawan perempuan anaknya sendiri yang usianya semestinyalah sebaya dengan anaknya. Mengikut berita yang kawan ni sendiri ceritakan, keluarganya dari isteri pertama dan kedua sedang kuat protes.

Entahlah! Dunia dah di akhir zaman ni macam-macam berita kalut yang berlaku. Mungkin kerana beliau terlampau banyak wang, dan sudah tak tahu nak dibuat apa lagi. Semua orang tak nampak kenapa beliau harus kahwin lagi, dan dengan bekas teman perempuan anaknya sendiri pulak tu.

Katanya isteri pertama dan isteri kedua telah pun memberi keizinan. Isteri pertamanya sudah lama terlantar sakit lumpuh. Malah itulah alasan beliau kahwin lain dengan isteri kedua kira-kira lima enam tahun yang lalu. Memanglah kita dapat mengerti bila beliau mengatakan bahawa beliau perlu berkahwin lain pada ketika itu. Tapi di kali ini banyak orang tak mengerti. Katanya isteri kedua terpaksa setuju kerana tak mahu diceraikan sedangkan beliau sudah pun berhenti bekerja. Anak-anak dengan isteri kedua ada tiga orang, dan mereka masih terlalu kecil lagi.

Isteri Pak Caq kata dia tak nak pergi menghadiri majlis perkahwinan ni. Fahamlah tu, hati perempuan mesti lebih ikut terasa. Lagi pula, isteri Pak Caq dengan isteri pertama tu agak rapat. Masa kawan ni kahwin dengan isteri kedua dulu pun, isteri Pak Caq tak pergi juga. Pak Caq je pergi dengan kawan-kawan. Kali ni tak tahulah lagi! Tadi banyak kekawan dan saudara kata mereka tak nak pergi juga. Tapi kawan ni memang baik dengan Pak Caq. Memang kawan sekolah Pak Caq pun...Tak tahulah...

3 comments:

  1. Allah telah menentukan jodohnya dengan yang ke 3...... kita sebagai hambaNya harus mnerima dengan redha....

    ReplyDelete
  2. aa.nak kahwin 2,@4 kena bersebab ke?kalau kahwin sebab sukasuka tak boleh ke walaupun mampu?

    ReplyDelete
  3. ..2 Yang Gambi n +akufobia+..

    Hi, Aslmkm.
    Tq 4 ur comments.
    :) hmmm, entahlah. Mmg jodoh pertemuan, Ketentuan Illahi, tp, biasanya bila sering d umpat n nista, byk perkara yg x eluk berlaku. Rasa cuak jele!
    Semestinyalah kahwin sesuatu perkara baik yg Allah restukan, tp kemurniannya harus dijaga. Apapun yg nak dilakukan mesti jelas baik n kukuh tujuan dan asasnya...

    ReplyDelete