- Al Fatihah - 1 kali
- Al Iklas - 1 kali
- Al Falaq - 1 kali
- Annas - 1 kali
- Ayat Kursi - 313 kali
Selepas selesai membaca ayat Kursi, tarik nafas panjang-panjang dan telan nafas itu. Kemudiannya terus tiup ke arah campuran garam dan lada itu. Dinyatakan bahawa adalah lebih baik sekiranya dilakukan perbuatan menarik nafas dan menelannya setiap kali selepas membaca ayat Kursi itu 50 kali. Perkara yang sama dilakukan untuk air.
Bagi memagar rumah, cara-caranya adalah seperti urutan berikut:
- Campuran garam dan lada hitam itu hendaklah ditabur di sekeliling rumah di waktu maghrib, lepas maghrib ataupun ketika tengah malam.
- Sebaik-baiknya, azankan dahulu di tengah-tengah rumah, kemudian baru keluar untuk menabur bahan garam.
- Mulakan dari penjuru depan sebelah kanan serta menghadap ke arah Kiblat.
- Ambil segenggam campuran garam dan lada, mulakan dengan membaca A'audzubillah, Bismillah, Al Fatihah dan ayat Kursi samaada 1 atau 3 kali, kemudian berdoa memohon perlindungan daripada Allah SWT dari segala kejahatan samaada daripada iblis dan syaitan, manusia dan/atau manusia yang bergabung dengan iblis dan syaitan.
- Lihat ke penjuru kanan belakang dan mula membaca ayat Kursi. Perlahan-lahan jalan ke arah penjuru itu sambil menabur campuran garam dan lada itu serta menghabiskan bacaan ayat Kursi tu.
- Ulang perbuatan (5) dari penjuru kanan belakang ke penjuru kiri belakang, seterusnya ke penjuru kiri depan, dan kemudiannya berjalan balik ke penjuru kanan depan kembali.
- Lihat ke atas ke bahagian bumbung. Ambil campuran garam dan lada lagi, ulang perbuatan (4), berdoa minta Allah lindungi bahagian atas rumah daripada sebarang gangguan.
- Tabur garam dalam genggaman dari sebelah kiri ke kanan ke atas keseluruhan bumbung rumah. Jika kawasannya agak besar, pastikan taburan melingkungi seluruh kawasan bumbung rumah.
Cara di atas ialah bagi rumah banglo atau rumah sesebuah. Bagi rumah teres atau rumah berkembar, mulakan dari penjuru kanan menuju ke setiap penjuru luar hingga membawa ke pintu depan dan seterusnya ke setiap ruang dalam rumah mulai dari bahagian bilik sebelah kanan. Ikut arah dari bilik ke bilik dan penjuru ke penjuru menuju ke ruang kiri sehingga keluar semula ke pintu depan. Terus keluar menuju ke penjuru luar ke kiri dan balik semula ke penjuru kanan asal mulanya. Biarkan campuran garam yang ada di dalam rumah untuk beberapa hari barulah boleh disapu.
Lupa pulak nak cakap. Kita mesti usaha melakukannya pada hari-hari yang makbul doa iaitu seperti hari Jumaat atau pada hari Wukuf. Pilihan sekarang terbuka untuk kita. Yalah, tak lama lagi, kita akan merayakan Hari Raya Korban. Jadi, kita boleh pilih samaada untuk melakukannya pada hari Jumaat atau pada hari Wukuf tahun ini.
panduan yang baik. terima kasih.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum, boleh tak beri dalil dari hadis-hadis yang sahih mengenai amalan yang di atas?
ReplyDeleteAssallammualaikum .Terima kasih berkongsi ilmu .
ReplyDeleteAssallammualaikum .Terima kasih berkongsi ilmu .
ReplyDeleteAssallammualaikum .Terima kasih berkongsi ilmu .
ReplyDeleteassalamualaikum...tpi bgi rumah APARTMENT bagaimana yea pak caq
ReplyDeleteAssalamualaikum. Thanks alot for the sharing. Semoga usaha diberkati dan diberi ganjaran yg lebih baik insyaAllah
ReplyDelete