Sunday, October 18, 2009

LAPTOP KENA CURI

Assalamualaikum kembali. Ternyata, di hari ni pun, petang jugalah baru Pak Caq dapat melayari Maya ini. Pak Caq sekeluarga harus pergi ke kenduri kahwin, dan rumah terbuka serta menziarah saudara yang terlantar sakit di Hospital Pakar Ampang Putri dahulu. Rasanya duduk tu sekejap-kejap sahaja tapi keseluruhannya lama juga rupanya.

OKlah. Pada semua yang sudi menjengah ke blog Pak Caq tentu perasan yang tiba-tiba saja sudah seminggu Pak Caq menghilang tanpa berita kan? Itulah yang Pak Caq nak beritahu ni.

Nak buat macam mana kan! Seperti Pak Caq katakan malam tadi, Pak Caq sekeluarga pula yang terkena musibah. Rumah Pak Caq dipecah masuk oleh pencuri pada hari minggu yang lepas. Masa tu Pak Caq sekeluarga keluar macam hari ini juga, tapi sebenarnya minggu lepas kita orang keluar sekitar tiga setengah jam sahaja. Rumah pun sudah dikunci depan belakang, atas dan bawah. Tapi dah begitu suratannya! Pak Caq sekeluarga memang redha. Insya Allah Pak Caq anak beranak akan dirahmati dengan rezeki yang jauh lebih baik nanti.

Pencuri-pencuri itu masuk ikut pintu belakang dari ruang dapur basah. Mereka umpil dan kopakkan kunci utama dan 'dead bolt' di pintu tu. Kemudian mereka umpil dan kopakkan pula pintu di dapur kering untuk masuk ke ruang dalam rumah. Kira-kira ambil masa dan tenaga jugalah. Lihatlah gambar pintu-pintu berkenaan yang Pak Caq ambil semasa menunggu ketibaan polis pada hari kejadian tempuhari.


Pintu Luar Belakang Di Ruang Dapur Basah
('Dead Bolt' Di Bahagian Bawah Pintu Diumpil)

Pintu Belakang Yang Sama
(Kunci Dekat Pemegang Pintu Dikopak)

Pintu Di Dapur Kering Untuk Ke Ruang Dalam Rumah
(Kunci 'Double-Bolt' Dekat Pemegang Pintu Diumpil/kopak)


Pintu Yang Sama Di Dapur Kering Untuk Ke Ruang Dalam
(Kunci 'Dead Bolt' Yang Juga Dikopak & Kawasan Pintu Yang Pecah)

5 comments:

  1. assalammualaikum pak caq

    alhamdulillah sekeluarga selamat ya...
    Allah nak gantikan dengan yang lebih baik lah tu

    ReplyDelete
  2. bahayanye, huhu kena tambah berjaga2 past ni... teruk pintu kena kopak.. huu

    semaga Allah sentiasa memelihara kita..sabar yaa..

    ReplyDelete
  3. sabar ya..rumah kakak saya pun pernah kena seperti ni..mrasa menyesal, sedi hbercampur baur..kene lebih berhati2 ya lps ni..

    ReplyDelete
  4. semoga ketabahan bersama kalian.duduk area mana ek?kena jagajaga ni.

    ReplyDelete
  5. Aslmkm KL citizen, eyena, Solehah, n +akufobia+.
    Tqvm semua ye. Itu le kekadang kita sudah ada suatu perasaan mcm 6th sense tu, tp tak berapa sgt nak percaya atau ikut.
    Apapun Pak Caq skeluarga redha kerana segala2nya adalah milik Allah jua. Semoga Allah kurniakan rezeki yg jauh lbh baik nanti, insya Allah. Amin.

    ReplyDelete