Umat Islam diseru supaya amar maaruf dan nahi mungkar. Jika seluruh umat Islam berpegang kepada hukum Allah SWT dan takut kepada kemurkaanNYA, kita pasti sentiasa cuba melakukan yang terbaik seperti seruanNYA.
Pak Caq saja nak menyentuh sedikit tentang melakukan ibadah sunat. Antara yang disarankan ialah puasa sunat.
Memang banyak ibadah sunat yang disyorkan untuk kita melakukannya. Jika buat dapatlah pahala, jika tidak tak dapat pahalanya la!
Hari ini, 10 Muharram, ialah hari Asyura dan di hari ini kita disarankan berpuasa sunat Asyura. Mungkin ramai yang sedang mengerjakan ibadah ini. Insya Allah, sama-samalah kita ya.
Selain dari sunat berpuasa, kita juga disarankan untuk melakukan ibadah-ibadah berikut:
Menyapu kepala anak-anak yatim
Meluaskan perbelanjaan untuk keluarga
Bersedekah kepada fakir miskin
Bercelak mata dan
Memperbanyakkan bacaan (sekurang-kurangnya 70 kali) iaitu :
"hasbunallah wa ni'mal wakiil, ni'mal mawla wa ni'man nashhir. "
Bermaksud: Cukuplah kepada Allah kami berserah. DIA adalah sebaik-baik tempat berserah, sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik penolong.