Monday, August 31, 2009

MERDEKA ITU BESAR MAKNANYA

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Lambang Kemerdekaan Diri Dan Negara

Selamat Menyambut Hari Merdeka Yang Ke 52.

Hari ini sebenarnya genap 52 tahun Malaya merdeka. Malaysia baru berusia 46 tahun. Apapun negara kita telah merdeka daripada penjajah selama lebih kurang setengah abad. Ini satu jangka umur dan masa yang melambangkan kematangan dan pencapaian yang kukuh dan teguh.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara di dunia ketiga yang pesat maju. Tahap kemajuan Malaysia melampaui jangka kadar pencapaian purata di rantau ini. Kita telah mencapai pelbagai kejayaan. Tahap ekonomi sudah meningkat. Negara juga membangun dengan pesat.

Pemimpin-pemimpin mahu Malaysia terkenal di dunia. Di era Tun Dr Mahathir visi dan misinya mahu membawa Malaysia se taraf negara besar antarabangsa, dan rakyatnya dihormati sebagai bangsa maju di dunia. Jadi Malaysia ada Menara KL dan Menara Berkembar yang terkemuka, ada Lapangan Terbang Antarabangsa KL yang juga adalah antara terbaik di dunia, ada litar Sepang untuk sukan motor berprestij dunia, ada Putrajaya dan pelbagai lagi yang mega-mega. Perdana Menteri juga ke sana ke mari dengan jet eksekutif yang setara, atau melebihi Presiden Amerika yang menggunakan Air Force One.

Prasarana seperti jalanraya juga adalah antara yang terbaik di dunia. Cuma kalau dibandingkan dengan Amerika, Lebuhraya kita bertol semuanya, sedang di Amerika hampir semuanya percuma. IT kita juga canggih-manggih, tak kalah sedikit juga.

Tetapi bagaimana pula dengan sikap, minda, dan tata-etika rakyat Malaysia? Adakah semuanya juga sejajar kemajuan dan umur kita merdeka?

Nampaknya inilah antara satu-satunya yang menunjukkan kita masih jauh di belakang. Malah nampaknya ada pemimpin dan rakyat yang mengambil langkah mundur semula, ibarat kata satu tapak maju ke depan, tapi dua tapak pula balik ke belakang.

Yalah, kalau kita sudah maju, kenapa masih ada peristiwa menghina bangsa dan agama lain? Kenapa pemimpin harus pertahankan salah laku yang telah terbukti jelas dan nyata dari kalangan mereka? Lebih-lebih lagi bagi kita orang Islam; sepatutnya lagi tinggi budi kerana ajaran agama ternyata yang terbaik sekali. Nabi Muhammad saw telah menunjukkan contoh pekerti terpuji, tidak menghina sesiapa, tidak angkuh dan sombong dengan Islam yang dibawanya.

Sunday, August 30, 2009

LINE TAKDE LA PULAK RUPANYA!!!

Hi, aslmkm.

Pak Caq ingat hari ini internet out punyer le lama. Rupanya ada dahan kat jalan bawah sana tu yg patah. So line out rupanya. Takde pulak teringat nak check line sbb arini pun hujan sikit saje pagi tadi.

Dah petang sangat baru line OK balik rasanye sbb tgk ada selungguk wayar kat salah satu tiang TM kat jalan tu.

Ni Pak Caq baru je balik. Saja le masuk kejab, jengah-jengah Maya. Nanti karang-karang la plak buat posting.

Awal tadi macam-macam topik ingat nak tulis. Kan bermacam topik panas hari ini. Now dah jadi lemau!!! Then rase letih ye juga ... Dah tak tau nak pilih topik mana. Tunggu jele saat-saat 12.00tgh mlm Malam Merdeka dulu ... :))

Saturday, August 29, 2009

AJARAN SUCI

Sementara duduk sesaja menunggu nak keluar untuk pergi membayar 'assessment' di pejabat MBPJ, bolehlah Pak Caq melayari Maya ni sekejap ... Ingat nak pergi awal, tapi biasalah, anak dan isteri Pak Caq nak tengok Yankees main dulu. Ikut jele dia orang kerana pada ari minggu je pun boleh tengok game ni.

Assalamualaikum semua, bersua kembali kita.
Semalam Pak Caq tak sempat pun menjengah sebab banyak pula kerja. Sebelah petang, hari pula hujan, buat jalan pun jam, balik lewat,badan letih ...... hehe, bukan excuses, tapi itulah sebab-sebab sebenarnya ...

Arini, di bulan mulia ni, Pak Caq nak berkongsi tentang ajaran suci mengikut Al Quran dan pesanan ulama. Sama-samalah kita saling ingat mengingati ye ...

Insya Allah, kita tahu Al Quran banyak memberi hidayah kepada manusia dengan cara membentangkan dua gambaran yang berlawanan kepada akal dan pemikiran. Tujuannya ialah supaya kita dapat membezakan antara apa yang boleh memberi manafaat dan apa pula yang membawa padah.

Al Quran memberitahu bahawa Allah SWT menjanjikan Syurga dan Neraka kepada makhluk manusia. Banyak sekali kita diberikan gambaran dan cerita mengenai ahli-ahli Syurga dan juga ahli-ahli Neraka. Terdapat pelbagai galakan untuk kita melakukan kebaikan, dan juga peringatan yang menakutkan jika kita melakukan kejahatan. Al Quran memberi banyak contoh amalan-amalan kebaikan, disamping memberi contoh perbuatan kejahatan. Begitu juga kita diberi gambaran tentang seksaan di atas segala keingkaran dan dosa, serta bagaimana pula kita boleh mendapat keampunan.

Di dalam banyak surah di dalam Al Quran, Allah menceritakan tentang keadaan ahli-ahli Syurga yang terdiri daripada kalangan orang-orang beriman yang bertaqwa. Sifat-sifat mulia orang yang beriman dan bertaqwa ialah mereka sentiasa menjaga dan mengawasi amalan ibadah mereka kepada Allah SWT sekalipun ketika mereka bersendirian kerana yakin dan insaf bahawa DIA melihat semua dan sentiasa ada bersama. Al Quran juga menceritakan tentang keadaan ahli-ahli Neraka yang terdiri daripada kalangan orang-orang kafir, mereka yang ingkar dan syaitan.

Sesiapa yang berjaya mengekang dirinya daripada melakukan segala larangan Allah dan mentaati suruhanNYA walaupun ketika dia bersendirian dan jauh dari penglihatan manusia, Allah telah menjanjikan balasan dan ganjaran baik yang amat besar sekali. Anugerah yang paling utama ialah mendapatkan pengampunan bagi segala dosa yang lalu. Anugerah selanjutnya ialah janji mendapat balasan Syurga dengan segala kebahagiaan, keindahan dan kekayaan yang kekal abadi.

Begitu juga diceritakan tentang betapa pedih dan perit balasan seksa bagi mereka yang terus angkuh and sombong serta ingkar dengan segala larangan Allah. Al Quran memberi pelbagai gambaran Neraka yang sungguh amat menggerunkan. Malah kita diingatkan juga betapa Allah juga boleh memberi balasan segera di dunia kerana segala sesuatu adalah di atas KekuasaanNYA, HakNYA. Memang benar, banyak musibah yang menimpa adalah peringatan dari Allah supaya manusia bertaubat. Jika manusia terus menerus juga ingkar, Allah menjanjikan balasan Neraka Jahanam yang amat pedih serta dahsyat.

Allah SWT memberitahu kita tentang segala ZAT dan kebesaranNYA yang tiada tandingan di dalam AlQuran. Di antaranya ialah DIA Maha Esa, Maha Mengetahui, Maha Pengampun, Maha Agung, Maha Berkuasa, Maha Melihat, Maha Pemberi dan Maha Adil. Allah menyatakan dengan jelas kepada kita hamba-hambaNYA betapa luas IlmuNYA dan betapa tepat pengetahuanNYA dengan segala apa yang ada di dalam diri dan isi hati manusia. Tiada sedikit ruang pun untuk manusia menipu. Malah Allah juga mengingatkan kita bahawa segala setiap apa juga perbuatan kita akan mendapat pembalasan yang setimpal. Ya, begitu amat hebat kekuasanNYA.

Jadi, marilah kita sama-sama cuba sedapat mungkin untuk membuat kebaikan dan kebajikan yang ihklas dan tulus kerana Allah. Kita sama-samalah berusaha berbuat baik dan membetulkan diri kita dahulu. Jika berupaya, kita tulus ikhlas pula membantu saudara sesama Islam untuk melakukan yang baik, dan kemudianya kita cuba memberi contoh tauladan yang baik untuk mereka yang berlainan agama agar terbuka hati mereka ke jalan Allah.

Thursday, August 27, 2009

'UNTUNG BESAR' DI BULAN RAMADHAN

Di bulan Ramadhan yang mulia ini kita berusaha memperlipat-gandakan segala bentuk ibadah kerana Allah telah menjanjikan ganjaran yang berlipat-ganda. Ya kita hamba Allah, umat Nabi Muhammad saw ini memang bersifat manusia yang mendambakan ganjaran bagi setiap apa yang kita lakukan. Lagi besar ganjaran, lagi banyak dan lebihlah usaha kita untuk melakukan amal ibadah yang di tuntut atau disyurkan.

Pak Caq teringat ceramah-ceramah agama yang menerangkan tentang segala perkara yang berkaitan seperti ini. Di antara banyak-banyak ceramah, Pak Caq rasa ceramah YBhg Dato' Hassan Din dan YBhg Dato' Ismail Kamus memberi kesan yang paling mendalam. Kedua-dua tokoh agama ini pernah memberi contoh bahawa kebanyakan manusia ini beribadah seperti berniaga: kata mereka '... macam orang buat bisnes, modal seboleh-bolehnya paling sedikit tapi untungnya paling maksima; jika keuntungan amat besar baharu berusaha dan mereka bersedia untuk mengeluarkan modal yang lebih besar ...'

Apa kata anda? Betulkan? Di dalam mencari keredhaan Allah, kita masih mencongakkan ganjaran yang Allah janjikan. Insya Allah, yang wajib kita laksanakan juga kerana namanya pun wajib. Ibarat makan dan minum serta amalan seangkatan dengannya, walau bagaimana sekali pun kita lakukan juga. Perkara yang selalu kita congakkan tu ialah amalan-amalan sunat seperti solat dan puasa sunat, sedekah, dan kebajikan lain.

Oleh kerana penghulu bulan Ramadhan ini menjanjikan ganjaran dan 'untung' terbesar kita pun turut juga berusaha untuk menyemarakkannya. Jadi, di dalam bulan Ramadhan ni masjid dan surau berseri-seri dengan solat tarawih dan witir serta tadarus. Sekurang-kurangnya, setiap masjid dan surau mengadakan acara solat-solat ini. Kalau pada malam di bulan-bulan lain, hanya terdapat satu atau dua saf jemaah saja. Tetapi, di bulan Ramadhan hampir di semua masjid dan surau, paling sedikit pun ruang utama solat akan penuh sesak dengan jemaah. Di semua masjid yang Pak Caq pernah ikut berjemaah di Malaysia kita, tidak kurang dari 500 orang jemaah lain turut sama-sama mengerjakan ibadah solat tarawih dan witir. Meriahkan? Benar, ramai yang mengejar ganjaran dan 'untung' terbesar.

Satu lagi ibadah yang sering diusahakan juga ialah untuk membaca Al Quran. Seboleh-bolehnya kita nak usaha menjadi 'jutawan' iaitu untuk membaca sekurang-kurangnya 300 ayat Al Quran sehari. Seelok-eloknya kita menghidupkan malam sepenuhnya dengan amalan solat sunat dan membaca Al Quran ini. Tetapi memang payah juga, terutama sekali kita harus bekerja di siang hari. Tugas kerja tu wajib, sedangkan amalan-amalan ini adalah sunat. Jadi keutamaan kita mestilah untuk bekerja dengan penuh tanggung-jawap dan amanah. Lepas tu baru boleh berusaha untuk mengerjakan amalan sunat sebanyak dan sebaik mungkin.

Pak Caq perhatikan ramai juga orang ikut bertadarus di masjid sekarang, tetapi sampai sekitar tengah-malam saja. Ini tentunya baik. Balik rumah bolehlah tidur sekitar 4 jam sebelum bangun untuk solat tahajjud dan sahur. Tetapi sebenarnya letih dan mengantuk di siang hari; terpaksa tidur masa 'lunch break.' Kalau tak, lepas beberap hari je, dah jadi layu.

Itu le sekarang ni ramai juga yang ambil cuti masa bulan Ramadhan. Kalau tak pergi mengerjakan umrah pun, masa cuti ini dipenuhi dengan memeriahkan malam dengan ibadah sunat.

Semestinyalah amalan sedekah juga dipergandakan pada bulan Ramadhan ini. Kekadang geli hati juga sendiri. Biasa-biasanya kita tak beri sesenang itu, tapi di dalam bulan Ramadhan kita pula mencari-cari di mana lagi harus kita salurkan sedekah. Asal saja ada orang minta sedekah, ramai yang akan memberi. Mereka tak mempersoalkan lagi samaada orang tu wakil/pekerja institusi/badan tertentu ke, agen pengutip derma ke, suruhan sindiket ke, penagih ke, atau apa juga sekali pun.

Walaupun pada dasarnya sedekah itu amat baik, Pak Caq tak ikut memberinya sembarangan saja. Selepas sekian lama, Pak Caq dapat tahu apa yang kita salurkan kepada pengutip derma sedekah itu sebahagian besarnya adalah sebagai komisen kepada pengutip derma itu sendiri. Pak Caq tahu ada yang memberi komisen sehingga 60%. Jadi Pak Caq ambil keputusan untuk salur terus kepada badan dan institusi yang berkenaan. Hati kita pun lebih tenang dan meredhakannya.

Wednesday, August 26, 2009

JAMUAN BERBUKA DAN SEDEKAH

Dah masuk lima hari kita berpuasa dan menyemarakkan Ramadhan. Semoga kita mendapat anjakkan ke tahap yang lebih baik, Insya Allah.

Pak Caq hari ini nak kongsi cerite skit pasal amalan jamuan berbuka puasa dan sedekah di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Semua masjid dan surau mengadakan jamuan berbuka puasa. Sekarang ni kebanyakan tempat ibadah ini semua mewah dengan juadah berbuka kerana ramai orang 'sponsor' dan bersedekah. Macam-macam makanan ada. Setiap hari, ramai orang akan turut serta untuk berbuka puasa ni.

Apa yang Pak Caq perhatikan, begitu ramai orang yang ikut waktu berbuka, tapi bila waktu solat jemaah, untuk solat Maghrib pun, sebahagian besar juga daripada mereka ini hilang entah ke mana. Yang datang menyerikan majlis dan surau ialah mereka yang meramaikan solat tarawih iaitu terdiri dari mereka yang tidak berbuka di masjid atau surau ini; mereka ahli masyarakat lain iaitu terdiri daripada anggota keluarga yang berbuka di rumah sendiri; mereka yang datang kemudian khusus untuk turut berjemaah.

Mengikut pengamatan dan pengalaman Pak Caq, berbuka puasa di Masjidil Haram di Makkah dan Masjidil Nabawi di Madinah adalah amalan terbaik. Pekerja Masjid hanya menyediakan air dan buah kurma sahaja untuk semua jemaah yang sedia ada di dalam masjid. Kalau dah rezeki kita, para jemaah di beberapa ruang mendapat habuan lebih bila 'sponsor' atau wakilnya membawa makanan ke ruang itu. Yang bestnya kita sendiri pun boleh bawa makanan yang kita mahu sedekahkan untuk orang berbuka. Siap boleh baling-baling roti. Sungguh indah pengalaman ini. Yang pasti, kita memang menjamu Muslimin dan Muslimah berbuka puasa yang memang ternyata turut solat berjemaah.

Begitu juga pengalaman Pak Caq di UK dan US; kalau bersedekah menjamu orang berbuka puasa memang khusus orang yang beribadah puasa dan diikuti dengan mereka turut sama mengerjakan solat jemaah. Memang jemaah tak ada le ramai seperti di Masjidil Haram atau Masjidil Nabawi. Biasanya paling ramai pun tak sampai la penuh sesak. Tapi kita merasa puas dan bersyukur kerana amalan menjamu orang berbuka puasa dan sedekah itu jelas dan menepati sasaran.

Di Malaysia jelas tak begitu kan? Sudahlah banyak bukan ahli jemaah masjid yang datang 'menjamu makan buka puasa,' banyak pula makanan yang terbuang sahaja kerana kekadang masakannya tidak enak, atau kekadang dihidangkan secara berlebihan.

Mungkin lebih molek kalau kita mencontohi amalan di kota suci Makkah dan Madinah. Semuanya akan jadi lebih baik.

Tuesday, August 25, 2009

JENGAH KE PASAR RAMADHAN

Pak Caq sekeluarga kalau hari-hari kerja selalunya beli je makanan dari Uptown atau pergi makan kat gerai mana-mana. Sesekali pula makan kat restaurant ke, gitu le kiranya ...

Pendeknya, banyak beli makanan or makan kat luar le. Penjual-penjual pun dah kenal sangat, sampai tahu apa yang kita orang nak makan dan minum serta duduk kat mana lagi ... hahaha ... Betul! Sampai ada penjual yang tahu 'exactly' selera tiap seorang anggota keluarga Pak Caq. Yele, macam Pak Caq suka lebihkan udang, isteri Pak Caq pula tak berapa sukakan udang tapi nak semua bahan lain lebih, baik ayam, daging, kerang, kuah malah cilinya pun. Sementara anak pula asal ada ayam goreng dan telur je, kira OK.

Di bulan puasa pula, semestinyalah beli makanan kat pasar-pasar Ramadhan la pulak. Hari pertama dah pergi tinjau-tinjau kat Kampung Penchala dan Taman Tun. Hari tu kan hari minggu. Ya Allah, punya la ramai manusia. Tinjau-tinjau, nampaknya orang-orang yang sama juga yang berjualan, dan makanan yang sama juga dijual. Terdapatlah juga beberapa peniaga dan gerai baru.

Beza yang paling ketara ialah harga. Semua sudah naik harga. Tapi orang ramai beli juga. Seperti biasa, terpaksa 'queue' lagi di gerai-gerai yang 'popular' dengan makanan yang sedap.

Pendek kata di pasar Ramadhan pun, kebanyakan penjual dan pembeli sudah saling mengenali. Kebanyakan penjual dan pembeli boleh 'joke' lagi pasal harga barang naik. Yele, BN tu kan semua orang tahu di ertikan sebagai 'barang naik!' ...

Hari ni tadi Pak Caq singgah kat pasar Ramadhan di Section 14 and Section 17. Sempat juga ambil gambar masa kat Section 14 tu. Kat Section 17, dah terlalu ramai sangat Pak Caq sampai berasak-asak, jadi tak de le Pak Caq ambil gambar. Yele, dah petang sangat, dan di Section 17 tu kan ramai penuntut-penuntut UIA terutamanya.

Pak Caq saja ambil gambil gerai Pak Cik Kelantan dan Mamak Popia kat Section 14 ni. Kedua-dua gerai ini sudah terkenal. Semua pembeli dah sedia tahu apa yang dijual dan bagaimana pula rasanya. Sesiapa yang nak beli, semua sudah bersedia untuk 'endure the long queue and wait.'

Gerai Pak Cik Kelantan

Lihatlah gerai popia paling 'popular' di PJ, iaitu gerai dari penjual gerai di Kompleks Penjaja Section 14 tu. Tiap-tiap tahun harganya naik. Satu RM 1.00 pun orang beli! Sanggup 'queue' panjang lagi. Biasanya habis lewat pun, pukul 6.00 petang dah habis dagangannya. Tadi tu, masa Pak Caq sampai pun dah tak ada, sebab 'balance'nya yang ada hanya cukup untuk orang yang dah dalam 'queue.'


Gerai Mamak Popia

Seperkara yang kita perhatikan ialah pasar Ramadhan ni sama seperti pasar malam juga. Pengunjung dan pembeli terdiri dari semua bangsa dan agama. Itu yang buat tempat-tempat ini penuh sesak. Kata kaum dan penganut agama lain, "The best range of food is available at this time of the year."

Betul juga kan? Masa lain tu tak ada le begitu banyak sangat. Di antara yang paling 'special' mestilah ikan bakar, ayam panggang dan nasi beryani gam. Di Section 14 dan Section 17 ini siap ada kambing panggang lagi.

Monday, August 24, 2009

GANJARAN TARAWIH AMAT BESAR

Semua Muslim dan Muslimah tahu bahawa bulan Ramadhan merupakan penghulu segala bulan. Sempena itu kita di tuntut untuk menghidupkan malam Ramadhan dengan pelbagai cara. Salah satunya tentulah sembahyang atau solat sunat tarawih.

Pak Caq perhatikan memang banyak di kalangan anak-anak muda turut mengerjakan solat sunat ini. Malah merekalah yang tambah meramaikan jemaah. Cuma, Pak Caq perhatikan banyak pula dari kalangan anak-anak muda ini suka duduk di saf-saf belakang, atau di tepi hujung saf. Mungkin tujuannya supaya mereka dapat segera keluar sebaik saja selesai solat, kerana Pak Caq lihat mereka akan segera hilang sebaik saja selepas salam solat akhir.

Mengikut pengamatan Pak Caq, di mana-mana masjid yang melakukan solat terawih 20 rakaat, kebanyakan mereka ini juga akan hanya solat hingga selesai 8 rakaat sahaja. Di mana masjid yang melakukan hanya solat 8 rakaat, mereka akan tunggu hingga selesai solat terawih. Kebanyakan mereka tidak tunggu hingga selesai solat sunat witir.

Kebanyakan mereka ini juga tidak begitu perihatin, seolah-olah seperti tidak pedulikan jemaah lain. Sebenarnya, sukar juga mencari perkataan yang tepat, kerana kalau dikatakan itu tidak kyusuk, perkataan kyusuk tu lebih bermaksud 'benar-benar menghayati apa juga yang dikerjakan.' Tetapi kita tak mungkin dapat tahu keadaan hati nurani seseorang. Rasanya, hanya tuan tubuh diri seseorang itu saja tahu samada dia kyusuk atau tidak.

Tetapi, apa yang Pak Caq perhatikan mereka melakukan perbuatan yang menggangu jemaah lain. Perbuatan ini adalah seperti bercakap-cakap dulu sesama sendiri sehingga ke saat Iman hampir selesai atau telah selesai membaca Al Fatihah rakaat pertama baharu mereka akan takbir masuk solat jemaah. Ini berlaku terutamanya apabila Imam membaca surah-surah yang agak panjang, atau membaca satu juzuk.

Mungkin jika mereka benar-benar faham akan kebaikan amalan terawih ini dengan ganjaran pahala dan kebajikan yang amat besar, mereka akan lebih peka. Jadi Pak Caq ingin paparkan ganjaran kebaikan yang dijanjikan ALLAH YANG MAHA PEMURAH dan MAHA PEMBERI. Jadual ganjaran dan kelebihan yang dipaparkan lebih merupakan panduan kerana ganjaran dan kebajikan sebenarnya adalah HAK ALLAH. Tetapi yang jelas dan nyata, ganjaran dan kebajikan untuk ibadah solat Tarawih adalah amat besar, sepertimana yang digariskan di dalam kitab 'Wadu An-Nashohie' dan disenarikan di bawah:

Malam 1 : Dosa keluar dan insan seolah-olah seperti baru dilahirkan ibunya.

Malam 2 : Dosa diri dan kedua ibu-bapa yang mukmin diampuni.

Malam 3 : Malaikat menyeru dari bawah 'Arasy "Mulailah kamu beramal kerana Allah telah mengampunkan dosamu yang lalu.

Malam 4 : Pahala yang sama seperti pahala orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al Quran.

Malam 5 : Mendapat pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjidil Aqsha di Palestin.

Malam 6 : Mendapat pahala seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah.

Malam 7 : Pahala seperti orang hidup di zaman Nabi Musa yang membantu mengalahkan Fir'aun dan Haman

Malam 8 : Diberikan Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.

Malam 9 : Pahala seperti pahala ibadah Nabi Muhammad s.a.w.

Malam 10 : Dikurniakan kebaikan dunia dan akhirat.

Malam 11 : Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan, iaitu bersih daripada segala dosa.

Malam 12 : Datang di hari Qiamat dengan mukanya bercahaya dan bersinar.

Malam 13 : Datang di hari Qiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan.

Malam 14 : Malaikat menjadi saksi solat Tarawih, dan dibebaskan dari segala mudarat.

Malam 15 : Segala Malaikat memohon ampun untuk mereka yang mengerjakan Tarawih.

Malam 16 : Dibebaskan dari api neraka dan diberi ganjaran syurga.

Malam 17 : Diberikan pahala seperti pahala para Nabi.

Malam 18 : Diseru oleh Malaikat, "Wahai hamba Allah, bahawanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu.

Malam 19 : Diangkat darjatnya ke dalam syurga Firdaus.

Malam 20 : Diberi pahala para syuhada dan solehin.

Malam 21 : Dibina rumahnya dari Nur di dalam syurga.

Malam 22 : Di hari Qiamat, ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

Malam 23 : Dibinakan sebuah kota untuknya di syurga.

Malam 24 : Diberikan pahala yang merupakan dua puluh empat permohonan dikabulkan.

Malam 25 : Dihapuskan dari seksa kubur.

Malam 26 : Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

Malam 27 : Dapat melintasi Jambatan Sirat dengan amat laju seperti kilat.

Malam 28 : Allah mengangkatkannya dengan seribu darjat.

Malam 29 : Diberi pahala seribu haji yang mabrur.

Malam 30 : Dipanggil dan dipersilakan oleh Allah, "Wahai hambaKU, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu, dan engkau Hambaku.

Saturday, August 22, 2009

SEMARAKKAN RAMADHAN

Alhamdulillah, kita telah selamat sempurnakan hari puasa pertama di Ramadhan ini. Hari ini cuaca pun seperti mengerti. Jualan untuk berbuka puasa pun meriah nampaknya. Kat Masjid tadi pun ramai jemaah. Tapi ini baru sekadar hiasan bulan Ramadhan.

Hakikatnya, kelebihan Ramadhan sebenarnya terlalu banyak. Yang jelas, Ramadhan ialah bulan kita menyucikan roh dan menggandakan kebajikan. Ramadhan membawa kelebihan puasa wajib dan sembahyang sunat tarawih serta kelebihan pahala yang berlipat ganda kepada semua amal kebajikan.

Memang benar, Ramadhan dilimpahi dengan pahala seperti hujan yang mencurah kerana segala amalan dan kebaikan digandakan sehingga 1000 pahala. Kita juga mendapat banyak peluang untuk mendapat keampunan dan menghapuskan dosa.

Walaupun kita diduga dengan nafsu, kita juga dirahmati dengan akal. Jika kita sentiasa berastaghfar, bertahmid serta berzikir, Insya Allah akal akan sentiasa dapat mengalahkan nafsu. Kalau sesekali kita tergoda dengan hasutan nafsu pun, ianya hanya sekadar seketika kerana keimanan yang tebal dan kebal akan menggerakkan akal untuk sentiasa mengingatkan kita. Pokoknya kita jangan lalai dan lupa untuk mengAGUNGkan ALLAH YANG MAHA ESA, MAHA PERKASA, MAHA PELINDUNG, MAHA PENYELAMAT, MAHA KUASA, MAHA PENYAYANG ... MAHA MENGETAHUI SERTA MAHA PENGAMPUN. Pendek kata, selagi kita insaf kita hanya HAMBA ALLAH, kita akan sentiasa tergerak dengan akal untuk menunaikan segala kewajipan dan membuat kebajikan.

Jadi, marilah kita sama-sama semarakkan Ramadhan. Di bulan mulia ini, jangan lalai dengan segala kewajipan; sempurnakan solat sunat tarawih; perbanyakkan bacaan Al Quran; banyakanlah astaghfar, tahmid, zikir, tasbih, takbir, selawat dan membuat amal kebajikan serta amalkan sedekah.

Friday, August 21, 2009

RAMADHAN AL MUBARAK SUDAH TIBA, ALLAH HU AKBAR

Allah Hu Akbar, Allah Hu Akbar, Allah Hu Akbar.

Marilah kita sama-sama berdoa:-

'Ya Allah! Zahirlah Ramadhan ke atas kami dengan keamanan, dan dengan keimanan, dan dengan selamatan dan keislaman. Tuhanku, dan Tuhanmu, ALLAH.'

Selamat Menyemarakkan Ramadhan Al Mubarak dengan ibadah yang tulus. Jika tulus sebagai hanya seorang insan biasa, pahalanya dan kebaikannya berlipat ganda, dengan kebahagiaan Syurga Abadi matlamat utamanya. Jika tulus lagak pedagang, dan peniaga, keuntungannya adalah pahala yang pasti, bukan bersandar kepada antisipasi dan spekulasi.

Sabda Nabi Muhammad SAW, antara yang utama:

"Menunaikan yang sunat diberikan pahala fardhu,
Amal Fardhu diberikan balasan kebaikan 70 kali ganda ...
Tidur orang berpuasa itu adalah ibadah, dan nafasnya adalah tasbih,
Doanya Itu Mustajab, Dosanya Diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan..."

Jadi, marilah kita bersama lebihkan ibadah, semarakkan Ramadhan ke tahap terindah. Semoga kita semua di berkati dan dirahmati, Amin.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Pak Caq mohon maaf minta pengertian dari semua. Novel kita berhentikan untuk sementara. Insya Allah selepas dua minggu raya, Pak Caq akan sambungkan kembali.

Terima kasih kepada semua yang turut bantu mewarnai hidup Pak Caq. Di bulan puasa, mulai besok, Pak Caq mungkin melayari Maya sekadar seketika saja. Tapi jengok-jengok la juga blog Pak Caq ye ...

MENCARI ARAH

Episod 17

GELORA

Tawaran Belajar

"Congratulations sayang, you've made it," Fazlan memberi ucapan tahniah kapada Afifah dengan penuh girang selepas Afifah menerima keputusan resmi Sijil Tinggi Pelajarannya.

"Efa owe it all to Abang, thank you, thank you so very much," balas Afifah, juga riang.

"So, macam mana? Sayang nak terima tawaran untuk pursue the accountancy degree or nak buat B. Ec.?" soalnya dengan perasaan cinta kasih yang amat dalam.

"Fikir Abang?" Afifah pula menyoal Fazlan.

"Apa pulak tanya Abang. Soalnnya bukan apa yang Abang mahu, tapi apa yang Efa sendiri mahu. Abang will give you all the support," tegas Fazlan.

"Ayah tak berapa suka untuk melepaskan Efa pergi overseas. Lama juga kan? Four years. Efa memang excited juga tapi macam mana? Kalau Abang ikut buat Masters ke, boleh kan?" Afifah meluahkan rasa dilemanya.

"Kalau Abang dapat pergi pun tak boleh ikut Efa immediately," balas Fazlan, dan terus menyambung cakapnya.

"Ded kata Efa kena submit the acceptance letter by end of May. If Efa decide nak pursue B.Ec pun, session commences late May juga. Jadi, whichever pun Efa kena decide soon."

"Biar saja la dulu. About a month lagi dateline tu. Abang pun start kerja kat MINDEF May juga kan?" balas Afifah.

Ternyata selama tiga bulan beliau tidak menemui Afifah dulu dipenuhi dengan segala urusan persediaan untuk membolehkan beliau dapat bersama Afifah apabila Afifah melanjutkan pelajarannya ke menara gading. Fazlan telah berjaya dalam permohonannya untuk penyerapan tugas ke peringkat kerajaan pusat. Tiga bulan lepas beliau mengikuti kursus pendek bersabit kerjaya barunya sebagai seorang pegawai tadbir dan diplomatik di INTAN. Selepas itu beliau ditempatkan sementara di Jabatan Pembangunan Negri sebelum mendapat arahan pertukaran ke Kementerian Pertahanan di ibu kota awal bulan depan.

"What's this? Surat? Surat apa?" tanya Fazlan sambil tangannya mula membuka lipatan surat yang Afifah hulurkan kepadanya.

"Efa tak nak ada sebarang syak dan salah faham lagi. Efa nak Abang tahu semuanya," balas Afifah.

"Surat dari Tengku Hadi!" sedikit keras bunyi nada suaranya.

"Efa nak Abang tahu apa? That he loves you very much too?!" Fazlan terus bertanya.

"No. But that he acknowledged you are very dear to me, that Abang feature in almost all phases of my life," balas Afifah.

Fazlan antara gembira dan curiga. Apapun juga yang beliau lakukan, atau Afifah katakan, jauh disudut hati, Fazlan bimbang penantian dan setia kasihnya tidak berakhir seperti beliau impikan.

Afifah Dipinang Lagi

Afifah mengambil keputusan untuk mengambil kursus accountancy di London School of Economics setelah Fazlan berjanji akan berusaha untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana di sana juga. Mereka telah berikrar janji akan mendirikan rumahtangga sebelum Afifah berangkat pergi melanjutkan pelajaran pada bulan September nanti.

"Macam mana pulak ni? Tiba-tiba jadi macam ni. Ya Tuhan, Ayah tak tahu nak jawap apa ni Efa," rungut Pak Hanif.

"Ya la, macam ni, habis susah kita. Tak ada angin, tak ada ribut, habis jadi kalut, lintang pukang," celah Mak Chah pula.

"Pak Chin agaknya yang suruh. Apapun, sekarang kita kena bagi jawapan. Allen dah tahu ka? Dia kata apa?" Pak Hanif beraleh soalan kepada Afifah pula.

"Kata hari tu, keluarga dia yang nak datang meminang semula si Efa. Tahu, tahu, ni orang lain pulak, untuk calun lain pulak lagi," rungut Mak Chah.

Panjang lebar dan riuh Pak Hanif, Mak Chah, sepupu Pak Hanif, Uztaz Ahmad, dan saudara-saudara pupu mereka yang duduk berdekatan asyik duk berbincang pasal kejutan ini.

Pak Hanif dan Mak Chah serba salah. Keluarga Tengku Dahaman yang mengepalai rombongan meminang Afifah tadi ialah kenalan rapat keluarga mereka sejak arwah datuk Pak Hanif lagi. Hubungan mereka terlalu akrab dan baik sekali. Tiba-tiba saja, mereka terus datang membawa rombongan meminang untuk kerabat mereka yang tinggal di ibu kota.

"Susah ni. Pasalnya Ku Adi tu anak saudara Ku Zuni, isteri Ku Daman sendiri. Ku Daman kata Efa memang sudah lama kenal dengan Ku Adi, mereka dah lama kawan. Ini yang tak faham ni, yang susah ni," rungut Pak Hanif lagi.

"Kamu bagitahu Efa. Macam mana ni? Macam mana duk berkawan rapat dengan Fazlan, dah gah satu dunia kamu dengan Fazlan nak kahwin, tahu, tahu kamu pun ada berkawan dengan lelaki lain pulak?" tanya Uztaz Ahmad.

"Ya, cuba cerita semua. Kamu dah putus dengan si Fazlan dan sekarang ni kamu nak kahwin dengan Tengku ni, Tengku apa, ha, Tengku Adi pulak? Bila kamu kenal dia, jumpa kat mana? Seorang sana, seorang sini, tahu terus datang meminang. Cerita Efa!" Mak Chah pula mencelah dengan panjang lebar.

"Ni dah melibatkan kerabat raja. Susah kita. Kerabat tak boleh main-main," tegas Pak Hanif.

"Tu dulu, zaman dulu, kena dengar, kena tunduk ikut kemahuan kerabat raja. Sekarang tu dah kuno, kita tak payah takut lagi," Uztaz Ahmad membuat rumusan.

Afifah terus juga diam tak mahu berkata apa. Dia sendiri bingung. Baharu saja dia menerima surat Hadi dua hari lepas mengatakan beliau akan segera pulang ke tanah air untuk bercuti semester tahun ini, dan beliau akan segera datang berjumpa Afifah. Tetapi sekarang beliau hantar rombongan untuk meminangnya.

"Heh, cakap la, cakap!" sergah Mak Chah.

Tiba-tiba terdengar bunyi kereta dan suara ramai di halaman.

"Allen datang dengan Dato' Haron. Maknya sekali, ada siapa lagi tu?" kata Uztaz Ahmad sambil beliau terus ke muka pinta untuk menyambut tetamu yang baru sampai.

Semua yang ada terdiam. Tanpa mempedulikan sesiapa, Fazlan terus saja pergi duduk sebelah Afifah dan memegang tangannya.

"Abang baru tahu. Ku Jack bagitahu tadi. Abang terus ajak Babah, Mama semua ikut datang," Fazlan memecah kesunyian.

"Siapa bagitahu?" tanya Uztaz Ahmad.

"Tengku Zakaria, anak Ku Daman," jawap Pak Hanif.

"Jadi, semua saling kenal dan tahu la ni!" komen Uztaz Ahmad.

"Kenal, tapi tak berapa tahu. Ini yang datang, nak tahu, macam mana pulak jadi macam ni?" jelas Dato' Haron, bapa Fazlan.

"Saya pun tak tahu Dato' macam mana tiba-tiba Ku Daman datang bawa rombongan terus. Tak ada bagitahu pasal meminang. Telefon kata nak datang, ada hal penting, tu saja," jelas Pak Hanif.

"Huh, Efa, Allen, kamu berdua cerita. Apa semua ni, cerita apa ni?" Pak Hanif dan Dato' Haron hampir serentak dan senada meminta kedua-dua anak-anak mereka supaya menerangkan duduk perkara sebenarnya.

"Pak Ku Daman dah lama tahu Efa dan Allen going steady. Ku Adi sendiri pun tahu. Allen juga tahu Ku Adi memang amat cintakan Efa. Tapi Efa bagitahu Allen yang dia sudah pasti dengan keputusannya untuk menerima Allen," jelas Fazlan.

Semua yang ada berpandangan sesama sendiri. Mungkin mereka bingung dengan pendekatan anak muda ini. Fazlan dan Afifah pula terus saja berpegangan tangan.

"Kalau macam tu, tak payah fikir apa lagi. Mereka berdua sudah bagi jawapan," kata Uztaz Ahmad.

"Nak jawap macam mana kat Ku Daman," tanya Pak Hanif, masih kebingungan.

"Jawap yang tuan tubuh sudah ada pilihannya sendiri. Habis cerita," tegas Uztaz Ahmad.

"Macam mana nak cakap macam tu. Ku Daman dengan Ku Zuni kata, Efa tentu setuju," celah Mak Chah.

"Efa, sekarang Efa sendiri cakap," pinta Pak Hanif.

"Ya, betul tu. Biar kita dengar dari mulut Efa sendiri," sambung Dato' Haron pula.

Semua orang terus memusatkan pandangan kepada Afifah. Fazlan mengeratkan genggamannya. Afifah memandang Fazlan dan membiarkan saja Fazlan terus menggenggam erat tangannya.

"Huh, cakap Efa. Jangan duk diam. Ni, semua orang nak tahu," kata Uztaz Ahmad.

"Abang Allen sudah menjadi sebahagian dari hidup Efa sendiri, sudah sebati dengan Efa," jawapannya tepat dan padat.

Namun di sudut hatinya, dia sendiri kurang pasti samada keputusannya adalah yang terbaik untuknya. Fazlan pula yakin Afifah menerima dirinya daripada Hadi bukan kerana Afifah lebih mencintai dan menyayanginya, tetapi ianya adalah lebih kerana Afifah tidak mahu memperjudikan nasibnya. Tapi Fazlan terima hakikat ini, beliau juga pasrah seperti Afifah.

"Gelora apa pun, kita dapat menanganinya dengan lebih baik jika kita sudah tahu rupa coraknya," demikian ikrar mereka berdua.

Thursday, August 20, 2009

SEMALAM INTERNET DRAG LAGI, HARI INI BZ

Semalaman Pak Caq tak dapat access internet. Teruk pula dragnyer. Sampai pukul 1.00 pagi pun masih tak ok. Habislah ... Pak Caq tak boleh nak buat apa.

Pagi tadi nampaknya dah ok. Tapi arini Pak Caq ada a very tight schedule. So tak boleh juga nak duduk kat Maya ...

Ini, ada a short break, Pak Caq masuk kejap le ...

Nak le beritahu pada yang menunggu sambungan novel, arini petang sikit le baru boleh Pak Caq duduk kat Maya. Insya Allah, kalau problem internet drag semalam tak berulang, Pak Caq nanti sambung petang ni le.

Sementara tu renung-renungkanlah Sabda Junjungan kita, Nabi Muhammad SAW:-

"Sesiapa yang suka agar dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menyambung silatulrahim ..." dengan maksud rezeki dan umur yang 'Barakah.'

Wednesday, August 19, 2009

CERITA BUAH KURMA PULAK

Tadi tu kecuh juga dia orang bercerite pasal buah kurma. Ya la, buah kurma ni kan topik biasa bila menjelang Ramadhan.

Tapi arini berbeza pulak. Heboh! Katanya ada buah kurma yang dibawa datang dari Israel dan dipakejkan di Singapura. Tak tahu le sejauh mana kebenaran cerita ini.

Pada Pak Caq, elok beli saja buah kurma yang sudah biasa kita makan sejak sekian lama. Kalau cakap karang promosi percuma pulak ... hehe ...

Kalau boleh, elok le makan buah kurma segar. Cuma tahun ni mungkin sukar sikit nak dapat, sebab puasa tahun ni lebih awal. Dengar cerita kat negara-negara Arab, kalau ada pun baru je mula menuai. Di pertengahan puasa mungkin ada la agaknya. Tapi sudah boleh agak, harganya mesti le tinggi nanti.

MENCARI ARAH

Episod 16

MUSIBAH MEMBAWA SINAR

Sedih Dan Kesal

Di halaman rumahnya, di bawah pohon mangga, sekumpulan jiran-tetangga asyik duduk bercerita mengenai jiran-jiran dan entah sesiapa yang lain. Afifah sudah tahu sangat kerenah mereka ini. Malas rasanya mahu terus balik ke rumah. Tetapi di atas tembuk jalan masuk ke rumah pula tadi ada sekumpulan pemuda kampung 'geng ular air kutu jalan' yang juga tidak di sukainya. Jadi mahu tak mahu dia terus juga melangkah balik.

"Huh Efa, lama tak nampak pegawai anak orang kaya tu, mana dia pergi?" soalan pertama dari salah seorang dari jiran-jiran itu.

"Efa sibuk, dia pun sibuk," balasnya ringkas.

"Selalu tu kan ka dia menghantar kamu balik bila kamu ke mana-mana?" soal pula yang lain. Membuak rasa geramnya. Tetapi kerana janjinya kepada Tok Nah supaya tidak mudah terjerat dengan umpan umpatan, dia kawal juga perasaan amarahnya.

"Sibuk sangat. Maaf ya, waktu dah suntuk, saya belum sembahyang lagi," katanya dengan senyum hambar. Kemudian dia cepat-cepat masuk ke dalam rumah.

"Dah putus la tu. Dia perasan lawa, perasan pandai, tu nak cari yang kaya lagi la kut," terdengar salah seorang membuat komen lagi. Berdesing telinga Afifah. Dia kenal suara itu. Tapi dia juga pilih untuk tidak melayaninya.

"Efa, kita kena pergi rumah Pak Andak. Tok tengah nazak!" Pak Hanif terus saja memberitahu Afifah.

"Tok nazak? Tok sakit teruk? Kenapa tak bawa jumpa doktor? Kenapa tak bagitau Efa?" soalnya pula bertubi-tubi.

"Doktor dah nasihatkan suruh bawa balik," jawap Pak Hanif ringkas.

"Kenapa tak bagitahu Efa? Kenapa tak suruh Efa balik cepat?" katanya lagi dengan penuh linangan air mata.

"Efa pun tahu Tok selalu sakit-sakit sejak setahun lebih ni. Ayah pun ingat macam selalu tu juga. Dua hari lepas baru doktor kata dah tak ada harapan. Ubat pun dah tak mahu masuk. Allen kata dia nak pergi jemput Efa. Tapi dia kan tak tahu rumah Pak Ngah atau rumah Pak Anjang. Ayah ingat esok nak pergi ambil Efa. Ini Efa sendiri dah pun balik, elok sangatlah," Pak Hanif bercerita panjang pula.

Afifah merumuskan jiran-riran tadi mesti datang untuk bertanya khabar tentang datuknya sebelum berkumpul untuk sessi mengumpat. Selepas bergegas sembahyang dan salin pakaian, mereka sekeluarga bergegas juga ke rumah adik Pak Hanif yang tinggal tidak jauh dari isteri kedua Pak Hanif.

"Kalau si muaalaf ada kat situ, Chah balik!" tegas Mak Chah.

"Mak nazak Chah. Tolong la bawa sabar sikit," pinta Pak Hanif.

"Ni pasal duk sabar la. Memang sabar, kalau tak sabar dah lama kut jadi gila," balas Mak Chah.

Pak Hanif dan Afifah biarkan saja Mak Chah terus membebel sendirian. Kedua beranak ini sudah tahu sangat pe'el Mak Chah. Kalau dilayan akan menjadi lebih galak lagi.

Sampai saja di rumah adik Pak Hanif mereka digesa supaya cepat menghadap Tok Nah yang sudah benar-benar nazak.

"Tok jangan tinggal Doh, Doh minta ampun, minta maaf. Jangan tinggal Doh, Tok," rayu tangis sepupu Afifah yang sepuluh tahun muda darinya, dan amat rapat dengan datuknya. Semua yang ada ikut menangis hiba.

"Efa minta ampun, Tok. Ashadu Alla Ila Ha Illallah," Afifah membisik ke telinga datuknya. Seketika selepas itu Tok Nah pun menghembuskan nafas terakhirnya.

"Tok memang menunggu Efa saja," ramai bersuara hampir sekaligus. Afifah rasa amat pilu dan sedih serta bermacam rasa lagi yang sukar dinyatakan.

"Maafkan Efa Tok, maafkan Efa," itu saja yang keluar dari mulut Afifah. Dia kesal dan amat sedih kerana selama seminggu datuknya sakit tenat dia tidak diberitahu, sedangkan dia amat rapat dengan Tok Nah.

Cinta Kasih Bertaut Kembali

Terlalu ramai yang datang berziarah hingga jalan dan halaman penuh sesak. Tok Nah memang dikenali dan disayangi ramai kerana baik hati budinya. Rumahnya sentiasa terbuka untuk sesiapa saja. Kalau bertandang ke rumahnya, belum berlabuh punggung lagi sudah dipastikan makan minum mereka.

"Ayah juga menyesal kerana tidak sempat membawa Tok tinggal dengan kita selepas kita ubah-suai kelmarin. Tok kata dia nak datang tengok," Pak Hanif bercerita dengan anaknya dalam sebak tangis.

"Jom la Ayah. Nanti orang tak tunggu kita untuk mandikan Tok," kata Afifah.

Sesampai mereka semula, mayat Tok Nah dibawa untuk dimandikan. Selesai saja, mayat dibawa ke ruang tetamu utama untuk dikapankan. Waktu itu Afifah ternampak kelibat Fazlan dan kedua ibu-bapanya. Tapi setelah selesai upacara itu, dia tidak dapat mengesan mereka. Sehingga selesai acara perkebumian Afifah tak nampak mereka, dan dia juga tidak cuba mencari mereka.

"Allen, mak ayahnya serta keluarganya kirim salam dengan Efa," kata Pak Hanif selepas balik ke rumah.

"Abang Allen datang dengan keluarganya? Efa nampak dia dengan mak ayahnya tadi. Mereka balik selepas berkapan?" tanya Afifah.

"Mereka kan tunggu sampai selesai perkebumian," jelas Pak Hanif.

Afifah rasa terkilan dan sedih. Jelas baginya, sekarang mereka sudah menganggapnya sebagai kenalan keluarga sahaja.

'Abang Allen langsung tidak datang menyapa,' bisik hatinya.

"Huh Efa, ni sebelum Ayah terlupa. Tadi Encik Mahadir, pegawai pelajaran tu, suruh Efa pergi jumpa dia di pejabatnya besok pagi," Pak Hanif memberitahunya.

"Jumpa dia? Kenapa?" tanya Afifah pula.

"Pergilah, baru boleh tahu. Bila Ayah tanya dia cuma kata ada hal penting dan Efa kena pergi juga jumpa dia," jelas Pak Hanif.

"Ehh, jangan macam tu. Duduk dulu kejap," kata Mahadir yang juga merupakan salah seorang kawan baik Fazlan.

"If you are just going to interrogate me about my relationship with Abang Allen, sorry, I'm not obligated," katanya tegas sambil bingkas bangun.

"No, no, please, please, duduk dulu. Ini pasal your scholarship, and also if you would like to fill up your time doing temporary teaching while waiting for placement," jelas Mahadir.

"I'm very sorry. I cuma kasihankan Allen, dan you juga Efa," sambungnya lagi. Memandangkan Afifah tidak berkata sepatah apa pun, dia terus saja memberitahu segala berita.

"Scholarship tu subject to my final result?" Afifah bertanya.

"Yes, of course. Tapi I'm confident your result will be just fine. So bagus juga you ambil tawaran jadi guru sementara untuk beberapa bulan ni. At least, you ada money to spare nanti," jelas Mahadir lagi.

"Potential candidates diberi tawaran jadi guru sementara?" Oleh kerana Mahadir tidak menjawap, Afifah sudah dapat membuat rumusan.

"Abang Allen figure into all these kan?" tanya Afifah.

"He loves you all the same," ringkas saja jawap Mahadir.

Afifah tidak mahu bertanya apa-apa lagi, kerana tadi dia sendiri yang mengatakan dia tidak mahu bicara tentang hubungannya dengan Fazlan. Dia terus sahaja memberi persetujuan untuk menerima tawaran sebagai guru sementara. Setelah segala dokumen berkaitan diberikan, Afifah terus saja minta diri untuk pulang ke rumah.

'Abang Allen cerita semua kepada kawan-kawannya,' kata hatinya. Perasaan Afifah bercampur-campur, sedih, marah, malu, hiba dan entah apa-apa lagi.

"Why can't he just come by so that we could talk over the matter, instead of going and telling the whole world about our problem," rungutnya kepada Aziah, kawan baiknya.

"Ni kau yang beritahu aku semua, ok pulak by your standard?" balas Aziah dengan nada yang agak tinggi. Afifah terus terdiam.

"Cik Afifah diminta ke pejabat guru besar selepas tamat waktu sekolah," peon pejabat memberitahunya.

'Ala macam mana pulak aku nak balik nanti. Hari pertama lagi dah kena jalan jauh,' Afifah merungut sendirian.

Sampai saja di luar pejabat guru besar, pintu pejabat terus terbuka.

"Terima kasih Cik Gu, terima kasih," sambil Fazlan melangkah keluar dari pejabat guru besar.

"Hi sayang," beliau menyapa Afifah. Afifah terpaku diam. Dia tak tahu bagaimana harus dia lakukan atau apa yang patut dia katakan dahulu.

"Can we just make-up, please Efa. Abang really miss you!" demikian kata Fazlan berterus terang, sambil beliau memaut dan mencium tangan Afifah. Afifah rasa seperti satu dunia sedang menonton babak hidupnya ini. Hakikatnya, hanya mereka berdua ada di situ ketika itu. Sekali lagi perasaannya bercampur-baur. Tapi jauh di sudut hati, dia amat bersyukur.

"Kiranya pemergian Tok membawa rahmat," Fazlan bersuara.

Afifah tidak mahu bertanya apa-apa sekarang. Dia hanya mahu meyakinkan dirinya bahawa doanya dimakbulkan Tuhan; bahawa akhirnya Fazlan benar-benar datang menemuinya. Afifah memang amat terasa pedih dan pilu sejak selesai peperiksaannya tempuhari; ternyata tiga bulan lepas begitu memeritkan. Kini, seperti cahaya harapan kembali membawa sinar.

Tuesday, August 18, 2009

CERITE MASJID LA KEJAP

Pak Caq dan kawan-jiran baru saja habis bercerita pasal perkara-perkara bersabit dengan ibadah. Yalah dua tiga hari lagi kita akan mula berpuasa. Jadi macam-macam hasrat dan hajat la ingin dilakukan.

Itulah yang banyak rasa tidak berapa puas hati. Nampaknya, tahun ini ramai yang harus tunda untuk pergi mengerjakan umrah di bulan Ramadhan. Katanya, kerajaan Saudi telah mengambil langkah untuk memastikan wabak H1N1 tidak merebak ke Tanah Suci. Mengikut sumber resmi, peperiksaan kesihatan akan lebih ketat. Jumlah jumaah juga akan dikurangkan ke tahap minima.

Nampaknya musibah ini besar dan di pandang serius oleh banyak negara. Yalah, sampai-sampai ibadah pun mahu disekat.

Di Malaysia kita ni, banyak masjid telah melakukan acara sembahyang sunat hajat minta dijauhkan dari terkena penyakit ini. Pak Caq pun nak kongsi juga dengan semua: cuba amalkan doa assyifa disamping sebatikan diri dengan bacaan Ayat Kursi. Insya Allah kita terpelihara.

MENCARI ARAH

Episod 15

MENDUNG

Teman Bicara Menjauhkan Diri

Telah hampir lebih sebulan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia selesai. Semua kawan paling rapatnya, Aziah, Zauyah, Rubiah, Halijah dan Akmal telah ikut pergi menggembara bersama kawan-kawan lain sejak seminggu yang lalu. Oleh kerana Pak Hanif tak berapa sihat, Afifah tak sampai hati nak meninggalkan ayahnya dalam keadaan begitu untuk turut bersama kawan-kawannya.

Tapi hari ini Afifah terasa amat kesepian. Dia juga terus rasa tertekan. Mak Chah asyik marah dan berleter, kalau tak pasal itu, pasal ini. Naik biul kepalanya.

"Kenapa Allen dah sebulan lebih tak datang? Sejak habis Efa periksa, Allen tak datang kan? Dia tak ada cakap apa-apa kat ayah. Selalu, kalau dia tak dapat datang dia beritahu. Efa gaduh dengan dia?" Pak Hanif bertanya sungguh-sungguh kepada anaknya.

"Tak ada la gaduh macam Mak dengan Ayah," Afifah cuba berjenaka dengan Pak Hanif.

"Jadi ada perselisihan faham la ni? Dia marahkan Efa ke Efa yang marahkan dia?"

"Dia kecil hati, dan Efa tak tahu macam mana nak buat untuk menghilangkan perasaan kecil hatinya. Efa tak tahu nak kata apa lagi pada Abang Allen," jelas Afifah.

"Efa ada buat salah?" tanya Pak Hanif lagi.

"Efa buat Abang Allen terlalu kecil hati. Sebenarnya, dia kecewa dengan Efa, dengan apa yang berlaku," Afifah memberitahu Pak Hanif.

"Tulah pasal. Dah elok-elok ada lelaki yang dah setia dan cinta mati, dia pula pandai cari pasal!" tiba-tiba Mak Chah mencelah.

"Cari pasal? Cari pasal macam mana?" Pak Hanif terus bertanya.

"Efa ada nak buat rujukan sikit," kata Afifah dan terus minta diri, tanpa menjawap komen dan pertanyaan ibu bapanya.

"Tengok la tu. Bukan boleh kata apa. Cakap orang langsung tak mahu dengar. Macam mana nak jadi isteri orang," rungut Mak Chah.

'Macamlah Mak tu jadi seorang isteri yang baik,' bentak Afifah dalam hati.

Biasanya pada ketika-ketika begini Fazlan sentiasa menjadi penawar hatinya. Tapi kini Fazlan menjauhkan diri darinya.

"Abang need some time and some space now," demikian tegas Fazlan bulan lalu, iaitu di waktu kali terakhir mereka bertemu. Fazlan menjemputnya di sekolah setelah selesai peperiksaan kertas terakhirnya tempuhari.

"Thank you so much for always being there for Efa all this time," balas Afifah.

'Why can't you just say that you really need me at least, Efa,' kata hati Fazlan. Beliau kecewa melihat Afifah terus berjalan pergi begitu sahaja.

'O Tuhan, mengapa harus jadi begini?' keluh Afifah sendiri pula.

Kata Hati Nurani

"Efa nak pergi bercuti ke rumah Pak Ngah dan Pak Anjang sementara menunggu keluar keputusan peperiksaan," demikian pinta Afifah kepada Pak Hanif dan Mak Chah.

"Adik nanti tinggal seorang. Kak tak kasihan kat adik?" kata Syukran.

"Adik ada ramai kawan-kawan tu, lagi pun sekolah dah buka. Pagi kat sekolah, petang mengaji, lepas tu main sekejap dengan kawan dah malam kan?" Afifah memujuk adik angkat yang sudah sebati sebagai adik kandungnya.

"Nanti Kak balik?" tanya Syukran pula.

"Insya Allah, mesti. Sebulan lebih macam tu. Sekejap saja. Pejam celik, eh Kak dah balik," Afifah meyakinkan Syukran.

"Hari minggu ni la Ayah hantar," syor Pak Hanif.

"Tak payahlah Ayah. Efa nak pergi sendiri. Hari itu, Ayah kata sekarang Ayah percaya kat Efa. Biarlah Efa pergi sendiri. Sampai nanti, Efa telefon la kat rumah Tok Lang minta Amran datang bagitau Efa dah selamat sampai, ok?" pinta Afifah.

"Tu la Abang Anif. Orang kata masuk telefon di rumah, senang kalau apa-apa," celah Mak Chah.

"Tapi betul kata Ayah, nanti rumah kita jadi macam rumah wakil rakyat pula, semua orang nak guna telefon," kata Afifah menyokong tindakan ayahnya yang tidak mahu pasang telefon di rumah mereka.

Selepas berada lebih dua minggu di rumah Pak Ngahnya di Kulim, Afifah dapat merasakan yang isteri Pak Ngahnya tidak berapa suka dengan kehadirannya. Dia tidak mahu menimbulkan masaalah.

"Efa ingat nak pergi rumah Pak Anjang kat Kampung Air Putih untuk beberapa hari. Nanti Pak Anjang kecil hati pula," jelas Afifah kepada Pak Ngahnya.

"Bukankah Pak Anjang kata nanti dia datang ambil minggu depan. Tunggu la sampai Pak Anjang datang," syor Pak Ngahnya.

"Efa ingat minggu depan Efa dah nak balik. Teringat kat Adik pula," balasnya.

"Nak pergi ke rumah Pak Anjang tu, bas masuk separuh jalan saja. Lepas tu kena jalan jauh kalau tak ada yang jemput. Tak boleh pergi. Tunggu esok la, Pak Ngah hantar nanti," demikian kata putus bapa saudaranya.

"Kamu ni Efa, baru saja tiga hari datang dah sebut pasal nak balik. Tak seronok di rumah Pak Anjang ni ya?" tanya adik bongsu ibunya.

"Ya la. Kat sini sawah bendang, dusun, hutan, tak seronok la," sambung isteri Pak Anjangnya seperti berkecil hati.

"Bukan macam tu Mak Anjang. Efa dah rasa rindu kat Ayah, Mak dan Adik," jelasnya.

"Alah, duduk la seminggu ka. Esok-esok mana ada Efa boleh datang lama lagi. Nanti nak pergi sambung belajar, lepas tu dah kahwin pula, tak ada dah boleh datang," pujuk kedua-dua Pak Anjang dan isterinya.

"Yalah," Afifah mengalah.

Sebenarnya Afifah mahu segera pulang untuk bertemu Fazlan. Dia memang yakin Fazlan mencintainya. Tetapi sekarang hati Fazlan amat terluka kerana pengakuan Afifah sendiri yang tidak pasti tentang perasaannya terhadap Fazlan. Afifah rasa dia perlu berterus terang.

'Efa terlalu sangat rindukan Abang,' kata hatinya yang amat merindui usikan-usikan dan senda-gurau Fazlan.

Afifah tahu dia mungkin kehilangan Fazlan untuk selamanya. Memang salahnya sendiri. Selama tujuh tahun, Fazlan begitu setia menantinya dan juga begitu sabar dengan segala kerenah-kerenahnya serta kerenah kedua ibu bapanya. Sementara Hadi pula baharu saja dia kenal dalam setahun ini. Malah sebenarnya dia dan Hadi hanya baru beberapa kali bertemu. Tetapi di antaranya dan Hadi seperti ada kuasa magnetik yang membuatnya teruja.

'Mungkin benar aku jatuh cinta kepada Adi. Tetapi aku juga kasih dan sayang kepada Abang Allen,' demikian kata hati nuraninya.

Kini sudah lebih dua bulan Fazlan langsung tidak menemuinya. Mungkin Fazlan tidak akan mahu menerimanya kembali. Afifah tidak mahu ambil pusing tentang itu. Dia hanya mahu bertemu Fazlan. Memang dia benar-benar rindukan Fazlan.

Monday, August 17, 2009

Oooops, Sorry, Sorry, Terlupa ...

Arini tak le 'a draggy Monday.' Malah, sebaliknya pula. Seronok jumpa kawan dan kenalan lama dari Sarawak tadi. Dia orang datang 'official' tapi sambil tu 'shopping' sakan. Oleh kerana esok dia orang dah nak balik, Pak Caq pergi le jumpa dia orang selepas Magrib. Borak-borak lama la juga, n baru kejab je balik.

Duk lepak pulak depan TV. Tengok sinetron 'Sekar' baru teringat Pak Caq belum lagi habis type sambungan novel kita. Sorry ya ...

Insya Allah kejap ni nanti Pak Caq sambung. If dapat habiskan, Pak Caq 'post'kan malam ni la.

Sunday, August 16, 2009

POLA PERSEDIAAN HARI RAYA SAMA SAJA

Hi, salam 2all.

Pak Caq tengah duduk perhatikan sdra2 kita sedang asyik membeli belah kat pasar malam TTDI ni. Walaupun baru je lepas hujan, insan masih penuh ber'pasar malam' kat sini. Ya la, minggu depan dah puasa, suasana nanti dah lain skit la sbb tak leh nak makan kat situ sebelum tiba waktu berbuka kan ...

Semalam dan ari ni Pak Caq ada le lalu dekat Jalan TAR, n Jalan Bukit Bintang masa nak pergi makan kenduri. Nampaknya ramai dah orang turun untuk membeli-belah 4raya. Tu belum lagi hujung bulan n dapt gaji bulan ini. Minggu depan mesti lagi sesak macam biasa rasenya.

Orang kita ni nampaknya tak kisah apa-apa sangat tentang hal lain bila nak membuat persiapan raya ... tak kisah ekonomi gawat ... tak kisah H1N1 ... pendek kata tak berapa nak kisah le apa-apa ... pola raya sama je. Pak Caq pun ingat nak la pergi tempah baju Melayu or beli selipar ... saja ikut trend ... :))

Saturday, August 15, 2009

DAH DUDUK SAJA

Pak Caq tengah duk tunggu nak pergi kenduri. Ari minggu ni lg banyak kenduri pula. Bukan kenduri kahwin je, kenduri menyambut Ramadhan pun bercambah. So kenalah buat pilihan mana yg nak pergi. Ingat nak le pergi awal, dah depa nak tgk Yankees sampai habis plak. Malas bising biar je depa menang. Abis dah duduk je, masuk le blog kejap .....

Ari minggu tak nak sambung novel, so kite cite-cite jele ye.

Dah duduk-duduk ni teringat joke pasal org utara. So nak share dgn Uall la ni.

Joke 1

Beberapa kawan dtg menziarah kawan mereka, org Kedah ni. Oleh kerana tak cukup kerusi utk duduk, mereka berdiri saja.

"La, awat semua duduk berdiri?" ibu rumah menyapa.

Mereka berpandangan sesama sendiri. Oleh kerana ibu itu sudah agak tua, dan mereka pula duduk di kawasan kampung, salah seorang pun komen.

"What's that? Ain't she crazy asking us to sit and stand at the same time?"

"Dak aih. Mak Cik waras lagi. Mak cik suruh duduk, tok sah la berdiri," sambut si ibu rumah.

Mereka jadi malu sendiri. Tapi mereka masih tak faham sebenarnya.

"Maksudnya, 'kenapa la kamu semua berdiri?' Tu la, lain kali jangan pandang orang sebelah mata. Mak aku tu cikgu!" kata kawan yang mereka ziarahi.

Joke 2

Sekeluarga dari Melaka sesat di pekan Jabi, Kedah. Lalu mereka berhenti bertanya arah jalan.

"Lagu tu, bagi dua tiga kupang. Budak-budak tu boleh tunjuk," jawap si Mamat yang berjualan kueh-mueh di tepi jalan besar.

"Lagu tiga kupang?" mereka bertanya. Memikirkan mungkin orang ni tak berapa betul, mereka beraleh bertanyakan seorang lagi yang kebetulan lalu di situ.

"Ohh. Takpa tak jauh. Tapi kena lipat balik la. Pi kut batas besar, kona kiri, pastu pi terus," si Mamat kedua memberi arah jalan. Oleh kerana orang yang bertanya nampak kebingungan, beliau pun buat cadangan.

"Lagu ni, bagi dua tiga kupang. Budak-budak ni boleh tunjuk," katanya.

"Minta maaf saudara. Kami tak tahu lagu tiga kupang. Kalau beri duit sagu hati, budak-budak tu bolehkah tolong tunjukkan jalan?" mereka bertanya.

"Laa. Tak faham la ni. Saya kata tu lagu tu la. Bagi duit sikit, depa mesti mau tolong tunjuk."

Kira-kira ketika itu barulah mereka pun dapat memahami apa maksud percakapan kedua-dua Mamat tadi.

Friday, August 14, 2009

PAGI LAGI DAH JADI CITE KATUN ...

Hi semua.

Tak tahu le ade yang perasan ke tidak. Wat happened was, this morning Pak Caq buat posting sambungan novel tu. Eh rupanya, draft tu Pak Caq buat 3 hari lepas, so datenya tu date 3 hari lepas le.

Lama skit baru Pak Caq tgk blog, tak ade plak sambungan novel kat screen. Ye le Pak Caq set utk 3 posts kut utk front page tu. Bila tak de baru kalut pergi balik ke 'posting edit posts.' Memang le takde as last posting. Cari episod 14, rupanya kat bawah, so posted as 3 hari lepas punya.

Lucu betul!!

Tak mengecek balik lepas buat posting tu pun iyele jugak. 'Confident' le katakan.

Hope Ual enjoy reading the continuation.

Kalau ade yg rase dah malas nak baca, too bad. Cuba-cuba je teruskan baca, boleh tahan tau jalan ceritenye. Ada banyak gak lagi sebelum sampai episod 'finale.'

Lepas tu baru le cite baru ... thriller ... pasal orang asli mungkin.

MENCARI ARAH

Episod 14

BERPEGANG PADA HAKIKAT

Tercerai Ayah Dan Ibu

"Cik tak boleh diamkan jo. Kamu ni yo Esah, langsung jahil hukum. Nilah pasalnyo hidup kamu tak bokat, hari-hari dok main hukum Tuhan, dok dalam doso. Kono poie sahkan!" demikian tegas Wan Gayah yang baru beberapa hari datang dari kampung asal Mak Chah di Air Mawang, Negri Sembilan.

"Sey tak boleh diamkan bondo cam ni huh!" Beliau terus mendesak.

Seingat Afifah perkara ini sudah masuk kedua kali. Kira-kira tujuh bulan lepas Mak Chah asyik saja meminta cerai, selalu saja membentak dan mengamuk. Ada suatu ketika Mak Chah membaling pakaian dan barang-barang Pak Hanif keluar rumah. Mak Chah juga membaling penyapu ke muka Pak Hanif. Mungkin kerana terlalu geram dan marah terkeluarlah perkataan cerai dari mulut Pak Hanif. Selepas itu baru Mak Chah terus diam.

Afifah mendengar sendiri ayahnya telah pun melafazkan cerai ketika itu. Adiknya, Syukran juga ada. Jiran sebelah juga kata mereka dengar dengan jelas. Afifah memberitahu ayahnya tentang ini. Dia meminta ayahnya supaya merujukkan perkara ini kepada ulama. Tapi Pak Hanif menegaskan bahawa beliau tidak terniat untuk menceraikan Mak Chah.

Semalam 'drama ibu dan ayahnya' itu berulang. Nenek saudara Afifah turut mendengar lafaz cerai dari Pak Hanif. Sekarang Pak Hanif dan Mak Chah menghadapi tekanan dari ibu saudara Mak Chah supaya perkara itu 'mesti mengikut hukum.'

"Dulu Efa dah banyak kali cakap. Tapi Mak marahkan Efa balik," jelas Afifah bila Wan Gayah asyik mendesaknya untuk menceritakan segala tentang keadaan keluarga satu-satunya anak buahnya yang menetap di Kedah ini.

"Itu sey raso nak yo datang. Dah lamo sey raso camni huh. Tuhan marah ni huh. Udah lah, poie buat repot. Tak leh laii camni." Wan Gayah terus menerus mendesak.

"Ayah nak buat macam mana ni, Efa?" Pak Hanif bertanya kepada anaknya yang satu ini.

Pak Hanif dan Afifah saling berpandangan. Dua-duanya dengan kata hati masing-masing. Afifah insaf bahawa dia adalah saksi utama kepada kes yang besar ini.

"Efa kena tolong. Efa saja yang boleh tolong Mak dan Ayah. Takkan Efa suka Mak dan Ayah bercerai kan?" kata Pak Hanif cuba mencari jalan keluar dari kebuntuan yang sedanag melanda keluarga mereka.

"Ini hukum Tuhan Ayah. Efa tak boleh cakap sesuka hati saja. Efa mesti cakap yang benar," Afifah memberitahu Pak Hanif.

"Kamu pun memang suka Mak Ayah bercerai?" bentak Mak Chah pula.

Afifah berada dalam dilema antara kesetiaan kasih serta tanggung-jawapnya kepada ibu dan ayahnya dengan tanggung-jawapnya sebagai seorang Muslimah.

"Efa mesti menjadi saksi yang benar. Memang dah tak ada pilihan," Afifah cuba menerangkan tentang kedudukan sebenarnya kepada kedua ibu dan ayahnya.

"Ayah malu. Ayah sedih sangat. Dah tua-tua jadi macam ni. Tolonglah Ayah Efa. Apa yang harus Ayah buat sekarang?" demikian rayuan Pak Hanif kepada anaknya.

"Kita kena ikut hukum Tuhan. Dah lama Efa bagitahu kat Ayah dan Mak. Ayah tak nak dengar. Mak marah Efa," kata Afifah dalam sebak tangis.

"Semua orang tahu. Kita malu nanti. Tak habis-habis keluarga kita jadi macam-macam, malu Efa," sambung Pak Hanif.

"Keluarga kita dah lama pun menjadi bahan ketawa dan ejekan orang. Kita saja yang tak ambil pusing," tegas Afifah.

"Tu la Cik datang, dah jadi huru-hara," Mak Chah pula cuba meletakkan kesalahan kepada ibu saudaranya.

"Bukan pasal Wan. Ini hukum Tuhan. Dah banyak kali Efa bagitahu kat Mak, kat Ayah. Efa minta Pak Ngah bagitahu dan nasihatkan Mak dengan Ayah," Afifah terus cuba menerangkan tentang keadaan yang sebenarnya.

"Sekarang macam mana?" Pak Hanif minta pandangan anaknya.

"Sahkan perceraian ini. Kalau Mak dan Ayah tak mahu berpisah, lepas tu nikah la balik. Efa dah pernah tanya ulama dulu. Katanya macam tu," jelas Afifah.

Dilema Cinta Kasih

"Kau mesti fikir masak-masak Efa. Jangan esok kau menyesal tak sudah," demikian nasihat Aziah kepada Afifah.

Afifah memang sedar tentang dilema yang melanda dirinya sejak lebih setahun ini. Berkecamuk fikiranya di antara kasihnya kepada Fazlan dan cintanya pula pada Hadi.

"Kalau Efa sudah buat keputusan Abang tidak layak jadi suami Efa, apa boleh Abang buat? Abang memang sedih. Tapi Abang kenalah terima hakikat ini," demikian kata Fazlan semalam selepas beliau dan Afifah berbincang panjang lebar tentang perhubungan mereka.

"Efa tak pernah pun kata Abang tak layak jadi suami Efa, tak pernah sekali pun Efa kata macam tu," Afifah cuba menjelaskan keadaan sebenarnya.

"Tapi hakikatnya, Efa tidak boleh terima Abang sebagai suami Efa. Efa sudah ada orang lain," Fazlan terus berhujjah.

"Bukan macam tu. Efa tak kata macam tu pun. Efa hanya mahu berterus dengan Abang. Abang memang sudah terlalu baik. Efa juga sayangkan Abang," jelas Afifah lagi.

"Tapi Efa tak boleh terima Abang sebagai suami Efa?" tegas Fazlan pula.

"Efa sendiri pun tak pasti. Efa sekadar tidak pasti. Jadi Efa kena cuba mencari jawapan pasti. Efa tak mahu diamkan saja perkara ini kerana Efa tak mahu Abang kecewa jika Abang tahu kemudian dari sesiapalah," Afifah masih cuba minta kefahaman dari Fazlan.

"Tapi benar kan Efa tak boleh terima Abang sebagai suami Efa?" Fazlan terus bertegas.

Biasanya Afifah tidak akan panjangkan apa-apa isu pun. Dia selalunya biarkan saja sebarang isu yang menyebabkan dia harus bertekak dengan orang. Tapi hari ini lain. Dia tak mahu Fazlan membencinya. Dia tidak mahu Fazlan kecewa sedih kerananya.

"Efa memang sudah pasrah menerima Abang. Malah Efa amat bersyukur," Afifah cuba meyakinkan Fazlan dan dirinya sendiri juga.

"Efa minta maaf kerana melukakan hati Abang. Tapi Efa sendiri sedih dengan apa yang berlaku. Bukan Efa minta jadi macam ni, percayalah. Efa bukan sengaja nak lukakan hati Abang. It just happens, dan Efa minta sangat untuk Abang beri Efa sedikit masa lagi," jelas Afifah.

"Untuk apa?" tanya Fazlan.

Afifah tidak tahu bagaimana dia harus menjawap soalan itu. Air matanya bercucuran. Hatinya amat sedih. Malah dia kecewa dengan dirinya sendiri.

"Please Abang, please," rayunya. Namun dia sendiri tidak tahu apa yang dia mahu dari Fazlan.

Memang benar Fazlan adalah sebaik lelaki impian kebanyakan gadis. Beliau punya rupa, punya kedudukan dan harta. Fazlan setia menunggu Afifah sedari umurnya belum tiga belas tahun lagi. Sekarang sudah tujuh tahun mereka mengenal hati budi masing-masing. Tiba-tiba semuanya jadi kacau bilau bila Tengku Mohd Nazrul Hadi muncul dalam kehidupan mereka.

Thursday, August 13, 2009

DARI ALLAH KITA DATANG, KEPADA ALLAH KITA KEMBALI

Pak Caq ingin turut mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Uztaz Mohd Asri Ibrahim yg telah kembali ke Ramatullah hari ini.

Terasa juga kehilangan ini kerana Pak Caq suka dengan apa yg cuba diterapkan oleh kumpulan Rabbani ini.

Akhir-akhir ini kita dengar dan lihat byk hamba Allah yg kembali ke Rahmatullah kerana serangan sakit jantung. Ya juga la .. byk perkara membuat kita stress.

Jika itu janji Allah, itulah yg berlaku.

Walaubagaimanapun, kita boleh berusaha menjaga kesihatan n mengatasi masaalah stress.

Sempena malam Jumaat ini, sama-samalah kita membaca Yassin, Al-Mulk dan Al Kahfi dsbnya.
Bagus juga baca doa untuk mengelak angin akhmar, doa shifa dsbnya juga.

Selamat beribadah ...

MENCARI ARAH

Episod 13

HATI BICARA JIWA GELORA

Gara-gara Ingin Jadi Pramugari

"Ehh, hi. Fazlan tak ada, kan dia pergi kursus. Dia tak beritahu?" Dato' Seri Shariff, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, menyapa serta bertanya kepada Afifah.

"Dato', assalamualaikum. Saya datang pasal urusan lain," balasnya ringkas.

"Nak jumpa saya kah?" Dato' Shariff terus menyoal.

"Tak, tak. Saya nak jumpa salah seorang pegawai division satu di sini."

"Siapa?" beliau terus juga menyoal. Afifah sudah rasa tak senang, tapi terpaksa juga menjawap dengan sopan.

"Tak tahu siapa. Saya cuma nak dapat tandatangan salah seorang pegawai division satu di sini untuk mengesahkan butir-butir diri saya," Afifah menerangkan sebab sebenarnya dia ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di petang itu.

"Pengesahan butir diri? Kenapa? Permohonan biasiswa mesti disahkan butir diri oleh pegawai atasan juga?" Dato' Shariff terus menerus juga menyoal.

"Ok, ini dokumennya, dah siap. Encik Bahadur telah tandatangan kedua-dua salinan tu," jelas salah seorang staf di pejabat yang membantu Afifah tadi.

"Can I have a look at that?"

Dato' Shariff terus saja mengambil fail yang berisi dokumen yang dimaksudkan. Tanpa menunggu kebenaran Afifah, Dato' Sharif membuka, dan membelek butir-butir dalam dokumen berkenaan.

"What's this? Don't tell me you are having problems with Fazlan. You nak pergi kerja jadi pelayan kapal terbang? Come on, you tahu apa kerja tu? Pelayan! Hey, come on. You dah dapat peluang sambung belajar, ada good future, you nak pergi jadi pelayan! My goodness!" panjang lebar Dato' Shariff berhujjah.

"Tell me, apa semua ni?" beliau terus bertanya.

"Saya sudah mendapat tawaran yang baik ini. It's only once in a lifetime you dapat peluang to see the world," jelas Afifah.

"Sebagai pelayan! Surely you don't mean that! ... (blah, blah ..)," panjang lebar Dato' Shariff bersyarah. Afifah dengar saja.

'Tak guna lawan berhujjah,' bisik hatinya.

"Now, stop this nonsense! If you have problems with Fazlan, work them out. I will talk to him."

"No Dato', please don't bring Abang Fazlan into this. Kita tak ada apa masaalah. Cuma saya rasa nak kerja dulu sambil lihat dunia," Afifah memberi penjelasan.

"No! You are going to regret it if you go ahead with this absurd thing. I am not going to let you make this stupid move. You can hate me now, tapi nanti you akan berterima kasih. Ok, I am going to keep all these," tegas Dato' Shariff menamatkan perbincangan mereka, sambil melangkah dengan cepatnya beredar dari ruang itu.

Afifah dan staf-staf di situ berpandangan sesama sendiri. Tersirap juga darah Afifah. Tapi tak ada apa yang dapat dilakukannya tanpa menghuru-harakan suasana. Mahu tak mahu, dia juga harus ikut beredar.

"Macam mana dengan dokumen tu?" soal beberapa staf.

"Kita tak boleh buat apa-apa kan?" balasnya sambil menggeleng kepala dan berjalan pergi.

Tiga hari selepas itu jenuh Afifah terpaksa menjawap pelbagai soalan dari Pak Hanif, Mak Chah dan Fazlan sendiri. Apa pun kata dan alasan yang Afifah berikan tidak memuaskan hati Mak Chah terutamanya. Lalu dia biarkan saja mereka terus-menerus bertanya. Afifah duduk tanpa mahu berkata apa-apa lagi.

'Apa pula sampai bawa Mak dan Ayah? Dahla rampas dokumen aku, marah aku, ni bagi ruang untuk aku terus kena marah dengan Mak Ayah lagi,' katanya dalam hati.

Fazlan terus merenung muka Afifah tanpa berkata apa-apa lagi selepas beliau perasan Afifah sudah gelisah dan sedih menghadapi persemukaan ini. Kemudian beliau bangun mengubah tempat duduknya ke sofa panjang di mana Afifah duduk. Beliau memegang erat tangan Afifah, sementara Mak Chah terus juga berhujjah entah apa-apa lagi.

"Sudahlah Chah, Efa pun bukan berkeras nak pergi jadi pramugari tu! Malu la sikit kat Allen ni," pinta Pak Hanif pada Mak Chah.

"Chah ni malu, malu! Satu kampung tahu, satu pejabat tu tahu! Muka ni nak letak mana," Mak Chah terus membentak.

'Yang hari-hari duk berkelahi, jerit, maki hamun tu pun satu kampung tahu, tak pula rasa malu,' bentak Afifah pula dalam hatinya.

"Allen, dah lah. Bawa Efa pergi keluar mana-mana, biar Mak sendiri dia," usul pak Hanif.

Afifah pun tak membantah. Dia akur dengan saranan ayahnya, dan ikut bangun sesaing Fazlan untuk keluar 'ke mana-mana.' Fazlan terus memegang tangan Afifah dan mereka berjalan seiring tanpa berkata apa-apa.

"Efa tak nak cakap pasal tu lagi. It's a non-issue now," jelasnya kepada Fazlan selepas kereta yang dipandu melewati laman rumah.

"Ok. Cuma Abang bingung. Dato' Sri tanya apa yang Abang buat sampai Efa boleh mengambil keputusan macam tu. Abang tak boleh ingat langsung apa salah Abang," demikian luahan rasa Fazlan.

"Abang tak ada buat salah apa pada Efa. It was just the spur of the moment. Efa tertarik dengan iklan mencari pramugari, so Efa try je main-main. Bila dah dapat tawaran, Efa terfikir it would be a good way to see the world," Afifah menjelaskan sejelas-jelasnya mengenai segala tindakan yang diambilnya tempuhari.

Fazlan terdiam. Beliau terfikir sendiri, 'I don't picture at all in that decision-making.'

"Kita pergi kelab makan banana split, ok?" syur Fazlan yang sedang 'berperang' dengan soalan hatinya sendiri.

"Efa minta maaf for all the commotion," pinta Afifah tulus.

"Accepted. Efa, Abang want to ask Efa a favor. If it's not too much to ask, Abang harap Efa nanti boleh beritahu Abang," pinta Fazlan pula.

"Bagitahu apa?" soal Afifah.

"Apa-apa juga yang Efa fikir dengan serius nak buat, or apa-apa la yang Efa serius rasa ingin nak buat."

"Everything?"

"No, sayang. Cuma macam perkara seperti ini," pinta Fazlan.

Afifah tidak berapa mengerti apa yang dimaksudkan oleh Fazlan. Fazlan juga tidak pasti samada Afifah faham apa yang dimaksudkan. Tapi mereka berdua pilih untuk tidak meneruskan perbualan mengenainya.

Pertemuan Kali Kedua

Sejak belajar di tingkatan enam, Afifah sering terlibat dalam acara debat dan mendeklamasi sajak di sekolahnya. Jelas bakatnya dihargai. Cikgu bahasa sekolah sentiasa memberi kepercayaan kepada Afifah untuk mendeklamasikan sajak-sajaknya di pelbagai acara. Kebetulan Cikgu Halim adalah salah seorang penyajak terkemuka di tanah air.

Pada malam minggu ini Afifah diberi kepercayaan untuk mendeklamasikan sebuah sajak sempena persaraan seorang pembesar negeri. Acara akan berlangsung di Majlis Makan Malam Perpisahan yang diadakan di Ruang Utama di kediaman resmi pembesar berkenaan.

'Panjang pula sajak ini,' rungutnya sendiri.

'Nasib baik Cikgu Halim kata boleh baca dari kertas nanti,' lega juga rasa hatinya.

Namun Afifah sedar alunan sajak akan terjejas jika dia asyik melihat kertas semasa mendeklamasi sajak nanti. Jadi dia masih mencuba sedaya upaya untuk menghafal setiap patah perkataan dalam sajak berkenaan. Sampai di tempat acara pun Afifah masih asyik cuba menghafal bait-bait sajak yang akan dipersembahkan di suatu sudut yang tidak jauh dari pentas utama.

Tiba-tiba terdengar suara yang mendegupkan jantungnya. Afifah menoleh ke belakang. Ada sekumpulan orang di belakang tiang yang paling hampir dengannya, tapi tiada ada siapa pun yang jelas kelihatan kerana cahaya lampu yang agak samar.

"I must speak to her," terdengar lagi suara itu.

"Nanti I make sure you get to see her," balas suatu suara yang lain.

'Kenapa pulak aku rasa tak senang ni?' bisik hatinya.

Kemudian pegawai bertugas datang memberi tahu Afifah yang gilirannya untuk mendeklamasi sajak adalah selepas ucapan utama yang akan berlangsung sebaik saja tarian yang sedang dipertunjukan itu selesai. Afifah dikehendakki supaya segera pergi ke pentas utama. Dalam keadaan gugup, Afifah terus juga berjalan ke sana.

Sebaik sahaja namanya diumumkan untuk mendeklamasikan sajak 'Bapa Merdeka' Afifah segera naik menuju ke sudut kanan pentas utama. Kini Afifah sudah tahu suara siapa yang didengarnya tadi. Dia nampak jelas Mohd Nazrul Hadi yang duduk di barisan kedua di belakang persada di depan pentas utama. Jantungnya berdegup semakin kencang. Afifah gugup segugup-gugupnya. Namun dia mesti terus menunaikan kewajipan. Afifah paksakan diri untuk kuat semangat dan mendeklamasikan sajak berkenaan.

Surutan apa yang berlaku pada malam itu terus terbayang bagaikan sebuah wayang yang ditayangkan berulang kali di layar pawagam.

"That's a very sweet and beautiful rendition," demikian pujian diberi.

Afifah terperanjat. Tiba-tiba saja Nazrul Hadi sudah berada di hadapannya sewaktu dia turun dari pentas.

"Terima kasih. Maaf, saya harus segera pergi," balasnya sambil bergegas beredar dari situ. Sepantas kilat pula perjalanannya dipintas.

"Please. Please come and sit down with me just for a little while," pinta si jejaka.

"Saya terpaksa pergi sekarang. Cikgu Halim dah tunggu di sana," jelas Afifah.

"Cikgu Halim tahu anak murid kesayangannya ada bersama saya. Adi dah minta kebenaran tadi. Please Efa, sekejap saja. Esok Adi dah nak balik KL. Tak tahu pulak bila akan jumpa lagi," rayunya pada Afifah.

Bagaikan dipukau, Afifah biar saja dirinya dipimpin masuk ke ruang tamu rumah kediaman itu. Mereka duduk di atas sofa panjang dan terus berbicara hal-hal peribadi mereka. Tetapi Afifah lebih banyak mendengar dari bercerita. Tiada siapa yang mengganggu mereka. Hanya sekali saja pembantu rumah masuk membawa minuman dan makanan ringan.

"It's quite late already. We better make a move. Come, Adi hantar Efa balik," sambil dia memegang tangan Afifah dan membantunya untuk bangun. Mereka kemudian berjalan seiring berpegangan tangan menuju ke arah yang di bawa oleh Nazrul Hadi.

"Come." Sambil dia melabuhkan punggungnya di tempat duduk belakang kereta, Afifah di bimbing untuk turut masuk bersama. Kemudian pemandu segera membawa kereta menuju ke rumah Afifah.

"Adi minta maaf. Dah terlewat sikit, dah hampir 12 tengah malam. Harap Mak Ayah tak marah nanti. Cikgu Halim kata dia akan pergi beritahu mereka yang Adi akan bertanggung-jawap untuk hantar Efa balik."

Sepanjang jalan balik juga Afifah tak banyak bicara. Tapi mereka berpegangan tangan seperti sudah lama berkawan. Kedua-duanya amat sedar yang hati mereka banyak berkata-kata serta jiwa mereka sedang bergelora.

"Adi nanti datang lagi sebelum balik ke UK. That's not too long away though. Nanti balas surat Adi ya. Efa janji, please, janji," rayunya, dan Afifah hanya angguk tanda setuju.

'Inikah sebenarnya cinta?' Afifah terus bertanya hatinya sendiri.

Wednesday, August 12, 2009

TAK TAHU MENGAPA SCREEN BLANK JE...

Assalamualaikum,

Minta maaf sekali lagi. Ni baru Pak Caq nak cuba type out sambungan novel.

Bukan disengajakan, tp Pak Caq tak dpt masuk blog. Tak tahu kenapa dr petang td screen blogsite Pak Caq blank je. Dah cuba buat macam-macam juga .. still tak boleh juga. Yg peliknya bila masuk blog org boleh plak. Tak tahu le ape yg tak kena.

Baru kejap ni keluar gambar. Hopefully dah ok. The system corrects itself agaknye .. entah le.

Apapun tunggu dan lihat ye ..

Tuesday, August 11, 2009

HARI RASA MACAM PANJANG PLAK

Slm semua.

Ahaa, ya le, rase mcm panjang je arini. Td mula-mula set alarm masuk air. Katanya masuk air not covered by the guarantee plak. Ujung-ujung biar je dulu without the alarm .. :)( .. rasa lucu, tp sedih pun ade ..

Pastu pergi lunch, ehh dah tertinggal dompet dlm briefcase pulak. Tak biasa gitu, tp td tu ada org buat kutipan derma waktu Pak Caq tengah buka briefcase. Dah terus biar wallet dlm briefcase dulu, dan langsung terlupa. So, postpone je lunch. Memang ade a few ringgit dlm kocek, tp takut terlebih harganya. Briefcase ade dlm kete, n kete pun park tak jauh sgt, tp tu la .. penyakit malas jalan pergi balik ..

Then ptg ade pulak berita kematian saudara kawan yang agak rapat.

Tapi itulah lumrah kehidupan.

Td after lunch yg tak jd, Pak Caq p ke pejabat DBKL. Mereka bagi le diskaun 70%. Tp kenalah juga bayar RM 30.

Apapun Alhamdulillah masih byk rahmat yg di beri Allah.

Ok la, Pak Caq rase agak letih skit n kekurangan idea now. Sorry folks, esok saja sambung novel ye ...

Monday, August 10, 2009

MENCARI ARAH

Episod 12

MASAALAH CINTA

Bila Cinta Tidak Berbalas

"Mengapa jadi sampai macam ni Abang, Kak? Mat terkejut la dengar jadi macam ni. Tu yang Mat balik juga," jelas Pak Ngah Mat, bapa saudara Afifah, kepada Pak Hanif dan Mak Chah.

"Mat balik kerana Razak bagitahu Efa sudah jadi gadis liar? Bila pula Mat jumpa dia? Mat terus percaya saja? Tak boleh begitu Mat," Pak Hanif bertanya dan komen tentang cerita yang dibawa oleh adik Mak Chah ini.

"Bukan la Mat terus percaya saja. Mat tak sedap dengar cerita ni. Tu yang Mat balik, nak tahu macam mana?

"Efa mari, duduk sini sekejap. Pak Ngah kata Razak pergi sampai ke Kulim sana bagitahu Pak Ngah pasal Efa. Apa yang Efa buat dekat Razak sampai jadi begini?"

"Dia tu hendakkan Efa. Hari-hari dia lalu sini sampai entah berapa kali," jelas Mak Chah, sebelum Afifah berkata apa.

"Kak tahu la cerita ni?"

"Aku tak tahu la sangat, aku pun tak tahu semua apa Razak tu cerita kat kamu. Cuma, dah dua tahun ni, aku nampak hari-hari Razak lalu depan rumah. Kadang-kadang bila aku kat laman, dia ada la kata dia nak jumpa Efa," Mak Chah terus memberi penjelasan.

"Dia bagitahu dengan Chah macam apa yang dia cerita kat Mat ni?" Pak Hanif pula bertanya.

"Mat pun tak cerita habis lagi. Tapi yang Chah perasan, tiap kali bila bertembung, dia kata ada hal nak cakap dengan Efa. Efa pula bagitahu Razak selalu suka ganggu waktu dia pergi dan balik dari sekolah. Sejak berapa bulan ni, Efa keluar pergi sekolah awal, ikut dengan Lah belakang tu ha, anak Kak Jah yang kerja kerani kat pejabat tanah. Baru dua minggu lepas pulak, Lah pun kata Razak dah bertembung banyak kali dengan dia dan Efa waktu pergi tu," panjang lebar cerita Mak Chah.

Afifah masih tak berkata apa. Dia hanya mendengar saja semua yang diperkatakan oleh ayah, ibu serta bapa saudaranya.

'Dia ni dah buat gila pula,' fikirnya dalam hati. 'Dia yang mabuk sendiri sorang-sorang, aku pulak difitnah!'

"Efa, cuba cerita sikit. Ayah nak dengar jugak ni. Efa tak pernah cerita kat Ayah apa-apa tentang hal ni. Ayah ingat sejak dah lebih setahun ni Allen yang selalu ambil Efa pergi dan balik dari sekolah. Cerita, Ayah nak tahu," pinta Pak Hanif.

"Dia yang buat hal, kenapa pulak Efa yang disoal-siasat?" bentak Afifah.

"Takde soal-siasat. Cuma Ayah, Mak dan Pak Ngah nak tahu cerita yang sebenar. Ya la sampai Razak pergi jumpa Pak Ngah hari minggu baru ni, cerita macam-macam."

"Kalau orang semua buat cerita macam-macam, apa pula Efa yang kena jelaskan. Mereka yang cerita, Ayah tanya mereka la."

"Ok, Efa cerita apa yang berlaku bersabit dengan Razak tu. Ya la, sejak bila dia ganggu Efa. Yang Ayah tahu, Efa selalu dengan Allen, tak gitu?" tegas Pak Hanif.

"Dia gila bayang sendiri!" bentak Afifah.

"Yang dia kata Efa pergi kat kelab dan bar tu, Efa ada pergi tempat macam tu dengan Allen ke?" tanya Pak Hanif.

"Kadang-kadang Abang Allen nak makan 'banana split' kat 'club house' tu, yang dekat dengan padang lumba kuda. Takde pergi tempat lain pun," jelas Afifah.

"Pergi kelab malam ke siang? Kelab orang pergi disko dan minum tu? Malam la? Fazlan bawa kamu pergi sana?" Mak Chah mencelah bertanya bertubi-tubi.

"Suka hati la nak fikir apa! Nak dengar cerita Razak, nak dengar cerita sapa-sapa, suka hati!" Afifah terus berdegil, dan tak mudah mengalah dengan segala apa terjahan.

"Efa, nanti, Efa jangan suka bentak-bentak macam ni. Ayah nak dengar cerita Efa. Cerita kat Ayah, Ayah dengar," pinta Pak Hanif .

"Tak guna cerita kalau dah tak nak percaya!"

"Tolong Efa, jangan macam ni. Ayah tahu Efa anak baik. Efa cerita kat Ayah, cerita. Ayah dengar ni."

Dengan pujukan Pak Hanif, Afifah mengalah dan terus menceritakan segala apa yang bersangkutan dengan Razak. Apa yang jelas, Razak memang tergila-gilakan Afifah sejak beberapa tahun lepas. Sudah banyak kali dia cuba mendekati Afifah; selagi boleh dia mengikut ke mana saja Afifah pergi; sudah banyak kali dia mengutus surat cinta. Tetapi, dari sejak awal lagi juga Razak sudah tahu Fazlan adalah calon suami menanti yang direstui keluarga di kedua belah pihak keluarga.

"Efa tahu la dia saudara tiga pupu sebelah Mak. Tapi, takkan hanya kerana kita ada pertalian keluarga, Efa mesti dengar cakap dia, tunduk dengan kehendaknya!" Demikian hujjah Afifah.

"Susah jadi gadis cantik lagi pandai macam Efa ni. Susah kan, dah jadi buruan ramai jejaka la pulak."

Begitulah rumusan yang dibuat oleh Pak Ngahnya. Malah ini dipersetujui Ayah dan ibunya sendiri. Pak Hanif dan Mak Chah memang bersyukur dan bangga punya seorang anak yang secantik dan sepintar Afifah. Afifah juga amat matang fikirannya serta punya prinsip diri yang teguh. Dia tidak mudah mengalah, dia cekal dan berazam untuk kuat menghadapi segala apa dugaan.

Pak Hanif dan Mak Chah juga bersyukur kerana mempunyai seorang calon menantu, bakal suami Afifah yang juga bukan calang-calang orang. Fazlan merupakan seorang pegawai tinggi kerajaan yang tampan, baik budi pekerti dan seorang anak hartawan pulak.

Namun di waktu yang sama, mereka semua juga sedar ini akan menimbulkan perasaan dengki, marah dan ketidak-puasan hati ramai orang lain. Sudah lumrah begitu. Mahu tak mahu mereka mesti hadapi dugaan ini.

Mereka akur. Benar sepertimana kata-kata Efa, "Kalau sepuluh orang sukakan Efa, kalau seratus orang kasihkan dan cintakan Efa, takkan Efa seorang boleh terima semua mereka.'

Jatuh Hati Di 'Party'

"Efa ada assignment kena submit on Monday, 20% of the final exam nanti," Afifah cuba jelaskan kepada Fazlan sebab mengapa dia tidak mahu ikut pergi ke majlis sempena hari ulang tahun perkahwinan ibu dan bapa saudara Fazlan yang di jadualkan pada malam minggu.

"Abang tahu. Tapi kan Efa ada 3 hari lagi. Mesti boleh start like now, and siapkan dulu. Abang tolong la arini and esok. Promise," rayu Fazlan kepada Afifah.

Afifah sudah kenal sangat dengan Fazlan. Beliau akan mengulang-ulang dengan permintaannya itu sampai ianya dipenuhi. Mahu tak mahu dia terpaksa juga habiskan assignmentnya awal. Dia tak boleh berdaleh lagi. Walaupun hatinya tak berapa ingin nak pergi, dia terlayu juga dengan pujuk rayu Fazlan. Selama lebih dari enam tahun mereka saling mengenali, semakin sehari, semakin pandai Fazlan mencari kelemahan Afifah.

Seperti biasa, Afifah terpaksa buru-buru sembahyang Maghrib kerana Fazlan akan menjemputnya setengah jam sebelum majlis bermula pada pukul 8.30 malam. Fazlan pula sentiasa menepati waktu. Sebenarnya bergegas beginilah yang membuatnya malas nak ikut ke mana-mana majlis makan malam.

"Kena ikut mengembek la bila dah masuk kandang kambing," begitulah yang sering diucapkan kepada Aziah, kawan baiknya.

"Tapi kau untung dapat Abang Allen yang head over hills in love with you. Very patient lagi," balas Aziah pula.

"But he is very very persistent, sometimes dominating," kata Afifah.

"Elok la tu. It's better to have a man who really loves you, then a man whom you love tau," balas Aziah.

Kata-kata Aziah ini sekarang sedang menghantui Afifah. Dia tak tahu kenapa hatinya berdegup kuat bila bersalaman dengan seorang tetamu di majlis tadi. Semestinya dia seorang pemuda yang agak tampan dan menawan. Dia tak tahu samada Fazlan perasan atau tidak. Tetapi Afifah sedar dia tertarik dengan pemuda yang seorang ini. Walaupun Fazlan juga tampan dan menawan, hatinya tak pernah rasa begini bila besama Fazlan selama ini.

'Infatuation agaknya,' kata hatinnya.

Majlis tadi berjalan lancar. Boleh dikatakan tetamu semua bergembira. Semua jelas puas hati dengan segala aturcara dan hidangan serta sesama tetamu sendiri. Pendek kata tidak nampak cacat celanya.

Tapi Afifah merasakan ada yang tidak kena. Dia terlalu berhati-hati dengan tingkah lakunya; dia sedikit gugup bila ada sesiapa yang bertanya, dan dia tidak dapat ikut rasa gembira sesuai dengan suasana majlis.

"Hi, I am Adi, Mohd Nazrul Hadi, and you are ...," masih terngiang-ngiang suara ini ditelinganya. Tangannya merasa sejuk semasa bersalaman dengan jejaka ini tadi.

'Ya Allah, mengapa pulak rasa macam ini?!' dia bertanya sendiri.

"Cinta pandang pertama. Haha ... Efa, ni baru kau jumpa jejaka idaman, baru betul-betul kau jatuh cinta kut!" Aziah memberi pendapatnya.

'Benar ke sekarang aku sudah jatuh cinta?' Afifah terus bertanya hatinya sendiri.

"Kau jangan cari masaalah, Efa. Abang Allen tu kau nak letak mana? Tapi kan, kalau Abang Allen setuju, boleh pass kat aku! Haha...." demikian reaksi Aziah.

"Not a joke la."

Tapi Afifah sudah mula rasa resah dengan perkembangan ini.

'MONDAY BLUES AGAIN'

Harus minta maaf lagi le ni. Maaf ye.

Tp sambungan novel dah siap. Kejap lg Pak Caq 'post'kan.

Cuma sebelum tu nak cite pasal 'Monday blues' arini.

Td dah le letih dgn keje. Waktu balik, singgah kejap kat Jln Bunos, off Jln Masjid India, tu utk beli murtabak. Waktu dah almost 5.00 ptg. Pak Caq ingat, nak singgah beli kejap je, tak payah la beli kupon parking tu. Sbb utama ialah kena jalan pula lg utk beli kupon tu. Masa dulu tu lbh senang, taruh je 'coins.'

Alih-alih, bila pusing balik je, pegawai DBKL tu dah letak 'parking ticket'/surat saman.

"Dah tulis, tak boleh buat apa!"

Geram la jugak. Pasal tak nak jalan jauh skit pergi beli kupon parking 80 sen, dah kena saman RM 100.

Betul2 le 'Monday Blues' arini ...

BERSUA KEMBALI

Slm semua. Berjumpa lg kita di maya ini. Segar la skit selepas dah jalan-jalan. Anda camne?

Pak Caq tengah duk organize nak sambung novel. Teringat pula semalam ada org komen.

"Nanti org cilok cerite, citak dan jual!'

Pak Caq jawap, "Dah lali sangat dgn manusia yang mengambil kesempatan di atas penat jerih org lain."

Ye betulkan. Pak Caq pun sedar kemungkinan tu memang ade. Tp kita susah nak mengawal org. Kita betulkan je le diri. Pak Caq pun percaya pada rezeki. Kalau dah memang rezeki Pak Caq takkan ke mana kan ...

Apapun, Pak Caq tgk org yg kaya atas jerit payah org lain tu tak juga bahagia mana. Mcm kata pepatah le:

'Kalau berkat, secupak menjadi segantang.'

Saturday, August 8, 2009

LIBUR HUJUNG MINGGU

Pak Caq tgh duk fikir2 mana nak pergi arini. Bukan apa 2day is our anniversary, dah jatuh ari minggu. So it wl b kind of nice 2 sneak out somewhere together.

Apapun nak bgtau yg ini jele. Pak Caq nnti x melayari maya la. Malas nak bawa laptop ni. P mana2 pun dah kena kilik (bawa) le sama.

So, see Ual on Monday.

Have a nice weekend.

May Allah bless Ual.

Friday, August 7, 2009

MENCARI ARAH

Episod 11

DUGAAN MELANDA LAGI

Syukran Anak 'Dyslexia'

Hari ini hari minggu. Biasanya hanya Pak Hanif yang bangun seawal pukul 5.30 pagi. Beliau akan masak air dan membancuh seteko air kopi sebelum pergi ke masjid untuk sembahyang Subuh berjumaah. Mak Chah, Afifah dan Syukran biasanya masih tidur lagi ketika itu. Biasanya mereka bangun selepas pukul enam pagi. Tetapi hari ini Afifah terjaga awal dari tidur kerana jeritan ibunya. Kemudian terdengar pula suara Syukran menangis.

'Apa pula lagi pagi-pagi ni,' fikirnya.

"Ampun, sakit Mak, ampun," terdengar Syukran merayu dalam esakan tangisnya.

Afifah bingkas bangun dan terus melangkah dengan cepat menuju ke arah bilik adiknya.

Syukran duduk mencangkung di tepi sudut kanan di belakang pintu sambil menangis terisak-terisak.

"Haah, kamu jangan duk masuk campur. Lalu! Kamu, sini!" sambil Mak Chah cuba menarik Syukran ke hadapan.

"Lalu! Aku kata lalu!" Afifah pula ditamparnya dengan kuat.

"Mengucap Mak, mengucap!" Sambil itu Afifah mengheret adiknya keluar dengan cepat. Sekali lagi terasa pedih tangannya kerana Mak Chah menamparnya lagi.

"Cepat Adik, cepat," Afifah terus mengheret adiknya dan kemudian mereka berdua cepat-cepat menyelinap masuk ke dalam bilik Afifah.

Mak Chah terus menjerit sambil menepuk-nepuk pintu bilik Afifah sekuat hatinya.

"Astaghfirullah. Bawa mengucap Chah. Subuh-subuh lagi dah menjerit-jerit ni, malu la sikit."

"Dah besar macam tu kencing tilam lagi. Hari-hari! hari-hari! Siapa boleh tahan. Aku dah tak larat jadi kuli!" demikian bebelan Mak Chah.

"Syukran kan tak sihat. Lagi pulak dia tu budak-budak," Pak Hanif cuba memberi rasional di atas perbuatan Syukran.

"Budak apa?! Abang Anif tahu apa! Ni, aku yang hari-hari duk rumah, hari-hari duk jadi kuli batak!" bentak Mak Chah.

Afifah perlahan-perlahan membuka pintu biliknya dan mengajak adiknya ikut pergi ke bilik air.

'Macam mana pula Mak boleh bangun awal dan terus pergi ke bilik Syukran,' Afifah berfikir sendiri. Apabila Mak Chah menerkam, dia terus mengheret Syukran berlalu dengan pantas.

"Sudahlah Chah, kesian budak tu."

"Bukan aku yang nak dia. Ni tengok, bawa bala lagi ada. Jadi lagu ni, aku pulak yang kena buat kerja lebih lagi. Tak cukup dengan apa yang Abang Anif buat, bagi tambah beban aku lagi..," Mak Chah terus membebel dengan suara yang tinggi, seperti bertih digoreng dengan api panas bunyinya.

Sementara itu Afifah membantu Syukran membersihkan dirinya di bilik air.

"Biarkan Mak. Adik terus saja mandi, sabun banyak-banyak, gosok-gosok."

Demikian Afifah nasihatkan Syukran. Di dalam hatinya dia juga turut rasa kesal kerana bantu untuk mengambil Syukran sebagai saudara angkatnya.

'Berdosakah aku?' Fikirnya lagi. Jika dia tidak turut ikut campur tempuhari, tak mungkin Syukran boleh menjadi ahli keluarga mereka.

'Sudah ditakdirkan nasib kamu begini Adik,' begitu kesimpulan yang dibuatnya.

Afifah memang amat menyesal. Lebih-lebih lagi setelah mereka mendapat pengesahan doktor yang adiknya adalah seorang 'dyslexic' dan perlukan perhatian yang lebih. Dia bingung memikirkan bagaimana adiknya boleh mendapat perhatian sedangkan keluarganya sendiri memang amat pincang.

"Efa banyak-banyak bersabar. Berdoa sambil tolong perhatikan Syukran, insya Allah, Tuhan pelihara," nasihat datuknya.

'Tolonglah ya Allah.' Afifah sentiasa terus setia berdoa di dalam dan di luar sembahyang.

'Kasihankanlah kami, Adik masih kecil, dia tidak mampu berbuat apa-apa. Ya Allah, tolonglah.'

"Abang pun tak boleh buat apa Efa. Mak dan Ayah berhak penuh," jelas Fazlan apabila Afifah memintanya cuba mencari jalan keluar.

"Kita pun tak boleh pastikan Syukran akan mendapat perhatian lebih kalau kita tempatkan dia di rumah kebajikan. Mungkin kalau keluarga asalnya mahu mengambilnya kembali, itu lebih baik."

"Tak mungkin, selama ini mereka tak pernah ambil tahu pun. Syukran tu 'dyslexic' abang. He needs more understanding and care," Afifah membuat kenyataan sambil menangis perlahan-perlahan.

"Abang tahu sayang. Tapi tak ada tempat lain yang boleh menjanjikan keadaan yang lebih baik untuk dia sekarang. Langkah yang drastik akan hanya membawa angkara yang lebih tak baik. Kebajikan Syukran tak terjamin, mak dan ayah pula mungkin terpaksa menghadapi tindakan undang-undang nanti. Efa saja yang boleh 'make some difference.' Efa kuatkan semangat, Abang 'will always be here for you,' percayalah sayang,' pujuk Fazlan.

Fazlan turut amat merasai kesedihan yang dialami oleh buah hatinya ini. Afifah terlalu istimewa baginya, tetapi mereka memang tidak berdaya. Dia memeluk Afifah dengan sepenuh kasihnya sambil berdoa agar kasih sayang dan keikhlasannya akan memberi kekuatan kepada gadis kesayangannya.

Afifah pasrah lagi. 'Memang sudah ketentuan Illahi,' dia memujuk hatinya.

Kasih Di Duga

Jamaliah kelihatannya seperti anak yang baik. Dia baru saja mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat di Sekolah Menengah Agama Rakyat yang letaknya tidak berapa jauh dari rumah Pak Hanif sekeluarga. Biasanya Tok Nah yang suka memberi anak-anak buah yang dapat belajar di sekolah ini menumpang di rumahnya. Tapi sekarang Tok Nah tak berapa sihat.

"Kami dah tak ada siapa yang boleh kami percaya lagi Bang, Kak. Ngah kata dia selalu sangat uzur sejak akhir-akhir ini. Tu la nak minta tolong sangat, nak tumpangkan Maliah duduk sini. Belanja semua, insya Allah, kami bagi."

"Kak bukan apa, Kak pun dah tak larat nak jaga budak-budak ni," jelas Mak Chah.

"Minta tolong la sangat-sangat. Kurang-kurang untuk tahun ni. Sekolah dah nak buka, asrama pulak dah penuh. Kak tak payah nak buat apa untuk dia. Maliah dah boleh buat sendiri semuanya. Cuma nak tumpang duduk saja," pujuk Pak Lang Man dan isterinya Mak Lang Piah.

"Tak apa, boleh, boleh, boleh juga berkawan dengan Efa," demikian putus Pak Hanif.

'Sudah. Hai, apa pula nak jadi nanti,' fikir Afifah.

Yang nyata Afifah dan Jamaliah sama-sama penuntut di tingkatan empat. Tetapi Jamaliah berumur tujuh belas tahun, setahun lebih tua dari Afifah, dan dia bertubuh kecil.

Afifah tak berapa selesa dengan kehadiran Jamaliah kerana perangainya agak mencurigakan. Semakin sehari, semakin terserlah karektornya yang jelas gedik dan 'mischievous.'

'Baik lagi aku yang bukan di sekolah agama ni,' Afifah membuat kesimpulan sendiri.

"Abang ni dengan Efa tak ada apa-apa lagi kan?" demikian tanya Maliah pada Fazlan ketika beliau sedang duduk menunggu Efa bersiap untuk pergi ke majlis kenduri doa selamat masuk rumah baru saudara sepupunya.

Tersentak juga Fazlan dibuatnya. Memang di antaranya dengan Afifah belum ada apa-apa ikatan. Tetapi perhubungan mereka sudah amat mesra dan erat. Beliau yakin dan percaya yang Afifah juga setia menyayanginya.

"Kami saling amat menyayangi," jelasnya ringkas.

"Tapi tak ada apa-apa hubungan?"

"Hubungan kami terlalu istimewa. Mungkin awak tidak tahu. Efa teman istimewa saya sejak beberapa tahun sudah," Fazlan membuat kenyataan dengan tegasnya.

Beliau berasa kurang senang dengan gelagat gadis ini. Lalu dia bangun dan beredar keluar ke anjung rumah.

"Ehh, mana pulak Abang Allen?" Afifah terpinga mencari kerana biasanya Fazlan akan hanya duduk di sofa di ruang tamu sehingga Afifah selesai berhias diri.

"Abang tahu ke rahsia Efa?" kedengaran suara dari anjung.

"Di antara saya dan Efa, di antara kami tak ada rahsia. Apa juga Efa buat, apa juga Efa lalui, saya tahu semuanya. Mungkin awak yang tak tahu, awak orang baru di sini. Maafkan saya."

Fazlan dan Afifah hampir saja berlanggar kerana Fazlan berpusing terlalu pantas dan melangkah pergi dengan laju.

"What's all that about?"tanya Afifah.

"She is making advances, and Abang hate it."

Afifah memandang Jamaliah, dan kemudian bergegas mengejar Fazlan yang telah beredar dari situ.

"That's sweet. Efa tak payah berhati-hati la lagi."

"It's not funny!" tegas Fazlan.

'Sudah terbalik,' fikir Afifah. 'Seharusnya aku yang marah.'

Hatinya ingin bertanya tentang apa yang sebenarnya berlaku tadi, tapi memandangkan muka Fazlan merah dengan marah, dia tak berkata apa. Afifah berdiri tunggu di muka pintu.

"Apa lagi, kita dah lambat ni!"

Pertama kali Afifah mendengar Fazlan meninggikan suaranya. Kecut juga dia rasa.

'Ini bahana ada orang ketiga agaknya,' terdetik fikiran ini di kepala Afifah. Tetapi dia pilih untuk berdiam diri. Pengalaman hidupnya dalam keluarga yang pincang gara-gara kasih entah berapa segi, membuat dia rasa serba tak kena.

"Kenapa kau dan Efa?" Azim, salah seorang saudara sepupu Fazlan, mengaju soalan.

"Nothing," Fazlan menjawap ringkas.

Fazlan baru perasan Afifah nampak kekok dan gugup bersama dengan saudara-saudaranya. Lalu beliau cepat berjalan menuju ke arah Afifah.

"Sorry sayang," bisiknya ke telinga Afifah.

"Making-up feels so good kan?" Seorang lagi saudara sepupunya, Haris, pula membuat komen terbuka. Ramai-ramai mereka ketawa dan bertepuk tangan.

"Eh come on, dont' embarass Efa. Aku yang pissed off dengan advances from her relative tadi."

"Oh ye ke? Ini sudah terbalik la. Bukan Efa yang marah, kau pula yang naik angin. Kah kah kah!" Terbahak-bahak pula abangnya, Fauzan, ketawa.

Semua yang lain juga ikut ketawa.

"See how much he loves you, Efa! You must appreciate that, and take care of him." Komen ibu Fazlan.

"The problem is Allen kena sabar menunggu hingga Efa cukup umur," komen ayahnya pula.

"But Efa is so matured, sweet and beautiful," ibu Fazlan membuat kenyataan.

"But it remains true Efa is still under-age," ayahnya tak mahu mengalah.

"Ini cerita 'Laila Majnun' era baru!" Fauzan pula membuat kenyataan.

"Enough, enough. So ok, we minta diri dulu. Come sayang, we make a move."

Fazlan terus memegang tangan Afifah dan memandang tepat ke mukanya minta persetujuan. Afifah akur, dan terus bersalaman dengan semua yang hadir. Walaupun dia masih kebingungan, di dalam hati dia amat bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki seperti Fazlan dengan keluarganya yang penyayang dan harmonis.

'Bukan kasihku yang di duga, tetapi kasih orang yang menyayangi aku! Alhamdulillah,' begitu terkesan Afifah dengan semua yang berlaku.

Rasanya, 'I must have done something good' seperti mana kata Julie Andrews dalam cerita 'The Sound Of Music.'

"Syukur ya Allah." Afifah terus berdoa dan bersyukur.