Sunday, November 17, 2013

LUPA PASSWORD SENDIRI

Sejak nak sambut Eidul Adha sampai hari ni rasa hati tu nak alunkan suara  di sini.  Tapi dah terkial-kial pula cuba mengingatkan kata kunci.  Satu peringatan tentang usia la tu!
 
Mula tu terlintas juga nak melalui proses dalam sistem untuk daftar semula kata kunci.  Tapi malas pula nak tunggu masa diaktifkan semula.
 
Kadang-kadang kita lebih rela membiarkan ego mengawal diri.  Daripada diejek dan ditertawakan kerana kelemahan diri, kita terus berlagak macho.  Macam-macam yang merugikan terjadi la jawapnya.
 
Oleh kerana tak ingat juga, akhirnya hari ini terpaksa juga mengaku dan bertanya kepada orang yang tersayang.   Alhamdulillah beliau hanya meleretkan senyumnya saja sebelum memberikan kata kunci tu.
 
Memang banyak untungnya apabila kita berkongsi dengan orang yang tersayang.  Kenyataannya memang begitu.

Friday, August 16, 2013

PASCA EIDUL FITRI

Kebetulan hari pertama Eidul Fitri tahun ini adalah hari yang amat bermakna bagi kami suami isteri. 8 Ogos adalah hari ulang tahun perkahwinan kami dan tahun ini merupakan yang ke 38. Syukur alhamdulillah.
 
Ingat nak ke laman dalam dua tiga Hari Raya.  Tapi dah bz pula dengan tetamu yang datang dari jauh.
 
Oleh kerana tahun ini musim Raya berlanjutan dengan musim cuti sekolah ramai betul yang datang ke Kuala Lumpur.  Mulai hari kedua lagi rumah kami menjadi rumah singgah buat sanak saudara dari kampung.
 
Sebenarnya sambutan Eidul Fitri tahun ini sederhana saja.  Tak banyak yang dibuat kerana sudah lama juga kami tiada pembantu rumah.  Namun semuanya lancar dan menggembirakan.
 
Kiranya masih letih juga ni!

Sunday, July 28, 2013

10 MALAM AKHIR RAMADHAN

Masa terus pantas berlalu.  Kini kita sudah pun masuk ke fasa akhir Ramadhan Al Mubarak tahun ini.

Di malam ini kita mula melangkah ke malam dua puluh Ramadhan .. tangga and pintu ke malam 10 malam terakhir.  Tentunya sebagai Muslimin dan Muslimah kita mendambakan semua kebaikan malam mulia Lailatul Qadar yang berada di malam 10 terakhir Ramadhan.

Ulama mengatakan bahawa tidak mudah untuk mendapat Lailatul Qadar.  Namun ia juga bukan sukar dan mustahil.

Jika niat dan usaha kita maksima tulus serta ikhlas, Insya Allah boleh didapati.

Semoga kita mendapat barakah terbaik di Ramadhan ini dengan ditemukan dengan Lailatul Qadar itu.  Amin.

Saturday, July 6, 2013

RAMADHAN SUDAH MENGGAMIT

Begitu cepat masa beredar.  Setahun lagi bertambah.  Semakin tua diri ini melewati usia emas.

Semoga kesihatan sentiasa baik dan dapat menambah-baik amalan.  Insya Allah.

Sama-samalah kita umat Islam menyemarakkan Ramadhan tahun ini.

Thursday, June 13, 2013

SUNYI RASANYA

Sudah lama kucing kesayangan anak menjadi teman di rumah.  Dia kucing yang manja tetapi tak banyak kerenahnya.

Kini dia sudah tiada lagi .. ajal telah menjemputnya lebih seminggu yang lalu di usia lapan belas tahun.


Awie meninggal dalam tidurnya.  Inilah jasadnya sebelum dimandi dan dikebumikan.

Setelah pemergiannya terasa amat sunyi pula!!!

Tuesday, May 21, 2013

LETIH SUNGGUH SETIAP KALI BAHARUI PASPOT!

Nak kata tak canggih, depa selalu dok naik taraf sistem.  Tapi hari ni terbukti lagi yang semuanya 'indah kabar' saja prestasinya!

Bukan nak membebel tapi memang rasa geram dan penat dengan permasaalahan yang sepatutnya tidak berlaku.

Mulanya mereka salah menulis data nama sebagaimana tercatit dalam kad pengenalan.  Dah kena betulkan ... tunggu berjam-jam juga.  Dah selesai masalah tu, tup-tup mereka ternyata telah 'cabut bonus 6 bulan' tempuh masa pulak!

Macam mana la selalu jadi gini!

Sunday, May 12, 2013

SEMBANG PILIHANRAYA

Sampai kini sembang pilihanraya masih belum reda lagi.  Letih la dengar.  Tapi mahu tak mahu harus terus ikut dengar juga!

Kita mesti berdoa semoga mana yang menang secara sah dan benar akan dapat berkhidmat dengan baik, jujur dan amanah kerana Allah SWT.  Di samping kita berdoa semoga mana-mana yang menang secara salah dan mana-mana yang terlibat sama melakukan kesalahan tu semuanya segera insaf dan bertaubat.

Monday, April 8, 2013

JALAN AWAM DITUTUP & DIKUNCI! MBPJ MASIH TERUS MEMBISU!!!


Apa nak jadi ni?  Memang sudah jadi trend jalan-jalan awam kawasan perumahan ditutup dan dikawal. Jaga-jaga pula adalah terdiri dari warganegara asing atau kaum pendatang.
 
Gambar-gambar dibawah adalah fakta yang terang dan nyata.  Sudah lebih setahun jalan awam ke rumah saya sendiri ditutup dan dikunci lebih dari 16 jam sehari.  Pagar penghalang ini hanya dibuka pada pagi, tengahari dan lewat petang.  Kadang-kadang penghalang tak dibuka kerana tiada jaga!!!
 
Kebanyakan jaga-jaga ini adalah dari India.  Pihak berkuasa dah sahkan penangkapan untuk beberapa orang dari mereka di kawasan saya ini.  Tapi mereka cepat pula berganti dengan mereka yang serupa!
 
 
 

Ikut undang-undang semuanya adalah haram dan menyalahi undang-undang. Tapi pihak berkuasa tempatan terus tutup mata dan telinga!
 
Pihak MBPJ yang bertanggung-jawap untuk kawasan saya terus membisu hingga kini!


Monday, January 21, 2013

NAK AKTIFKAN 2013


Waduh!  Apa pulak yang jadi ni?

Baru jengah balik, dah buat hal.  Potong steam saja la!