Monday, March 29, 2010

SUKA MAKAN SUSAH BUAT

Pak Caq ni memang suka makan 'cream puffs' buatan isteri Pak Caq dan beberapa orang tertentu.  Sekarang isteri Pak Caq dah jarang-jarang buat kerana apabila beliau buat selalu saja tak habis.  Jika beli kat kedai pula tak berapa sedap sangat. 

Isteri Pak Caq kata kalau nak buat mesti ikut sekurang-kurangnya 1/2 resipi.  Pak Caq pula memang tak dapat habiskan dengan sekali makan kerana banyak juga.  Jika disimpan, dah tak berapa sedap pula sebabnya makanan ini lebih ummph jika dimakan dalam masa sehari tu saja.

Pak Caq nak kongsi resipi isteri Pak Caq pun nampak panjang sangat. Nampak pun susah, tentu membuatnya lagi susah. 

Gambar Hiasan Dari Google

Mana tahu kan, mungkin ada di kalangan yang ingin cuba dan kenal pula dengan Pak Caq secara dekat dan sudi memberi 3 ke 4 biji. Alahai! susah juga. Kena tunggu ada perhimpunan keluarga dan kawan nantilah nampaknya.

3 comments:

  1. Aslmkm.
    Kesian Pak Caq. Suruh je la Mak Caq buat, yg lebih2 tu boleh bg jiran tetangga kan?

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Caq.
    Kat bakeries ada juga dijual. Mungkin tidak sesedap perbuatan Mak Caq la .. air tangan isteri sendiri tak sama kan? .. hehe. Jgn marah ya Pak Caq.

    ReplyDelete
  3. Aslmkm CIKDAH & Zizaq:
    Terima kasih di atas lawatan & komen.

    ReplyDelete