Monday, April 5, 2010

KENANGAN

Jika umurnya masih panjang, dan jika beliau masih hidup, kakak sepupu Pak Caq yang meninggal pada 1 Februari 2010 yang lalu, beliau akan berusia 66 tahun pada hari ini.

Sekarang apa yang tinggal hanyalah kenangan.  Pak Caq masih amat merasai kehilangannya.  Begitu juga isteri Pak Caq.  Beliau memang seperti kakak sendiri.  Begitu banyak kenangan kami bersama.

Pak Caq sekeluarga pernah bersama beliau suami isteri mengerjakan haji dan umrah.  Mereka juga ikut melancung bersama ke beberapa destinasi seperti Cina dan Korea.  Keluarga juga sering mengadakan aktiviti kekeluargaan.

Cuma akhir-akhir ini saja kami jarang berjumpa.  Isteri Pak Caq ada sedikit masaalah kesihatan.  Sementara beliau pula sibuk dengan menjaga cucu dan suaminya pula mengalami masaalah jantung yang serius.

Semoga Allah SWT akan sentiasa cucuri rahmat ke atas rohnya.  Kami akan sentiasa terus merinduinya.

5 comments:

  1. Aslmkm.
    Tabahkan hati Pak Caq .. yg pergi mesti diredai.

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Caq.
    Semoga tabah menghadapi dugaan. Yg pergi sudah pasti nasibnya .. kita yg masih hidup berpeluang memperbaiki diri .. saya insaf Pak Caq lbh maklum.

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Selamat berkenalan.
    Saya turut doakan yg terbaik utk sdr Pak Caq

    ReplyDelete
  4. Aslmkm.
    Maaf Pak Caq. Ada masaalah sikit. Ni baru dpt dtg ziarah .. Pak Caq jaga diri ya!

    ReplyDelete
  5. Salam Pak Caq.
    Sihat ka? Harap Pak Caq baik2 sja

    ReplyDelete