Friday, July 23, 2010

ANTARA MALAM ISTIMEWA

Banyak ulama bersetuju bahawa ada nas kuat yang mengatakan bahawa empat malam yang istimewa untuk berbuat amal kebajikan ialah malam Nisfu Syaaban, malam Eidulfitri yang pertama, malam Eiduladha yang pertama dan malam Arafah.  Sementara disembunyikan pula malam Lailatul Qadar kerana malam rahmat itu menjanjikan kemerdekaan dari api neraka.  Begitu juga, detik mustajab doa ialah pada hari Jumaat.

Elok jugalah kita mengerjakan amalan-amalan baik yang disarankan.  Setiap amalan yang baik itu balasannya adalah juga baik.

Jadi Pak Caq sekadar mahu mengingatkan bagi yang lupa dan/atau yang belum tahu.  Malam 15 Syaaban ialah malam Nisfu Syaaban.  Untuk tahun 1431H ini, malam Nisfu Syaaban jatuh pada hari Isnin malam Selasa minggu yang akan datang.

Antara ibadat yang disarankan ialah membaca surah Yassin sebanyak tiga kali.  Disarankan tertib bacaan seperti berikut:
  • Bacaan pertama - dengan niat dan doa supaya panjang umur dan dapat beribadah dengan taat
  • Bacaan kedua - dengan niat dan doa memohon rezeki yang murah dan diberkati
  • Bacaan ketiga - dengan niat dan doa semoga ditetapkan iman dan mati dalam keimanan.
Tidak semestinya pula kita hanya membaca surah Yassin sebanyak tiga kali sahaja.  Sekurang-kurangnya lakukan itu.  Jika berlebihan ibadahnya, tentulah lebih baik.

5 comments:

  1. Salam Pak Caq.
    Terima kasih di atas ingatan.

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Caq.
    Semoga malam2 istimewa ini menyerikan hidup kita & menyinarkan kehidupan di Sana.

    ReplyDelete
  3. Aslmkm Pak Caq.
    Sihat ke?
    Ni dah masuk ketiga Sya'aban, tak lama lagi dah nak puasa. Pak Caq berilah tips ya.

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah ukhwah.
    Sekadar ingin bertanya kabar. Sihat?

    ReplyDelete
  5. Salam Raisa.
    TQ ya.


    Salam Roha.
    Amin. TQ & sudikanlah ke sini lagi.


    W'kumslm Bid.
    Alhamdulillah. Hmmm .. insya Allah jika ada yg bukan sudah biasa. :)


    Salam Ram.
    Alhamdulillah. TQ ya.

    ReplyDelete