Thursday, December 16, 2010

HARI ASYURA - AMALAN SUNAT YANG BAIK

Umat Islam diseru supaya amar maaruf dan nahi mungkar.  Jika seluruh umat Islam berpegang kepada hukum Allah SWT dan takut kepada kemurkaanNYA, kita pasti sentiasa cuba melakukan yang terbaik seperti seruanNYA.

Pak Caq saja nak menyentuh sedikit tentang melakukan ibadah sunat.  Antara yang disarankan ialah puasa sunat.

Memang banyak ibadah sunat yang disyorkan untuk kita melakukannya.  Jika buat dapatlah pahala, jika tidak tak dapat pahalanya la!

Hari ini, 10 Muharram, ialah hari Asyura dan di hari ini kita disarankan berpuasa sunat Asyura.  Mungkin ramai yang sedang mengerjakan ibadah ini.  Insya Allah, sama-samalah kita ya.

Selain dari sunat berpuasa, kita juga disarankan untuk melakukan ibadah-ibadah berikut:
  • Menyapu kepala anak-anak yatim
  • Meluaskan perbelanjaan untuk keluarga
  • Bersedekah kepada fakir miskin
  • Bercelak mata dan
  • Memperbanyakkan bacaan (sekurang-kurangnya 70 kali) iaitu :
"hasbunallah wa ni'mal wakiil, ni'mal mawla wa ni'man nashhir. "
Bermaksud: Cukuplah kepada Allah kami berserah.  DIA adalah sebaik-baik tempat berserah, sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik penolong.

6 comments:

  1. Salam Pak Caq.
    Alhamdulillah .. sempat juga la buat separuh!
    Kalau baca awal tadi mungkin juga la dapat lakukan semua.
    Walaubagaimanapun TQ Pak Caq.

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Caq.
    Terima kasih.
    Semoga Pak Caq terus diberkati. Amin.

    ReplyDelete
  3. Aslmkm Pak Caq.
    Ingat2kan selalu.
    Pak Caq tak jalan2 ke blog ke?
    Apapun didoakan Pak sihat2 saja & bahagia selalu.

    ReplyDelete
  4. Salam Pak Caq.
    Semoga selalu ke laman berkongsi pendapat dan pengalaman. :)

    ReplyDelete
  5. Salam Pak Caq.
    Semoga Pak Caq sihat bahagia. Amin.
    Jika berkelapangan tu kongsi2 ya Pak Caq.

    ReplyDelete