Monday, December 6, 2010

MEMANJAT DOA POHON KEAMPUNAN & KEREDHAAN ALLAH SWT

Hari ini adalah adalah hari terakhir buat tahun 1431H.  Insya Allah esok pula adalah permulaan tahun baru 1432H buat kita.  Semoga segala dosa-dosa kita diampunkan dan hidup kita selama ini dan akan datang mendapat keredhaan Allah SWT Yang Maha Amat Pemurah lagi Maha Penyayang dan Maha Pengampun.  Amin.

Sebagai manusia biasa tentu saja kita melakukan banyak kesalahan dan dosa, samaada yang kecil ataupun yang besar.  Tentulah elok jika kita menutup tahun ini dengan terus memohon bersungguh-sungguh kepada Allah SWT untuk mendapat keampunanNYA.

Biasanya Muslimin dan Muslimat digalakkan membaca doa akhir tahun.  Ulama-ulama agung sendiri sudah membahaskan bahawa perlakuan ini bukan bidaah kerana ia hanya satu doa memohon keampunan di atas segala dosa-dosa yang lalu dan memohon keredhaan dari Illahi.  Doa seumpamanya harus juga dilakukan setiap hari.

Begitu juga dengan doa awal tahun.  Ia hanya merupakan sebuah doa memohon semoga hari-hari mendatang dalam sisa-sisa hidup kita akan terus diberkati dengan segala kemudahan dan rahmat terbaik.

Pendeknya doa-doa akhir tahun dan awal tahun adalah panjatan doa memohon semoga kita mendapat kebahagiaan Akhirat yang kekal.

6 comments:

  1. Salam Maal Hijrah Pak Caq.
    Semoga Pak Caq terus bahagia & diberkati. Amin.

    ReplyDelete
  2. Salam Maal Hijrah.
    Semoga tahun ini membawa lebih barakah & rahmat kepada Pak Caq sekeluarga. Amin.

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Caq.
    Semoga Pak Caq terus sihat, ceria & bahagia. Amin.

    ReplyDelete
  4. Salam Pak Caq.
    Selamat Tahun Baru Hijrah.
    Semoga Pak Caq diberkati dengan rahmat yang lebih baik di tahun ini. Amin.

    ReplyDelete
  5. Salam Pak Caq.
    Sekarang jarang ke laman? :)

    ReplyDelete