Seperti berjanji pulak beberapa orang kawan berkumpul untuk borak-borak selepas solat tadi. Rupanya ramai terperasan hari ini tak ada jemputan kenduri kahwin. Semua yang ada pun mengaku mereka tiada ada jemputan kahwin sampai la Hari Raya Cina nanti.
Barulah sedar hari minggu ni dah pun masuk bulan Safar. Seingat Pak Caq memang tak ada jemputan kahwin di bulan Safar ni. Seperti pelek pulak bunyinya.
Kata seorang kawan, "Ni takut bala bulan Safar agaknya!" Lepas tu, seorang demi seorang memberi hujjah tentang perkara ini.
Pak Caq ingat masa dulu tu memang ada pesta mandi tolak bala di bulan Safar. Malah ada orang pergi ramai-ramai berkelah ke pantai untuk sekaligus mandi tolak bala.
Ini hanyalah kepercayaan karut saja. Kurafat jika kita mempercayai perkara yang karut begini. Janganlah kita rosakkan aqidah kita.
Memang benar juga, apabila ramai orang memperkatakanya, seperti orang mendoakan untuk perkara buruk itu berlaku. Seandainya terasa begitu, segeralah mengerjakan solat sunat mohon dipelihara dan dijauhkan dari bala dan segala apa yang kita takuti.
Jika ada di kalangan saudara atau kawan kita yang terikut-ikut dengan kepercayaan begini, kita wajip pula menasihati atau menegur mereka secara baik. Walaupun mungkin menimbulkan ketegangan, kita harus cuba lakukan juga.
jengjengjeng.apa yang da berlaku dalam bulan safar duludulu ek sampai jadi macam ni?cingcingcing.
ReplyDeleteAslmkm Pak Caq.
ReplyDeleteOrang kpg Bid pun suka pergi mandi pesta pantai juga. Ada buat kenduri doa selamat minta dijauhkan dr mala pataka.
Assalamualaikum Pak Caq.
ReplyDeleteSalam perkenalan.
betul ker amalan tolak bala dibulan safar adalah kurafat? nk tahu penjelasan pasal ni.
ReplyDelete