Thursday, March 25, 2010

BERSARA SEPENUHNYA


Pak Caq rasa keputusan yang Pak Caq ambil ini adalah tepat.  Memang seeloknya Pak Caq bersara sepenuh masa dan tidak meneruskan apa-apa kerja resmi lagi kerana Pak Caq sudah tidak berminat lagi dengan kerja-kerja berkenaan.  Walaupun ia mengisi ruang masa, tetapi sudah tidak mendapat kepuasan bekerja.

Harap-harap selepas ini Pak Caq dapat menyesuaikan diri dengan hidup sebagai seorang pesara sepenuh masa.  Selepas berkerja tetap sepenuh masa selama berpuluh-puluh tahun dan kemudian sambung mengisi masa dengan bekerja, Pak Caq tak tahu bagaimana hari-hari yang mendatang.

Insya Allah, Pak Caq akan cuba membantu kerja mana-mana yang patut.  Nak berkebun seperti yang biasa dilakukan oleh sesetengah pesara-pesara pun Pak Caq tak pernah pula berjinak-jinak dengan berkebun.  Begitu juga, Pak Caq tidak berapa minat dengan permainan golf. 

Nampaknya banyak juga perkara-perkara yang harus disesuaikan dan dipelajari.  Benarlah seperti dikata, hidup adalah proses pembelajaran yang amat panjang.

Tetapi, semua orang yang telah bersara pun melalui fasa hidup ini.  Jadi Pak Caq yakin tak akan ada banyak masaalah nanti.  Disamping itu nanti, insya Allah ada banyak masa dan peluang yang terluang untuk membina saham akhirat pula.

5 comments:

  1. Salam Pak Caq.
    Pak Caq sudah bulat mahu bersara sepenuh masa?
    Tak apalah, kita mengerti. Harap Pak Caq mendapat kebahagiaan dlm masa bersara sepenuh masa ni .. tp jangan pula bersara dari Maya ni ya!

    ReplyDelete
  2. Aslmkm.
    Selamat bersara sepenuh masa .. :) bila Pak Caq mula bersara ni?

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Caq.
    Semoga mendapat lebih ketenangan & juga semoga terus bahagia.

    ReplyDelete
  4. Salam kepada KERI, akufobia, BID & DANZ. Terima kasih byk di atas lawatan & kata-kata semangat. Semoga di rahmat Allah SWT, amin.

    ReplyDelete