Tuesday, March 2, 2010

KOPI ATAU TEH KURANG GULA

Agaknya benarlah kata orang, apabila kita terkesan dengan sesuatu kehilangan, banyak perkara terikut seperti hilang juga.  Memang benar,  Pak Caq masih amat terasa dengan kematian kakak sepupu Pak Caq itu.  Setiap hari, Pak Caq terbayang-bayang wajahnya dan kenangan-kenangan bersama dengannya.

Pak Caq sudah cuba pelbagai cara juga yang sesuai dengan saranan ulamak.  Sekarang Pak Caq biarkan saja apa juga kenangan yang datang singgah diminda.  Tetapi Pak Caq sudah tidak terbawa sedih dengan segala kenangan itu.  Sebaliknya, Pak Caq bersyukur kerana ini semua adalah tanda kasih sayang kami.

Sesuatu kenyataan itu tak dapat kita nafikan.  Seperti kata isteri Pak Caq, apa juga yang hilang dari kita, mesti akan dirasai.  Malah katanya, apabila kita mengurangkan gula dari mimunan kopi atau teh kita pun, rasanya jauh berbeza, dan perlukan masa yang lama untuk suaikan dengan selera yang baru; apatah lagi jika ini bersabit dengan hati dan perasaan.

5 comments:

  1. Aslmkm Pak Caq.
    Doa Bid supaya Pak Caq terus sihat & tenang. Sama-samalah kita cuba menghilangkan rasa2 seumpama ini. Semoga Allah terus berkati, amin, amin.

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Caq.
    Terima kasih di atas sokongan Pak Caq. Duk tunggu masuk Maghrib, tp tangan melata ke Maya. Bila buka nampak Pak Caq ikut, saya terus ke sini .. hehehe.
    Ya betul .. kopi & teh dikedai sekarang dah dikurangkan gula .. tindakan drastik yg melampau .. hilang rasa keenakannya! .. tp saya selalu suruh tambahkan susu :)
    Harap Pak Caq akan terus tabah & bahagia.

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Caq.
    Memang rasanya pahit maung .. lama bagaimana pun rasanya begitu juga!

    ReplyDelete
  4. Salam Pak Caq.
    Saya dpt merasainya juga ... Ya, semestinya tak akan sama!

    ReplyDelete
  5. Salam semua. Terima kasih BID, KERI, Zizaq & DANZ kerana terus memberi sokongan moral. Semoga Allah merahmati anda sekelian. Tq again & jgn serik ke sini ya!

    ReplyDelete