Saturday, March 13, 2010

CERITA ARTIS DAN DADAH LAGI

Semalam selepas solat Jumaat lagi dah terdengar khabar angin tentang ada serbuan ke atas seorang artis popular bersabib isu dadah.  Namun pada ketika itu, polis masih belum mengeluarkan kenyataan resmi

Awal pagi hari ini, kita dah baca berita penuh bersabit dengan perkara itu di hampir semua akhbar.  Tetapi identiti artis berkenaan masih menjadi tanda tanya.  Heboh juga orang memperkatakannya, dan cuba meneka-neka siapa artis/pelakon itu.

Sejak dari awal petang ini pula kita sudah dengar tentang identiti pelakon yang terbabit.  Tapi belum ada berita resmi, dan seperti biasa, tak ada orang yang berani berkata dengan terus terang.

Malam ini, identiti artis berkenaan sudah pun jelas, terang dan bersuluh.  Sudah keluar berita on-line dan ada juga bloggers yang memetik berita mutakkhir itu di dalam blog mereka.

Perasaan Pak Caq bercampur-campur.  Kasihan pun ada kerana mendengar Azean Irdawaty dan keluarganya ditimpa musibah lagi.  Di waktu yang sama, sedih juga bila mendengar seorang artis anak Melayu terjebak dalam gejala dadah, walaupun perkara itu masih dalam peringkat siasatan.  Tetapi rasa letih dengan sikap orang kita yang sukar menerima kenyataan, dan bertindak dengan bijaksana dan wajar.

Jika ada pemimpin yang mahu memperjuangkan nasib Melayu, sekarang adalah masanya.  Andai benarlah kata mereka nak memperkasakan Melayu, ini adalah landasan yang harus mereka berikan perhatian.  Melayu ternyata mudah terjebak dengan gejala-gejala sosial dan jenayah.  Jadi, langkah efektif dan effisyen wajip dilaksanakan dengan segera dan menyeluruh.

3 comments:

  1. Salam Pak Caq.
    Saya setuju. Jika benar2 nak membenteras mesti ada langkah2 serius yang berkesan!

    ReplyDelete
  2. masyarakat sekarang ketagih dadah, kemaruk dedah-dedah, ibu bapa tak diendah, jauh dari tikar sejadah....yang akhirnya membawa padah...

    kembali kepada Allah dan Sunnah Rasulullah nescaya kita akan diberi jalan keluar dalam semua kemelut masalah dan mudah dalam mengurus semua urusan yang akhirnya mendapat keredhaanNya.

    ReplyDelete
  3. Kepada DANZ & Hamdan:
    Salam ya. Maaf la, Pak Caq dah lama juga tak masuk ke Maya ni kerana sibuk membereskan sisa-sisa kerja yang ternyata amat banyak pula.

    ReplyDelete