Thursday, March 4, 2010

CERITA KATAK LOMPAT


Panas betul topik ini rupanya. Tak cukup setakad di pejabat, tempat kerja, kedai kopi dan restoran makan.  Topik panas ini dibawa sampai ke Masjid juga.

Selesai saja berjemaah tadi, dua tiga kelompok para jemaah berada di perkarangan Masjid.  Semuanya rancak bercerita pasal katak-katak yang melompat.  Ada yang bergurau, " .. sebab di sekeliling semua dah panas, bila hujan, katak-katak pun terus melompat mencari tempat yang lebih selesa .."   Apa nak dikatakan, ramai manusia itu lemah.

Pak Caq banyak mendengar dari berbicara.  Yalah, dah ramai berhujjah, kita biarkan sajalah.  Lagipun, apa juga kita katakan di situ tak akan memberi kesan apa-apa.  Kita pun tak pasti dengan segala yang kita dengar.  Hanya Allah dan mereka yang melakukan serta mereka yang terlibat di dalam kejadian itu saja tahu.

Apapun, Allah itu Maha Esa dan Maha Mengetahui serta Maha Adil.  Jika mereka melakukan apa-apa yang bersalahan dengan hukum Allah, mereka pasti menerima balasannya.  Nikmat di dunia ini hanya sementara saja.

6 comments:

  1. Salam DAAZIZ, bila terkena batang hidung dan rasa merugikan dipanggil 'katak lompat' dan kalau untung pada diri apa pulak nak kata ye ?

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Caq.

    Ehhh .. nak jwp YANG GAMBI dulu: istilah tu universal, jd sama juga la 'katak lompat' & akan dikatakan pihak lain pula .. hehe.

    Pak Caq, betul Allah yang Maha Mengetahui. Kita tak suka perbuatan sp ini kerana mereka mementingkan diri mereka sendiri! Tak kira di pihak mana, jika mereka wakil rakyat, maka harus balik utk sekurang2nya mengadakan mesyuarat tergempar & minta rakyat menandatangani pendirian .. apa juga keputusan majoriti rakyat di kawasan berkenaan, barulah ambil tindakan! .. Ini suka hati mereka saja!!

    ReplyDelete
  3. Aslmkm Pak Caq.

    Pak Caq pun buat entry pasal 'katak lompat' ya?
    Mereka tu tak amanah kan Pak Caq?

    ReplyDelete
  4. Kpd YANG GAMBI:
    TK kerana ke blog Pak Caq & memberi komen.

    Pada Pak Caq, dari sudut mana atau platfom mana pun istilahnya sama juga, masih tetap 'Katak Lompat.' Siapa yg mendapat manafaatnya itu adalah rentetannya.

    ReplyDelete
  5. KERI:
    Salam juga utk KERI.

    Pak Caq setuju juga .. satu usul yg baik.

    ReplyDelete
  6. BID:
    Wkmslm.

    Hanya Allah SWT Maha Mengetahu & mereka yg terlibat juga tahu. Jika mereka melanggar janji & ikrar, itu mmg dinamakan tidak amanah.

    ReplyDelete