Saturday, March 6, 2010

STRAWBERI BERKRIM


Pagi ini membawa ke tengahari, Pak Caq dan isteri menghadiri majlis akad nikah di rumah seorang tokoh korporat.  Acara bermula pada pukul 10.30 pagi, dan semuanya berjalan lancar mengikut jadual.  Majlis akad nikah selesai pada 1.00 tengahari.  Kemudian diikuti dengan majlis makan utama.

Jemputan adalah sekitar 300 orang.  Kebanyakannya adalah ahli keluarga mereka.  Pak Caq dan isteri adalah terdiri daripada golongan beberapa orang tetamu yang bukan dari ahli keluarga.  Mungkin Pak Caq suami isteri turut dijemput kerana tokoh korporat ini adalah kenalan Pak Caq sejak dibangku sekolah dulu.  Kami juga pernah kerja bersama untuk suatu jangka waktu serta kini Pak Caq pun tinggal tidak berapa jauh dari rumah mereka iaitu jarak dalam 3 kilometer sahaja.

Rombongan sebelah lelaki datangg seramai 30 orang.  Selepas rombongan pihak lelaki sampai, upacara akad nikah terus dimulakan.  Hebat juga segala adat yang dilakukan.  Siap dengan usik-mengusik dan acara berbalas pantun.  Pak Caq suami isteri teruja juga dibuatnya.

Hidangan pun cukup istimewa, iaitu memang menu dari Hotel 5 bintang.  Semasa perjalanan majlis tetamu disajikan dengan air botol pelbagai perisa dan air suling sejuk serta potongan kek dan karipap yang dipek didalam kotak.  Hidangan utama diadakan di khemah khas di halaman rumah dengan secara duduk makan terhidang setelah selesai acara akad nikah.

Pak Caq berdua tidak pula membawa kamera.  Tapi Pak Caq minta isteri Pak Caq ambil juga gambar hidangan yang paling unik iaitu manisan buah strawberi berkrim dengan handphonenya {h/p isteri Pak Caq tu canggih juga sbb beliau pandai sikit  :) .. }.  Lihatlah gambarnya di bawah - kelihatan class & unggul kan?


Pak Caq tertarik sebab inilah  kali pertama Pak Caq melihatnya.  Tetapi bila memakannya, comot juga kita jadinya.  Tetapi rasanya sedap.  Rasa masam-masam strawberi itu hilang dengan rasa lemak-lemak manis dari krim.  Harganya sudah semestinya mahal.  Lagi pun ini memang sudah makanan bertaraf 5 bintang.

4 comments:

  1. salam sahabat
    lama tak tengok di sini makin bagus ya..itu strawberynya dibuat paste enak loh.....good luck

    ReplyDelete
  2. Aslmkm Pak Caq.
    Waduhduhduh .. mesti sedap habis ni. Tp kalau susah dpt & mahal sgt harganya, kena reka2 cuba buat sendiri la nampaknya .. beli strawberi saja pun dah mahal .. sahlah makanan ekslusif org kaya kan!

    ReplyDelete
  3. Aslmkm Pak Caq.
    Yummy, yummy .. tp tak ada resipinya kah? Saya teringin nak buat!

    ReplyDelete
  4. Salam Pak Caq.
    Nampaknya, Pak Caq dah jarang2 update sekarang ni. Pak Caq sihat & ok ke?

    ReplyDelete