Wednesday, June 23, 2010

WANG JUDI LUMAYAN


Wang Judi?

Nampaknya pihak polis kita cekap kerana telah dapat menangkap dalang-dalang pertaruhan judi bolasepak Piala Dunia 2010.  Mengikut kenyataan mereka seramai 120 orang telah ditangkap dan wang pertaruhan judi yang berjaya ditumpaskan menjangkau RM300 juta.

Oleh kerana judi itu mungkin mendatangkan pendapatan yang lumayan, taukeh-taukeh dan tahi-tahi judi ini berani mengambil risiko tinggi.  Mereka tidak peduli samaada salurannya itu halal atau haram.  Yang tahi dan ketageh judi tetap meneruskan aktiviti mereka.

Namun kalau sudah diharamkan dan mereka tertangkap, mungkin rugi besar pula.  Wang pertaruhan dan peralatan habis dirampas.  Jika sebaliknya mereka terlepas, hasilnya amat lumayan sekali dan makan besarlah.

Mengikut kenyataan polis, untuk musim Piala Dunia 2010 ini polis telah pun membuat 156 serbuan setakad ini, dan 90 darinya berjaya memberkas penjenayah.  Kita berharap usaha mereka benar-benar atas etika kerja cekap, bersih dan amanah.

6 comments:

  1. makin menjadi2 pulak judi wc ni..

    ReplyDelete
  2. Aslmkm.
    Ehh Pak Caq pun tukar design blog jugak! Wah macam anklong! Hehehe.
    Harap Pak Caq terus sihat & menulis lagi. :)

    ReplyDelete
  3. Aslmkm Pak Caq.
    Wah sinis bunyinya! Hehe. Harap Pak sihat2 saja.

    ReplyDelete
  4. memang cekap.rina da dapt 3 saman untuk thun ni zzzz

    ReplyDelete
  5. Baru terperasan .. cantik design blog Pak Caq. Unik!

    ReplyDelete
  6. Salam Pak Caq.
    Kekadang dalam mencari duit senang terbelit hutang berlapuk pula. Haram ke dibolehkan sama saja, yg kaki judi tetap cari salurannya!

    ReplyDelete