Saturday, February 13, 2010

ESOK HARI TAHUN BARU CINA

Kepada semua warga Malaysia kaum Cina, Pak Caq mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. Semoga Tahun Harimau ini menjanjikan segala yang lebih baik dari tahun-tahun lalu.

Cepat betul masa berjalan. Dah banyak hari rupanya Pak Caq tak ke Maya ini. Yalah, Pak Caq terkesan sangat dengan kematian saudara sepupu Pak Caq tu. Jadi buat kerja semua pun tak bersemangat. Pak Caq laksanakan tugas wajip saja, sambil mengemas-kinikan segala status segala kerja itu.

Esok dah pun Hari Tahun Baru Cina. Pak Caq sekeluarga memang tak ada merancang bercuti kerana memang ada saudara yang akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan besok. Salah seorang kawan rapat Pak Caq juga telah menjemput ke majlis resepsi anaknya pada hari Isninnya pulak.

Sebuah keluarga saudara dari kampung sudah pun datang ke rumah Pak Caq semalam untuk bercuti di sini serta untuk menghadiri majlis resepsi perkahwinan pada besok hari itu. Sekeluarga lagi juga telah menyatakan bahawa mereka akan datang pada hari ini.

Ramai juga saudara dari kampung yang menyatakan mereka akan ikut serta esok, kerana mereka juga nak menziarah keluarga sepupu Pak Caq yang meninggal tu. Pada hari kematian, mereka tak sempat pun nak datang menziarah kerana suaminya mahu pengkebumian jenazah di jalankan segera, iaitu selepas solat asar pada petang hari itu juga. Ianya hanya beberapa jam saja selepas saudara sepupu Pak Caq meninggal. Saudara rapat yang segera bertolak selepas mendapat berita kematian pun sampai ketika jenazah sudah dibawa ke tanah perkuburan.

5 comments:

  1. assalammualaikum pak caq

    sedih terubat dengan masa.
    saya balik kampung sahaja cuti tahun baru cina ni, turut sama mnyesakkan lebuh raya.

    *neurobics tu kajian mat saleh, bukan istilah saya. diorang buat kajian untuk meningkatkan keupayaan minda. kita memang selalu buat, tapi takda buat kajian, istilah tu diorang yang letak...

    selamat bercuti

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Caq.
    Betul tu Pak Caq .. & mmg kita harus sentiasa terus berbuat baik selagi hayat di kandung badan.
    Apa kes dgn neurobics ni Pak Caq? Salah istilah rasanya tu ye .. yalah, bila mat saleh buat bukan bererti betul kan? Yg tak betul, kita betulkan dulu! Tak gitu?

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Saja jalan2 & nengok 2 jer mencari idea :)

    ReplyDelete
  4. Salam Pak Caq.
    Jumpa kembali. Pak Caq bercuti ke mana?

    ReplyDelete
  5. Wkmslm Cikgu, DANZ, Nurul & Zizaq.
    Terima kasih kerana berziarah & memberi komen serta penjelasan.

    ReplyDelete