Kata orang malang tak berbau. Tetapi biasanya kemalangan yang di alami manusia adalah angkara perbuatan mereka sendiri.
Pak Caq ikut rasa sedih bila membaca berita tentang kemalangan akibat terkena ledakan bom buatan sendiri yang menimpa lima anak muda di Kampung Jering, dekat Kuala Balah, Jeli, Kelantan tu. Katanya mereka semua sedang dalam proses menyediakan perlengkapan menyelam dan membuat bom ikan sendiri dengan menggunakan belerang. Tetapi semasa mereka dalam proses membuat bom-bom ikan, sebutir dari bom buatan itu tiba-tiba meletup.
Ledakan bom itu menyebabkan badan dan muka seorang mangsa remaja melecur hampir 40 peratus, matanya terbakar, kedua tangan dan lengannya cedera parah serta tiga jarinya juga putus. Seorang mangsa lagi telah juga melecur muka dan badannya, sementara tiga lagi hanya mengalami kecederaan di badan.
Walaubagaimanapun, kabarnya tiga dari mereka telah mengalami kecederaan yang parah. Kabarnya juga bumbung zink rumah papan dimana mereka memproses bom itu turut tercabut.
Walaubagaimanapun, kabarnya tiga dari mereka telah mengalami kecederaan yang parah. Kabarnya juga bumbung zink rumah papan dimana mereka memproses bom itu turut tercabut.
Pak Caq teringat semasa kecil dulu dimana Pak Caq ikut sekumpulan kanak-kanak untuk membuat meriam tanah dengan menggunakan belerang serta karbida. Ketua kumpulan ialah seorang kanak-kanak tertua di kalangan kami ketika itu yang berumur sekitar 13 - 14 tahun.
Pada suatu petang menjelang malam tujuh likur, semua teruja untuk membuat meriam tanah yang lebih besar dengan bunyi dentuman yang lebih kuat untuk berlawan dengan sekumpulan kanak-kanak yang lain. Tahu sajalah, budak-budak kampung memang selalu penuh dengan ide dan innovasi.
Jadi pada hari itu, sebaik lepas sekolah, kita orang berkumpul di belakang rumah salah seorang dari ahli kumpulan. Kemudian semua gigih menggali meriam dengan lubang yang lebih besar dan dalam. Bila siap, 'pakar' meriam mencampur bahan karbida, belerang dan entah apa lagi dengan proposi yang lebih banyak.
Tetapi bila cuba diletupkan, tak menghasilkan bunyi. Campuran itu ditarik keluar kembali dan dicampur semula sebelum dimasukkan balik ke dalam lubang meriam. Namun tak juga berbunyi. Dua orang 'ahli' yang lebih 'senior' dan 'pakar' membuka lubang atas dan cuba menjolok-jolok.

Kemudian terjadilah peristiwa ngeri. Terdengar bunyi letupan yang teramat kuat, dan juga suara jeritan orang yang dalam kesakitan yang amat sangat dan juga yang dalam ketakutan. Berterbangan dan bertaburan tanah, dan daun-daun kelapa yang ditimbus di atas lubang meriam itu. Dua kanak-kanak cedera parah di muka dan badan. Alhamdulillah, yang lain-lain tu, termasuk Pak Caq tak teruk sangat.
Pak Caq bernasib baik kerana hanya calar-calar sana sini kerana terkena dahan dan ranting pokok kayu semasa melarikan diri. Tapi itu merupakan satu pengajaran dan peristiwa yang kekal abadi dalam kenangan. Sudahlah sakit, kena marah dan kemudian sakit bertambah lagi kerana di denda oleh ibu bapa pula! Serik!

Itulah yang Pak Caq katakan, kemalangan-kemalangan yang berlaku adalah angkara perbuatan manusia sendiri. Kadang-kadang kemalangan berlaku kerana manusia nakal, dan kadang-kadang kerana nak tunjuk terraw (ye ke?). Tidak kurang juga kemalangan berlaku kerana manusia lalai dan ataupun angkuh.
Akibat perbuatan sendiri mungkin berlaku kemalangan yang fatal dan mengancam nyawa serta merosakkan harta benda. Ada kemungkinan juga sesuatu perbuatan itu bersalahan dengan undang-undang.
Akibat perbuatan sendiri mungkin berlaku kemalangan yang fatal dan mengancam nyawa serta merosakkan harta benda. Ada kemungkinan juga sesuatu perbuatan itu bersalahan dengan undang-undang.
Namun begitu, manusia tidak akan pernah serik. Kesan musibah biasanya jadi luntur dengan masa atau bila sesuatu cabaran dan perbuatan itu menjanjikan pulangan yang amat lumayan. Sebesar mana pun risikonya, manusia akan terus juga melakukannya. Cuma mungkin pelakunya berbeza; mungkin saja dan ia bukannya sesuatu yang pasti begitu.
Salam Pak Caq.
ReplyDeleteMemang benar selalunya manusia tu sendiri yang menentukan hala tujunya, lepas tu bila kena musibah je menyalahkan nasib pula!
Salam Pak Caq.
ReplyDeleteAduhhh .. nakal sungguh Pak Caq masa kecil dulu ya! .. meriam tanah tu mmg amat bahaya. Kawan Pak Caq tu teruk sampai cacat ke?
Salam Zizaq & DANZ:
ReplyDeleteWkmslm untuk anda berdua. TK byk kerana sering berkujung ke teratak Pak Caq & menyokong Pak Caq ni.
Agaknya kerana Pak Caq jarang dpt berkunjung balas, sahabat Maya makin tak nampak lg ...