Sunday, February 7, 2010

HIDUP HARUS DITERUSKAN

Pak Caq dan keluarga baru saja balik dari menziarahi suami Allahyarhamah saudara sepupu Pak Caq yang meninggal pada hari Isnin lalu. Suami Allahyarmah sekarang tinggal sementara dengan anak bongsu dan anak perempuan tunggal mereka sekeluarga di kondiminium berhampiran Kementerian Pertahanan, iaitu setelah beliau dibenarkan keluar dari hospital pada petang hari Isnin itu juga.

Kelihatannya suami Allahyarhamah sudah agak sihat. Tetapi beliau masih lagi lemah dan juga sugul.

Pemergian Allahyarhamah memang mengejutkan semua saudara mara dan sahabat handai. Kita orang amat terasa kehilangannya kerana Allahyarmah adalah seorang yang baik dan periang. Walaupun kita orang tahu yang beliau memang ada masaalah darah tinggi, namun keadaanya adalah terkawal. Tiba-tiba saja beliau pening, muntah-muntah dan terus jatuh pengsan, kemudiannya dikesan mengalami masaalah kesihatan yang begitu meruncing. Ditakdirkan memang sudah tiba ajalnya, dan kami semua mesti kehilangannya. Tentulah semua yang berlaku itu amat mengesankan.

Bila berkumpul tadi pun nampak jelas semua orang masih mencuba untuk menerima hakikat ini. Tetapi walaubagaimana perit sekalipun, hidup harus diteruskan juga. Jadi, kita saling memberi sokongan moral serta saling menasihati juga.

Satu pengajaran yang amat ketara ialah kita harus sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan, dan juga mengambil langkah-langkah perlu untuk menjaga kesihatan. Walaupun kita insaf bahawa ajal maut itu tidak ada ubatnya, kita pasti tidak akan rasa terkilan dan sesal yang amat sangat jika kita sudah melakukan semaksima mungkin untuk menjaga kesihatan diri. Eluklah kita semua mengambil perhatian ini.

6 comments:

  1. Salam Pak Caq.
    Memang benar tu .. kekadang kita lalai dlm segala hal. Macam kata oranglah .. bila terantuk baru tengadah!

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum pak caq

    innalillahi wa inna ilaihi rojiun

    kata orang..
    orang2 yang baik2 selalu mati cepat
    saya harap saya tergolong dalam orang2 baik yang diberi Allah peluang untuk mati dlm redha Nya dan redha org2 di sekeliling saya

    ReplyDelete
  3. Aslmkm Pak Caq.
    Betul tu .. selagi panjang umur kena bersyukur & teruskan kehidupan.

    ReplyDelete
  4. Salam Pak Caq.
    Ya, betul .. kita redhakan yang pergi & teruskan kewajipan selagi ada hayat.

    ReplyDelete
  5. Salam..tadi servay2 cerita, jumpa pula blog ni :). Allah telah jadikan setiap manusia ini akan akhirnya kembali kepadanya. DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali..walau apa pun, menjaga kesihatan itu penting,satu tanggung jawab juga. Tidak menjaga kesihatan juga ibarat kita membunuh diri. Ada yang sedar tapi terlalu sibuk dgn hidup, sehingga lupa akan hal yang satu ii..sama2 lah kita menjaga kesihatan diri, insyaAllah dengan izin Allah..semoga kita semua dipanjangkan umur :)

    ReplyDelete