Wednesday, February 17, 2010

MENCARI KETENANGAN

Selepas selesai majlis resepsi perkahwinan dan sesudah saudara yang datang dari kampung balik Pak Caq dah rasa kesunyian dan asyik teringatkan arwah sepupu kembali. Bukan tidak dibawa melakukan beberapa amalan sunat yang dianjurkan, tetapi masih juga terasa kehilangan sepupu Pak Caq tu.

Semalam isteri Pak Caq mencadangkan kita orang keluar saja untuk pusing-pusing sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Bila dah menghampiri Leburaya Persekutuan, isteri dan anak Pak Caq mencadangkan kita orang pergi melihat orang memancing di Tasik Taman Jaya di Petaling Jaya.

Jadi kita orang pun berhenti di sana. Anak Pak Caq menemankan Mak Toknya duduk di kawasan riadah dan permaianan kanak-kanak kerana ibu mertua Pak Caq memang suka melihat gelagat orang. Sementara Pak Caq dan isteri pergi melihat orang memancing.

Rupanya banyak juga ikan di tasik berkenaan. Cuma tak tahulah samaada orang yang memancing itu membawa pulang ikan hasil memancing itu untuk dimakan. Rasa geli juga melihat air sisa dari rumah-rumah berdekatan turun ke longkang yang membawa ke sebahagian lokasi tasik berkenaan.

Oleh kerana seronok juga melihat orang memancing semalam tu, hari ini Pak Caq dan isteri membuat keputusan untuk melihat ke Tasik Titiwangsa pula. Hari ini kita orang pergi berdua saja. Anak Pak Caq dah mula kerja balik, sementara ibu mertua Pak Caq pula tak nak hendak ikut kerana beliau memang bosan melihat orang memancing.

Kita orang membeli makanan dan minuman serta membawa buah limau Mandarin. Di Tasik Titiwangsa tu tak ramai sangat orang memancing. Mungkin kerana hari ini adalah hari kerja. Orang yang tak ambil cuti sudah balik kerja, sementara yang masih bercuti tu mungkin lagi di tempat mereka pergi bercuti.

Isteri Pak Caq siap bawa mini combo set yang ada CD player. Kita membentang tikar di lokasi yang agak baik di mana kita boleh melihat orang memancing serta juga mereka yang melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti naik bot dan kuda.

Duduk relaks-relaks berduaan begitu terasa amat menyeronokkan. Memang dah lama juga kita tak melakukan aktiviti bersahaja begini. Tak terasa masa berjalan. Bila melihat jam sudah lewat pukul tiga petang, kita pun beredar untuk balik ke rumah. Oleh kerana jalanraya tidak sesak, cepat jugalah sampai.

Sekarang ni Pak Caq sudah rasa agak lega dan senang hati. Benar jugalah seperti dikata. Sesekali kita harus melakukan sesuatu yang berbeza yang menggembirakan bersama orang tersayang.

3 comments:

  1. lame tak dtg tgk blog pak caq. moga sehat2 hendaknye pak caq.. sekali sekala pergi berkelah macam tu.. style gak pak caq :D

    ReplyDelete
  2. Aslmkm Pak Caq.
    Wahhhh, romantisnya .. bes kan, walaupun sudah lama berkahwin, masih amat prihatin & sayang menyayangi!

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Caq.
    Aduhh2 .. ni mengalahkan remaja yang bercinta la pulak .. tp iya jugak, kasih sayang itu mesti sentiasa dibelai.

    ReplyDelete