Kekadang kita terpaksa mendengar orang memberitahu kita apa yang amat menyakitkan hati dan menguris perasaan dan kekadang kita pula terpaksa memberitahu apa yang kita sendiri tahu akan mengguris perasaan saudara dan/atau kawan kita. Pak Caq yakin semua orang pernah melalui detik dan masa begini.
Setahu Pak Caq perkara ini berlaku antara pihak yang terlibat saja. Selepas itu baru mungkin pihak yang bengang akan memberitahu orang-orang yang rapat dengannya. Mungkin juga selepas itu cerita itu dipanjangkan bila ada di antara mereka yang diberitahu itu memberitahu orang lain yang rapat dengan mereka pula. Tapi rasanya selepas itu cerita itu akan terhenti begitu sajalah.
Tetapi malam ni tadi, peristiwa seperti ini berlaku semasa Pak Caq dan isteri menghadiri majlis resepsi perkahwinan. Ia bukan melibatkan Pak Caq suami isteri tapi ia berlaku di meja kita orang dan di hadapan semua yang berada di meja itu. Panjang juga 'kenyataan' si isteri pihak yang menerjah dan bersemuka tu, sementara si suaminya pula turut menokok-tambah sedikit. Apa yang dikatakan semuanya agak keras dan mengguris perasaan. Terkedu semua orang lain di meja itu. Kira-kira peristiwa tu 'spoil the mood' la. Kita orang lepas itu banyak diam je; sampai masa makan pun senyap saja.
Tak sangka pula seseorang itu tergamak buat begitu; di majlis keraian yang ceria gembira dan juga dengan tetamu-tetamu lain di meja berdekatan yang boleh terdengar juga. Inilah baru kali pertama Pak Caq berdepan dengan keadaan seperti ini.
Sebaik saja tetamu VVIP bangun untuk balik, kita orang pun sama juga bergegas bangun untuk beredar dari meja makan. Kawan yang duduk di meja sebelah pula pegang tangan dan terus bertanya tentang peristiwa itu. Ya Allah, macam mana la nak jawap tu?
Pak Caq cuma katakan yang kita orang sendiri tak tahu sangat jugalah selain dari apa yang dikatakan oleh pihak yang membuat kenyataan secara berdepan itu. Memang betul kita orang tak tahu pun hujung pangkalnya.
Kasihan pihak yang lagi satu tu. Nampak jelas mereka marah, tetapi mereka juga jelas sangat beretika dan berwibawa. Mereka suami isteri minta pihak yang membuat kenyataan itu supaya menghormati tetamu lain dan mengatakan bahawa masa itu tak sesuai untuk membangkitkan perkara berkenaan. Nasib baik juga si suami pihak yang menyerang pula cepat mendapat 'cue' dan menyuruh isterinya berhenti dari meneruskan isu berkenaan. Bila dah beberapa kali tak diendahkan oleh isterinya, beliau menyergah isterinya dengan nada yang keras pulak. Itu yang paling membuat semua orang lain terus terkedu tu.
Isteri Pak Caq pun diam saja sepanjang masa majlis sejak tercetus peristiwa itu. Bila kemudianya tu kawan kita orang bertanya pun, beliau hanya menggelengkan kepala. Bukan kebiasaan isteri Pak Caq begitu. Bila dah dalam kereta barulah beliau komen, "Macam tak percaya pulak si '......' boleh berkelakuan begitu! 'I was shocked beyond words,' betul terkejut dibuatnya!"
Benar juga kata isteri Pak Caq tu. Perkara yang berlaku dan orang yang melakukannya tu macam satu mimpi pelek pulak.
Pak Caq sekeluarga tak berapa rapat sangat dengan mereka. Tetapi setahu kita orang si isteri tu agak pendiam orangnya. Agaknya dia dah terlalu marah sangat la tu. Jadi itulah agaknya dia dah tak dapat nak membendung emosi marahnya lagi; sampaikan dia dah hilang rasional tentang batas tata susila asas.
Kita pun tak tahu tentang cerita dan perkara yang sebenarnya. Tetapi Pak Caq kenal baik juga dengan pasangan suami isteri yang 'diserang' tu. Rasanya macam tak percaya mereka boleh buat seperti apa yang dikatakan oleh pihak yang berkenaan.
Kekadang itu ada juga kes kerana orang lain memberitahu tentang sesuatu yang katanya diperkatakan oleh orang lain pulak mengenai diri seseorang. Kemudian seseorang itu akan berdepan dengan orang yang dikatakan mengatakan tentang dirinya. Pendeknya ada juga kes seperti ini berlaku kerana pihak ketiga yang suka menyampai-nyampai.
Apapun, Pak Caq harap kita sama-samalah ambil iktibar tentang peristiwa yang Pak Caq ceritakan ini. Kalau nak bersemuka juga tu, eloklah di tempat dan masa yang sesuai; seeloknya juga tidak dilakukan di depan sesiapa yang lain.
pendapat saya kerana ada pihak yang gemar jadi wartawan tak berbayar yang suka menyebarkan kata kata.
ReplyDeleteselamat berhujung minggu utk Pak Caq sekeluarga.
assalammualaikum
ReplyDeleteaii... teruk juga ya, kesnya.
tapi apa pun, harap-harap kes tersebut tidak berpanjangan.
tak kenyang makanlah masa tu ya.
2 Fyzal:
ReplyDeleteTk di atas lawatan & komen.
Pak Caq tak masuk semalam kerana bz tgn tetamu. If berkelapangan, nanti Pak Caq return visit ya ...
2 Cik gu kl:
Wkmslm. Tk juga di atas lawatan & komen.
Sebenarnya cik gu, makan kenyang la, sebab semua orang diam dan 'concentrated on eating' jer. :)
Maaf ya, kalau Pak Caq tak dpt ziarah kembali minggu ni.