Saturday, November 28, 2009

SELAMAT HARI HARI RAYA EIDILADHA


Pak Caq mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya EidilAdha kepada semua. Lewat seharilah kiranya. Tapi Hari Raya Korban ni tiga hari, jadi berkesempatan lagi untuk Pak Caq ucap selamat ni kan!

Tahun ni Pak Caq sekeluarga sibuk dengan acara keluarga je. Ramai pulak keluarga datang masa cuti sekolah kali ini. Mungkin kerana ada beberapa keluarga buat kenduri di sini, jadi mereka ambil kesempatan untuk datang sambil bercuti juga. Dah agak sesak juga kat rumah Pak Caq dengan lima keluarga sekali gus. Malah ada yang dah kena tidur di luar bilik pun. Tetapi mereka nampaknya gembira. Dah jadi macam mini pesta kenduri juga di rumah Pak Caq.

Ok, Pak Caq tak boleh lama ni. Selepas zohor, semua nak pergi kenduri.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Pak Caq.
    Selamat Hari Raya Korban. Seronok bila ramai-ramai?

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Ni reramai buat convoy ke tempat kenduri?

    ReplyDelete