Monday, November 30, 2009

BUAH RAMBUTAN POKOK SENDIRI

Awal tadi pagi, saudara-saudara Pak Caq mengambil beberapa tangkai buah rambutan yang dah ranum sangat. Memang betul, pukul 7.30 pagi lagi mereka dah makan buah rambutan. Bukannya mereka makan sarapan yang dah disediakan tu dulu. Biarkanlah, suka hati mereka ...

Waktu Pak Caq keluar kerja tadi, mereka kata nak panjat pokok rambutan untuk mengambil buah di dahan-dahan atas tu. Pak Caq pun kalut juga cuba ambil gambar buah rambutan tu. Berhasil jugalah usaha tu. Pak Caq dapat ambil gambar dari sudut bilik anak Pak Caq. Pokok tu memang dekat sebelah bilik beliau.

Lihatlah gambar buah rambutan yang Pak Caq ambil tadi pagi. Pak Caq terterakan dua gambar je le, satu gambar rambutan yang sudah dipetik, satu lagi ialah gambar buah yang masih di pokok.

Buah Rambutan Yang Dah Ranum

Setangkai Besar Rambutan Di Pokok

Tadi pagi Pak Caq tengok banyak lagi buah yang ada di atas pokok tu. Kira-kira dalam ratusan biji juga, kerana banyak lagi tangkai besar yang ada. Satu tangkai besar adalah dalam 20 - 40 biji. Elok juga kalau mereka panjat dan ambil buah tu, terutamanya yang dah ranum sangat.

Buah yang masih hijau pun nampaknya ada banyak tangkai lagi juga di dahan-dahan atas tu. Dari bawah pokok tu, tak berapa kelihatan. Tapi dari bilik anak Pak Caq baru nampak buah rambutan tu. Kira-kira lebat jugalah pokok rambutan berbuah kali ini kan! Alhamdulillah, rezeki murah kiranya.

4 comments:

  1. Aslmkm.
    Pak Caq, rumah Pak Caq kawasannya mestilah luas ni ya kalau boleh tanam macam-macam pokok buah. Dah macam dekat dusun tu.

    ReplyDelete
  2. Slm Pak Caq.

    Bestnyer punya pokok buah sendiri ...

    ReplyDelete
  3. Aslmkm Pak Caq.

    Banyak betul buah2an di rumah Pak Caq. Boleh tak datang rumah makan juga?

    ReplyDelete
  4. malaysia anjingggggggg

    ReplyDelete