Thursday, November 19, 2009

SUNAT AFDAL DALAM BULAN ZULHIJJAH

Pak Caq nak turut warwarkan tentang amalan-amalan sunat bagi umat Islam dalam bulan Zulhijjah atau bulan Haji ini. Sepatutnya Pak Caq dah buat pun 'posting' ini. Tapi sekarang ni Pak Caq amat sibuk dengan kerja di waktu siang hari. Masa rehat makan tengahari pun diisi dengan menyemak kerja juga. Bila balik, di rumah pada malam hari selalu saja 'internet down' pulak. Dah banyak kali apa yang Pak Caq tengah buat habis lebur bila tiba-tiba 'line' tu terputus.

Tengahari ini Pak Caq ada kesempatan untuk melayari Maya sekejap. Insya Allah dapatlah habis dengan topik ini.

Amalan-amalan Sunat Tambahan Yang Afdal Di bulan Zulhijjah:
  1. 1 - 8 haribulan - Sunat Berpuasa kerana ganjaran pahala kebajikan yang teramat baik. (*Sila lihat senarai ganjaran di bawah.)
  2. 8 hb Zulhijjah - Sunat menghidupkan malamnya dengan banyak beribadat.
  3. 9 hb (Hari Wukuf di Arafah) - Hidupkan malam dengan banyak beribadat, berpuasa bagi orang yang tidak menunaikan haji dan membaca surah Al Ikhlas sebanyak 1000 kali.
  4. 10 haribulan - Menunaikan solat sunat Aidil Adha dan bertakbir serta melakukan korban dan bersedekah. Juga disunatkan membaca, "Laa ilaaha illaa'llahu wahdahu laa syariikalah, lahul'lmulku wallahu'llhamdu yuhyi wayumitu wa huwa haiyunn, laa yamuutu biyadihi'lkhair wa huwa 'alaa kulli syai ink-qadiir" di malam permulaan 10 Zulhijjah sebanyak 400 kali.
  5. 11 - 12 hb (Hari-hari Tasyrik) - Hidupkan malam dengan banyak beribadat serta bertakbir setiap lepas solat wajip.
  6. 29 hb atau 30 hb - Membaca doa akhir tahun selepas solat 'Asar sebanyak 7 kali atau sekurang-kurangnya 3 kali.

*Ganjaran Pahala dan Rahmat Kebajikan Di bulan Zulhijjah:

  • 1 hb - Hari Nabi Adam a.s. mendapat keampunan daripada Allah SWT. Sesiapa berpuasa, insya Allah akan diampuni segala dosanya.
  • 2 hb - Hari doa Nabi Yunus dikabulkan dan baginda dikeluarkan dari perut ikan Nun. Sesiapa berpuasa, insya Allah dia mendapat ganjaran pahala seolah-olah berpuasa setahun.
  • 3 hb - Hari doa Nabi Zakaria dikabulkan. Insya Allah akan dikabulkan doa mereka yang berpuasa pada hari ini.
  • 4 hb - Hari lahir Nabi Isa a.s. Sesiapa berpuasa pada hari ini, insya Allah akan dijauhkan segala kefakiran dan keresahan daripadanya.
  • 5 hb - Hari lahir Nabi Musa a.s. Sesiapa berpuasa, insya Allah akan mendapat keamanan dari seksa kubur.
  • 6 hb - Hari Allah membukakan segala kebajikan bagi Nabi-nabinya. Insya Allah, sesiapa berpuasa akan mendapat rahmat kebajikan juga.
  • 7 hb - Hari mula ditutup segala pintu neraka selama 3 hari, iaitu sehingga 10 Zulhijjah. Sesiapa berpuasa, Insya Allah akan mendapat ganjaran ditutup 30 pintu kesempitan dan dibukakan 30 pintu kemudahan.
  • 8 hb - Hari ini dinamakan hari Tarwiyah. Sesiapa yang berpuasa, insya Allah akan diberi ganjaran baik yang hanya diketahui oleh Allah SWT jua.
  • 9 hb - Hari Wukuf di Arafah. Sesiapa yang berpuasa, insya Allah akan mendapat keampunan dan dihapuskan dosa-dosanya pada sepanjang tahun hadapannya.

5 comments:

  1. Salam Pak Caq,
    Nak tanya kenapa tak sambung cerita 'Mencari Arah' macam dulu tu?
    Selamat Hari Raya Aidil Adha.

    ReplyDelete
  2. salam pak caq.. terima kasih kerana berkongsi ilmu

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Caq. Byk kebaikan puasa sunat di bulan ini ya, baru saya tahu, terima kasih. Saya tunggu Pak Caq sambung novel pula.

    ReplyDelete
  4. 2 Siti, Fyzal, cikgu kl & anonymous:
    Terima kasih kerana melawat ke sini.
    Insya Allah, nanti Pak Caq lawati semua juga. Ni dah mula hujan kat sini .. dah lebat jugak ni .. astro pun hilang2 dah ... Pak Caq nak off the internet dulu la ya ....

    ReplyDelete