Pak Caq terlupa pula untuk memanjangkan saranan tentang amalan yang digalakkan pada bulan Muharam ini. Baru saja teringat sekejap tadi. Jadi Pak Caq teruskan untuk memanjangkannya kepada semua.
Hari itu Pak Caq telah beritahu tentang doa awal tahun yang digalakkan untuk kita membacanya pada malam 1 Muharam. Selain dari doa ini, ada beberapa amalan lain yang turut disarankan kepada kita iaitu seperti berikut:
- 1 - 10 Muharam: disunatkan berpuasa
- 10 Muharam: sunat berpuasa Hari Asyura dan melakukan beberapa amalan khusus.
Amalan khusus yang digalakkan pada Hari Asyura ialah:
- Mandi sunat dengan berniat mandi Asyura mohon diberi keselamatan dan kesihatan untuk sepanjang tahun.
- Bercelak mata dan mohon supaya tidak sakit mata untuk sepanjang tahun.
- Solat sunat 4 rakaat dengan 2 salam. Pada setiap rakaat baca Al Fatihah dan Al Ikhlas sebanyak 11 kali. Mohonlah agar Allah mengampuni segala dosa dan mendapat ganjaran Mimbar dari Nur di Syurga.
- Menyapu kepala anak-anak yatim mohon kebaikan sebanyak bilangan rambut mereka.
- Bersedekah kepada fakir miskin agar kita sentiasa bersifat pemurah dan tidak bakhil.
- Meluaskan perbelanjaan untuk keluarga mohon semoga Allah memberi kelapangan rezeki untuk sepanjang tahun.
Disamping itu kita disarankan agar membaca doa-doa yang khusus juga pada hari Asyura ini. Gambar di bawah ialah doa-doa yang berkenaan. Menurut ulama, kita hendaklah membaca ayat yang di atas tu sebanyak 70 kali. Untuk memudahkan, Pak Caq cuba menulisnya dalam huruf Rumi:
Hasbunaa llaahu wa ni'ema 'lwakiilu ni'ema 'lmaulaa wa ni'emannasiir
Bermaksud: Cukuplah kepada Allah kami berserah, DIA adalah sebaik-baik tempat berserah, sebaik-baik Pemimpin dan ini adalah sebaik-baik penolong.
Selepas itu teruslah berdoa yang selanjutnya pula. Doa ini bermaksud memohon agar Allah memberi keselamatan dan rahmat; serta kita berserah kepadaNYA kerana DIA adalah sebaik tempat untuk mendapat bimbangan dan pertolongan.
Panjang juga doa ini. Tapi untuk bantu memudahkan bacaan, Pak Caq akan cuba menulisnya dalam huruf Rumi.
Subhaa na'llaahi mil ul miizaani wa Muntahaa 'l'i'elmi wa mablaghaa 'rridhaa wazinatal 'arsyi laa maljaa a walaa manjaa a minallahiilaa ilaih.Cubalah lapangkan masa untuk melakukan amalan-amalan ini. Semoga kita mendapat sebaik-baik rahmat Allah, amin.
Subhaa na'llahi 'adadaa 'sysaff 'i wal watri wa 'adada kalimaati.
Rabbiinaat taammaa ti kullihaa as aluka 'asalaamata birahmatika ya Arhamarraahimiin.
Walaa haulawalaa quuwata illaa bi'llaahi 'l a'aliiyiil a'azhiimi wa huwa hasbii wani'elmal wakiil ni'elmal maulaa wa ni'e mannasyiirr wa sa'llaahu 'alaa saiyiidinaa Muhammadin wa'ala aalihi wa zhahbihi ajma'iin walhamdu lillaa Rabbiil a'alamin.
Aslmkm Pak Caq,
ReplyDeleteTerima kasih di atas ilmu yang diberikan. Nanti saya cuba amalkan.
Salam tahun baru,
ReplyDeleteSusah juga nak baca doa ini. Baca yg rumi pun susah juga, merangkak sampai abis! Tp tq 4 sharing.