Dah akhir tahun ni, semua orang mesti sibuk dengan pelbagai kerja dan komitmen. Pak Caq pun agak sibuk juga. Sementelah pula, Pak Caq dah nak bersara tetap la selepas ni. Dah letih dengan kesesakan lalu lintas dan pelbagai perkara yang dijadikan masaalah walaupun pada dasarnya tidak bermasaalah. Rasanya, sudah tiba untuk memaksimakan usaha membina saham tetap pula.
Sejak akhir-akhir ini susah pulak nak memberi masa di Maya. Pada hal beribu macam isu dan topik hangat dibahaskan di sana sini. Tetapi Pak Caq tak berapa selesa sangat dengan pelbagai isu-isu sebegini. Yalah, hal-hal politik ini banyak yang memeningkan kepala, terutama sekali bila kita berdepan dengan isu pemimpin dan rangka kerja serta prosidur yang tidak sekata. Biasanya pekerja-pekerjalah yang terperangkap dalam dilema. Letih sungguh menjadi penjawat awam yang terpaksa akur dengan arahan 'saya yang menurut perintah' tu apabila banyak perkara yang diperintahkan itu berlawanan dengan ketetapan polisi.
Pak Caq mungkin bukan seorang yang bijak dan pintar, tetapi Pak Caq sentiasa cuba menjadi seorang pegawai yang cekap, bersih dan amanah. Namun di era sekarang ni, tidak cukup dengan hanya cekap bekerja dan bersifat ikhlas dan jujur. Apa yang lebih utama ialah untuk bersikap bijak dan pintar mencari dan mencuri kesempatan serta peluang untuk masuk ke dalam golongan 'orang-orang yang dipercayai' di kalangan mereka yang berkuasa.
Walau apa pun, Pak Caq senang dan bahagia kerana tidak diganggui dengan perasaan tidak tenang dan gelisah. Pak Caq rasa selesa kerana tidak terpaksa buat itu dan ini yang bercanggah dengan peraturan.
Isteri Pak Caq suka mengusik dengan kata-kata, "orang gomen mana ada ruang untuk naik sampai ke puncak kalau tidak ikut telunjuk. Ikut prosidur tu pakaian je, makanannya ialah ikut perintah dengan taat setia. Jika tidak, kalau tak disisihkan, pasti ditinggalkan ..."
Pak Caq memang tak dapat menyanggah kata-kata tu. Kenyataannya, perkara itu sudah lumrah dan ramai pun tahu. Budaya ditinggalkan sudah menjadi begitu kukuh sejak berdekad-dekad lalu. Malah budaya ini sudah membawa wabak 'apa boleh buat?'
Pendirian 'apa boleh buat?' juga merupakan sindrom yang tiada penawarnya. Ternyata pihak atasan penjawat awam yang mendapat kuasa dan kedudukan lebih selesa mengikut arus dan menjalankan perintah dengan taat setia juga. Hanya segelintir saja yang tidak selesa. Tetapi mereka yang tidak selesa lazimnya memilih untuk melepaskan jawatan mereka pula.
assalammualaikum
ReplyDeletesenario di gomen institute kan...
dunia sekarang memang makin complicated pak caq.. kadang tu buat salah, tak buat pun salah..
ReplyDeleteFyzals Territory
Aslmkm Pak Caq.
ReplyDeletePak Caq sudah bercuti barangkali ya?
2 KL citizen, Fyzal & Siti:
ReplyDeleteSalam utk anda .. Maaf la ya, Pak Caq tak ke Maya utk beberapa hari lepas.
Semalam selepas buat posting mmmg nak visit Uall tp dah tak ada line plak .. sampai ke pagi ni .. Pak Caq baru masuk tp sekejap je le sbb dah p keje .. TQ ye.