Tuesday, December 8, 2009

SIKAP BAIK YANG UTAMA

Pak Caq sekeluarga gembira kerana keadaan di rumah dah agak aman. Betul jugalah seperti mana yang disarankan tu, semuanya berpaksikan kepada iman dan sikap kita sendiri. Untung juga isteri Pak Caq tak mudah melatah. Jadi masaalah apa pun tidak menjadi beban, malah kebanyakkannya terlerai dengan mudah.

Teringat pula perihal pokok buah-buahan yang Pak ceritakan tempuhari. Pak Caq yakin semua pokok berhasil dengan baik kerana isteri Pak Caq menanam serta menjaga pokok-pokok tanaman itu dengan hatinya. Beliau tak mudah melenting dengan sikap orang yang mencuri hasilnya. Pak Caq dan ibu mertua yang selalunya geram dengan tindakan pencuri hasil tanaman tu.

Sikap manusia pun boleh diumpamakan sebagai pokok buah juga. Jika pokok elok dan baik, akarnya juga pasti kukuh, batang dan dahannya kuat merendang serta buahnya lebat dan enak. Begitu juga jika disebaliknya pohonnya buruk, segalanya tidak kukuh dan hasilnya tiada atau sekadar minima saja.

Pendeknya sikap yang positif akan memberi impak yang baik. Sebaliknya sikap negatif akan lebih merugikan diri seseorang itu sendiri akhirnya. Ini jugalah yang berlaku sewaktu majlis doa selamat di rumah seorang sahabat baik Pak Caq sekeluarga tadi.

Adalah hamba-hamba Allah yang tidak berkenan dengan menu hidangan tu dengan hanya melihatnya saja. Namun mereka ikut makan juga. Ada sepasang suami isteri tu tak ikut makan, malah mereka duduk melihat saja orang lain makan. Nak dijadikan cerita, tiba-tiba isterinya sakit perut. Banyak berkata perutnya kemasukan angin, jadi dipaksa makan juga oleh beberapa tetamu yang ada.

Selepas menjamah sedikit makanan dan rehat sekejap, siisteri itu berkata bahawa daging masak hitam yang disediakan dan diberikan kepadanya itu sedap. Habis tu, dia terus sambung makan. Masakan lain pun dijamahnya juga. Melihat isterinya makan dengan berselera, si suami pun ikut makan ..... haa tu kan, mereka terpaksalah telan sikap sombong diri! Selepas itu, apa lagi, tetamu lain pun menjadikan itu bahan usik jenakalah pulak.

1 comment:

  1. Aslmkm Pak Caq.
    Bid pun selalu tgk orang sombong macam tu: sp tak mahu duduk bersimpuh di lantai & buat aksi geli melihat gelas serta pinggan mangkuk murah yang digunakan di majlis kenduri di kampung .. mmg byk manusia suka menghina & menjelekkan orang lain!

    ReplyDelete