Wednesday, December 16, 2009

DOA HUJUNG DAN AWAL TAHUN

Pak Caq dapat masuk ke Maya le sekejap sementara menunggu masuk waktu solat. Rasa tak nak makan lagi sebab makanan waktu mesyuarat tadi amat mengenyangkan - kira-kira macam 'brunch' juga.

Sebenarnya sementara Pak Caq teringat ni, baiklah Pak Caq menulis dulu. Hari Jumaat nanti kan cuti Maal Hijrah, iaitu tahun baru kalendar Islam. Jadi Pak Caq nak turut ingatkan semua saudara sesama Islam yang berkunjung ke blog Pak Caq ini untuk membaca doa-doa yang sentiasa menjadi amalan orang-orang Muslim. Ini adalah amalan yang baik, dan apa yang Pak Caq maksudkan ialah doa-doa hujung dan awal tahun.

Setiap seorang Muslim digalakkan membaca doa-doa ini. Doa hujung tahun bertujuan untuk memohon keampunan dan keredhaan Allah di atas segala apa yang kita telah lakukan sepanjang tahun Hijriyah ini. Kita juga digalakkan untuk membaca doa awal tahun Hijriyah yang mendatang untuk memohon rahmat Allah supaya dilindungkan dari godaan syaitan dan segala kejahatan serta dilimpahkan dengan segala kebaikan yang diredhaiNYA.

Doa hujung tahun ialah untuk dibaca selepas solat asar pada besok hari, kerana esok adalah hari terakhir bagi tahun 1430 Hijrah. Sementara doa awal tahun pula hendaklah dibaca selepas solat Maghrib kerana di dalam Islam, permulaan hari dikira selepas terbenam matahari. Jadi bila masuk saja Maghrib kira dah masuklah 1 Muharam, 1431 Hijrah.

Pak Caq pun tak ada pula bawa doa-doa ini. Tetapi kedua-dua doa ini mudah didapati di dalam buku doa Muslim dan Muslimah. Ni kira ada lagi kesempatan untuk pergi membeli buku doa itu jika masih belum memilikinya. Bukan apa, saban tahun kita digalakkan membaca doa-doa ini, jadi tentulah lebih baik jika kita turut memiliki buku doa sebegini.

Insya Allah Pak Caq akan cuba memaparkan doa-doa ini nanti. Pak akan cuba ambil gambarnya sebelum tiba waktu untuk membacanya esok.

2 comments:

  1. Aslmkm.
    Terima kasih di atas ingatan Pak Caq. Tetapi di tempat Bid ni susah jugak nak dpt buku-buku agama terutamanya buku-buku khusus. Harap Pak Caq paparkan juga doa-doa ni ya!

    ReplyDelete
  2. Ada doa dlm Utusan Malaysia hari dlm BM. Memang boleh baca dlm BM?

    ReplyDelete