Thursday, December 3, 2009

DI MASJID PUN CERITA PASAL BTN

Pak Caq geli hati juga dengan gelagat manusia. Bila ada tindakan berani dari kerajaan Pakatan Rakyat, ramai yang turut sama berani bersuara memberi pendapat mereka. Jika ada tindakan tidak bijak dari kerajaan Barisan Nasional, ramai yang tak berani memberi komen terbuka pun.

Di masjid pun ramai bercerita juga tentang tindakan kerajaan PR. Sudah tentulah tentang topik panas bersabit tindakan kerajaan negeri Selangor melarang penyertaan di BTN dan kekecuhan yang berlaku di sidang dewan undangan negeri Pulau Pinang.

Macam-macam hujah yang diberikan; ada yang mengecam dan ada yang mengemukakan pelbagai soalan pula. Sekali pandang seperti persidangan di parlimen atau dewan undangan negeri, tapi tanpa dewan, meja, tempat duduknya dan peralatan dewan lainnya.

Di antara mereka itu ada yang meninggikan suara bila pendapatnya disanggah oleh orang lain. Kedengaran suara-suara lantang sama ada menyokong atau menempelak tindakan kerajaan yang berkuasa. Pendeknya suasananya agak kecuh tapi menggelikan hati.

Tak tahulah apa fikiran mereka-mereka ini. Pak Caq tak menjadi ahli mana-mana parti politik, dan tak terbiasa pula bersuara lantang. Pak Caq banyak mendengar saja 'persidangan' ini, ialah lagak pemerhati semasa sidang parlimen juga.

Namun begitu, prinsip Pak Caq ialah untuk sentiasa mengatakan dan melakukan yang benar. Walaupun Pak Caq dikatakan bodoh, Pak Caq tetap pegang kepada amanah Allah supaya kita berpihak kepada yang benar. Hakikatnya, kita semua akan sentiasa diadili oleh Allah.

4 comments:

  1. Hi,
    Wats ur own stand on these issues?

    ReplyDelete
  2. Aslmkm Pak Caq,
    Semua hal campur politik dan pemimpin kan? Kita bising2 saja, tp tak jd apa pun. Kena tunggu pilihanraya lg nampaknya!

    ReplyDelete
  3. Hi anonymous!
    Sorry, I was occupied d last few days.
    Wats my stand? Wrongs are definitely wrong! Y must whine & make excuses? The way 4ward is alwys 2 move 4ward, right?

    ReplyDelete
  4. Wkmslm Siti.
    Maaflah ya, Pak Caq sibuk semacam sejak beberapa hari ni.
    Isu ni bukannya tak boleh diselesaikan, tp ianya jd susah bila terlalu byk orang amal sikap 'cakap tak serupa bikin' tu.

    ReplyDelete