Saturday, August 22, 2009

SEMARAKKAN RAMADHAN

Alhamdulillah, kita telah selamat sempurnakan hari puasa pertama di Ramadhan ini. Hari ini cuaca pun seperti mengerti. Jualan untuk berbuka puasa pun meriah nampaknya. Kat Masjid tadi pun ramai jemaah. Tapi ini baru sekadar hiasan bulan Ramadhan.

Hakikatnya, kelebihan Ramadhan sebenarnya terlalu banyak. Yang jelas, Ramadhan ialah bulan kita menyucikan roh dan menggandakan kebajikan. Ramadhan membawa kelebihan puasa wajib dan sembahyang sunat tarawih serta kelebihan pahala yang berlipat ganda kepada semua amal kebajikan.

Memang benar, Ramadhan dilimpahi dengan pahala seperti hujan yang mencurah kerana segala amalan dan kebaikan digandakan sehingga 1000 pahala. Kita juga mendapat banyak peluang untuk mendapat keampunan dan menghapuskan dosa.

Walaupun kita diduga dengan nafsu, kita juga dirahmati dengan akal. Jika kita sentiasa berastaghfar, bertahmid serta berzikir, Insya Allah akal akan sentiasa dapat mengalahkan nafsu. Kalau sesekali kita tergoda dengan hasutan nafsu pun, ianya hanya sekadar seketika kerana keimanan yang tebal dan kebal akan menggerakkan akal untuk sentiasa mengingatkan kita. Pokoknya kita jangan lalai dan lupa untuk mengAGUNGkan ALLAH YANG MAHA ESA, MAHA PERKASA, MAHA PELINDUNG, MAHA PENYELAMAT, MAHA KUASA, MAHA PENYAYANG ... MAHA MENGETAHUI SERTA MAHA PENGAMPUN. Pendek kata, selagi kita insaf kita hanya HAMBA ALLAH, kita akan sentiasa tergerak dengan akal untuk menunaikan segala kewajipan dan membuat kebajikan.

Jadi, marilah kita sama-sama semarakkan Ramadhan. Di bulan mulia ini, jangan lalai dengan segala kewajipan; sempurnakan solat sunat tarawih; perbanyakkan bacaan Al Quran; banyakanlah astaghfar, tahmid, zikir, tasbih, takbir, selawat dan membuat amal kebajikan serta amalkan sedekah.

2 comments:

  1. jom banyakkan semuanya.yang baikbaik.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

    Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan.. tengok jgn x tengok.. sila
    klik disini. Semoga bermanfaat insyaAllah..Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain(Hadis riwayat Al-Qudhi).

    blog anda bagus...!!! Teruskan menulis.. dan semoga sejahtera sentiasa.
    selamat menjalankan ibadah puasa.. semoga sentiasa diberi keberkatan.. insyaAllah. wassalam

    ReplyDelete