Monday, August 3, 2009

'DREADFUL MONDAYS'

Biasa le kan, paling tak best pergi keje, selain pada ari-ari cuti hujung minggu, ialah ari Isnin. Monday arini plak start off pun tak best. Citenya gini...

Pak Caq n family tanam pelbagai macam pokok kat luar pagar sana, siap ada pokok mangga, cempedak, pulasan, jambu n belimbing buluh. Semua dah berbuah 'except 4' pulasan.

Awal pg ni dah kena main dengan Mak Nya yg suka 'curi' hasil tanaman Pak Caq. Memang le tahu dia adalah salah seorang yg selalu curi, tp tak pernah lihat 'modus operandi'nya.

Biasanya bila bertembung dgn Pak Caq dia ckp nak ambil buah-buah yg gugur. So tak kesah, kasi je. Td pg pun sama. Lepas tu dia dtg balik rupanye. Dia ingat Pak Caq dah dlm rumah or dah keluar le agaknya. Dia siap bawa kayu galah yg 'extendable' dgn 'gadget' pemotong tu. Pak Caq nampak dia kait buah belimbing dgn banyaknya. Dah dpt isi satu beg plastik.

Geram dgn lagaknya, Pak Caq pun turun le n 'confront' dia. Terkantoi le dia. Tahu apa...Pak Caq ambil balik semua belimbing tu...pastu Pak Caq bg kat jiran instead.

Apapun rase tak best le arini. Kita dah baik2 pun dgn dia, selalu bg dia ambil je, tp skit le, sbb kita pun nak merasa juga, n Pak Caq nak juga bg kpd jiran n saudara. Kira-kira syer2 le merase nikmat Allah ni. Ini dia nak bolot semua...geram le kan!!

2 comments:

  1. ngaa.sama memberi sama merasa?

    ReplyDelete
  2. hmm..siapaun pasti geram kalau barang di curi.Kenapa tidak minta dari pada curi?Moga damai selalu dengan jiran...

    ReplyDelete