Thursday, August 6, 2009

MENCARI ARAH

Episod 10

MALANG MEMBAWA SINAR HARAPAN

Derita Sakit Dalam Usus

"Efa, baik kau pergi check. Dah kerap sangat ni, takut bahaya nanti," Aziah menasihati kawan baiknya.

"Bila pula nak pergi? Hospital pun buka macam sekolah juga," kata Afifah.

"Tapi tak boleh biarkan la. Kau dah selalu sakit macam tu. Dah pasti bukan senggugut."

Sebaik saja habis waktu sekolah hari Rabu itu, Afifah terus pergi ke hospital sendirian. Dia tak mahu Aziah temankan. Afifah mahu dia sendiri dulu tahu kenapa dia berkeadaan begitu. Lama juga dia menunggu baru tiba gilirannya.

"Dah berapa lama sakit begini?"

"Beberapa bulan inilah."

"Okey, pergi buat ujian air kencing dan ujian darah dulu. Lepas tu datang balik sini."

'Ala banyak pula prosidurnya,' rungut Afifah sendirian.

Mahu tak mahu dia terpaksa juga lalui semuanya. Afifah tahu mesti ada yang tak kena dengan kesihatan dirinya. Sejak tiga bulan kebelakangan ini, perutnya sentiasa rasa sakit menyucuk-nyucuk dan amat pedih. Kalau rasa menyumbat tu, dia sudah lali kerana sudah bertahun dia mengalaminya.

"Air kencing dan darah you normal. So, mungkin usus you ada yang tidak kena. Kita ambil gambar dulu tengok," kata Dr Hassan.

Afifah bingung. 'Ambil gambar usus macam mana pulak boleh! Tak pernah dengar orang x-tray perut pun,' fikirnya sendiri.

"Come, kita ke bilik sana. Nurse, ikut ke sana....Ok...you baring. We have to sedate you first. You relax ye, you are going to be ok," jelas Dr Hassan.

"Sedation? ... tak bius tak boleh ke doktor. I prefer to be alert," pinta Afifah.

"No, no. Nanti you tak boleh control, susah. For this one, you have to be very calm throughout the whole process. So sedation is better. Don't worry, you will be alright. Trust me," Dr Hassan memberi jaminan.

Apabila Afifah sedar, dia lihat jam sudah pun menunjukan pukul 4.30 petang.

'Lamanya,' fikirnya.

"Okey, apparently this is quite a serious reflux you are suffering from. Ada internal wounds ni. You have not been eating properly?"

Sekarang Afifah tahu akibat selalu membiarkan perutnya kosong, dan akibat jadual makannya yang tidak menentu dia mengalami sakit usus. 'Stress' yang sentiasa dialami juga menambah burukkan lagi keadaan kesihatannya.

Dr Hassan memberinya ubat rawatan yang agak tinggi 'dosage'nya untuk menyembuhkan luka di usus Afifah. Beliau membekalkan ubat untuk selama empat bulan, dan meminta Afifah datang balik ke hospital selepas habis semua ubat untuk diperiksa semula.

Sementara itu, Dr Hassan menasihatinya supaya lebih berhati-hati menjaga makannya mulai dari sekarang kerana jika dibiarkan berterusan, makin banyak luka akan berlaku. Dia diberitahu, jika luka itu menjadi kudis, ianya adalah amat merbahaya. Ia boleh menjadi barah usus.

'Apa aku ditakdirkan untuk mati muda?' Afifah rasa seram dan takut.

"Tok, Efa nak duduk dengan Tok. Sementara pun tak apa Tok," Afifah merayu kepada datuknya. Tok Nah pun merasa pelik kenapa tiba-tiba saja cucunya mahu tinggal bersamanya.

"Tak apa, kalau Tok nak pergi mana, Efa boleh mintak Mak Bah temankan. Tolong Efa Tok."

Sedih hiba Tok Nah dengan pujuk rayu Afifah. Setelah didesak dan dipujuk, Afifah menceritakan tentang sakit yang dideritainya kepada Tok Nah.

"Tok janji Tok takkan cerita kepada sesiapa pun, terutama sekali mak dan ayah. Tok mesti janji. Kalau sesiapa tahu, Efa akan pergi dari rumah Tok."

"Efa nak belajar sembahyang berjumaah dan ikut mengaji dekat surau Nek."

"Adik nanti macam mana? Kesian kat adik kan," pujuk Pak Hanif apabila Afifah memberitahu ayahnya tentang keputusan nekadnya untuk tinggal sementara dengan datuknya.

"Mak Teh boleh tolong tengokkan. Hari-hari pun sama juga. Adik tinggal dengan Mak Teh juga selama ini. Efa kan sekolah sampai petang. Efa dah bagitahu adik nanti Efa balik tengok dia di hujung minggu. Tak apa ayah," Afifah meyakinkan Pak Hanif.

Afifah sudah benar-benar nekad. 'Kalau aku mesti mati semuda ini, biarlah aku mendapat keampunan dan keredhaan Allah,' kata hatinya putus.

Empat bulan kemudian, selesai saja peperiksaan 'Lower Certificate of Education'nya, Afifah terus pergi semula berjumpa Dr Hassan.

"Alhamdulillah, Alhamdulillah," Afifah memanjatkan kesyukuran selepas Dr Hassan memberi tahu yang tiada lagi luka di ususnya. Namun dia dinasihatkan supaya mesti terus menjaga jadual makan hariannya. Mengikut Dr Hassan, ususnya telah menipis dan keadaan itu tak boleh menjadi lebih buruk kerana ususnya nanti akan lebih mudah luka.

"No, you can never ever attain normalcy again. But you must continue to take care, you must prevent it from deteriorating. Remember, you determine your own fate, remember that," tegas Dr Hassan.

'So this is going to be forever. Ini badi sumpahan mak agaknya,' demikian kata hatinya.

"I cannot have a normal life?"

"Yes, of course you can. You will be ok. Jaga saja, itu you kena buat! Then you will be perfectly ok."

Afifah terus berdoa di dalam hati. 'Semoga badi sumpahan Mak aku berakhir di sini.'

Hatinya Cair Juga

Akhir-akhir ini Afifah pulang ke rumah lebih awal. Dia tidak mengikut semua aktiviti sekolah seperti dulu. Afifah sudah letih mendengar leteran dan maki hamun ibunya. Lagipun dia baru saja sembuh daripada sakit usus. Dia ingat pesan Dr Hassan sebelum dia balik dari hospital tempuh hari.

"Remember to take it easy these few months."

Fazlan pula sering mengambilnya dari sekolah dan menghantarnya pulang. Walaupun sudah lebih tiga tahun berlalu, Fazlan masih setia menunggu. Sudah bermacam-macam Afifah buat, dan sudah pelbagai alasan Afifah berikan, namun Fazlan tidak ambil hati. Malah dia sabar juga menunggu.

"Kalau ikutkan, abang Allen takla tua sangat dari kita. Lapan tahun je. Mak dengan ayah aku pun beza 10 tahun," demikian Aziah membuat kenyataan.

"Dia lompat kelas dulu katanya. Tula yang dia lebih muda dari kawan-kawannya yang lain. Aritu aku pun ingat dia dah tak laku kat universiti. Tapi dia kata dia tak ada special girl sebab semua penuntut perempuan lebih tua darinya," panjang lebar pula penerangan Afifah.

"So, sekarang dah suka la?"

"Abang Allen macam tu jugak. Aku dah letih la," Afifah membuat pengakuan.

"Kau dah sukakan dia ni. So, kau terimalah pinangannya?" Aziah terus korek cerita.

"Bila pulak dia pinang aku?"

"Dulu tu kan kah dia dah hantar rombongan untuk pinang kau? Apa pulak tanya lagi?"

"Itu dulu. Abang Allen janji dengan aku dia akan membuat pinangan semula nanti."

"So sah la. Kau dah tangkap leleh. So, lepas 'L.C.E.' ni kau tak nak sambung belajar lagi la. Kau dah nak kahwin la?"

"Mana plak aku tangkap leleh! Cuma bila aku ingat-ingat, dia begitu baik dan sabar dengan kerenah aku. Dia pun tahu semua kedudukan aku, tentang sakit aku. Malah, Abang Allen menjadi sumber kekuatan aku. Dia pun tahu tentang mak ayah aku. Tapi dia dapat terima. Itu yang penting!" Panjang lebar lagi Afifah membuat penjelasan.

Akhirnya hatinya cair juga. Afifah sudah putuskan di dalam hatinya. Kalau Fazlan sedia dan setia menunggu hingga dia tamat pengajian tingkatan lima, dia akan menerima Fazlan sebagai teman hidupnya.

"Kalau ada jodoh kami, tentu tak ke mana!" Begitu pasrahnya Afifah.

1 comment: